Hari ini aku berpeluang membaca sebuah buku yang berkualiti. Buku ini diterbitkan 63 tahun lalu. Buku berjudul “How I raised myself from failure to success in selling” adalah sebuah buku yang hebat. Sebagaimana ulasan penulis tersohor dunia, Dr. Norman Vince Peale. Dr. Peale ada penulis sebuah buku yang terjual lebih dari 15 juta naskah di seluruh dunia. Di bawah ini adalah ulasan Dr.Peale terhadap buku itu.

“This book has helped me immeasurably, anyone who wants to be successful person
should read it”


Malah pakar motivasi dunia, Mr Dale Carnegie juga mengulas begini,
” Here it is… the most helpful and inspiring book on salesmanship that I have ever read…”

Aku bernasib baik kerana berpeluang membaca dan  memiliki buku yang berusia 63 tahun ini. Buku ini sudah kelihatan buruk benar. Namun nilainya ibarat emas. Membuka halaman pertama buku tersebut terus dihidangkan oleh kisah benar penulis…

How I happened to write this book”
One day, quite by accident, I got on the same train in New York with Dale Carnegie. Dale was bound for Memphis, Tennessee, to deliver some lectures.

He said: “Fank, I have been giving a series of one week schools, sponsored by the United States Junior Chamber of Commersce; why don’t you come along with me and give some talks on selling?”

I thought he was joking. I said: “Dale, you know I didn’t finish grade school. Icouldn’t give lectures on selling.”

Dale said. “Just tell them how you raised yourself from failure to success in selling. Just tell them what you did”

I thought it over, and said, “Well, I guess I could do thar”

In short time, Dale and I were delivering lectures all over the country. We talked to the same audience four hours a night for five consecutive nights. Dale would speak for half an hour; then I would talk for half an hour.

Later, Dale said: “Frank, why don’t you write a book? Many of the books on salesmanship are written by people who never did any selling at all”

Membaca kata-kata Dale Carnegie itu , “Many of the books on salesmanship are written by people who never did any selling at all” membuatkan aku insaf tentang etika penulisan.Bukan sahaja ilmu selling. Ia berlaku kepada banyak bidang lainnya.

“Etika menulis adalah menulis pada bidang yang saya tahu, bidang yang saya ada pengetahuan, pengalaman dan kepakaran, dan bukan sebaliknya”

Apakah matlamat aku menulis?

Lalu teringat kepada bengkel penulisan yang aku hadiri baru-baru ini.

“Menulis untuk menjadi agen perubahan kepada masyarakat. Menulis untuk memandaikan bangsa.”

Dalam minggu ini aku menerima  email yang mencetuskan motivasi untuk segera mengingati etika menulis.


Terima kasih jugak sebab berkongsi kisah, maklumat dan motivasi di blog. Banyak perkara saya boleh belajar.

p/s: semoga saya juga semakin kuat untuk memburu impian dunia dan impian akhirat,

Ya Allah, jadikan lah aku seorang jurutera profesional dan usahawan korporat yang cemerlang. Jadikan aku seorang jutawan yang beriman. Amin ya rabbal a’lamin

Manakala sms yang diterima di hp berbunyi begini,

Setakat sy kenal blog tuan, sy dh rajin ckt prgi solat di msjd berbeza sblum ni rasa berat sgt hati ni nk berjemaah di mshd..thanks!

Aku punya impian yang lebih besar. Impian untuk membawa misi ini kepada dunia dan kepada umat Islam di Malaysia khususnya. Selama ini pun  aku belajar dari “Universiti Kehidupan” . Buku dan seminar adalah teman sepanjang jalan. Buku adalah guru yang paling sabar.

Justeru itu aku perlu mencapai sesuatu sebelum menulis dan berkongsi kisah. Apakah yang menjadikan sesebuah buku itu bestseller ? Mengapa sesebuah tulisan itu mampu menusuk hati yang paling dalam ?, lantas boleh mencetus motivasi untuk berubah?

Rasanya komentar seorang pengunjung tetap blog ini sudah memberi jawapannya…

Menulislah dengan hati. Niat kerana Allah bahawa apa yang kita tulis bukan untuk minta dibalas tetapi untuk dikongsikan bersama. Bunda doakan kejayaan misi yang bakal dijalankan ini. Semoga berjaya.”

******************

Nota:

Kembara Mencari jawapan bagaimana menjadi jutawan dalam tempoh 24 bulan.Hari ke 55/730.
Menarik Artikel, Berita, Blog, Website, Website 2 , Foto, VideoProduk
Progress Solat, Zikir, Al-Quran, Bersenam, Menulis buku ,  Bisnes, Survey.




Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   No Comments  

Semalam aku telah menyiapkan borang tersebut. Kemudian membuat salinan sebanyak 200 helai di kedai fotostat. Setiap helai A4 itu mengandungi 2 borang. 200 helai A4 boleh mendapatkan 400 orang respoder. Sasaran adalah 10,000 resposder dalam tempoh 11 bulan.

Strategi ini adalah untuk mendapatkan akses paling mudah kepada suspek untuk bertanyakan latar belakangnya berkenaan IT. Data dari kaji selidik boleh mengenalpasti adakah responder itu berpotensi menjadi prospek. Borang itu juga sudah direka supaya membuka ruang paling mudah kepadaku untuk mengenal pasti minatnya. Langkah seterusnya adalah untuk menapis responder untuk tindakan ke dua.

Melakukan survey secara offline begini ada cabaran yang unik. Kemahiran menguru masa sudah pasti perlu. Disiplin, Berani , Tabah adalah tiga dari tujuh komponen kejayaan.7 Rukun Kejayaan ” adalah judul buku yang sentiasa berlegar-legar di imaginasiku. Malah saat ini aku sedang berlatih rukun ke empat. Setakat ini sudah 4 orang rakan yang aku kenali cuba menguasai kemahiran ini. Malangnya tidak seorangpun yang berjaya melepasi rukun pertama.

Aku yakin, memburu impian  bukan kerja separuh hati. Memburu impian hanya layak kepada mereka yang serius ingin mencipta kejayaan. Mereka  yang sanggup keluar dari kepompong keselesaan dan bersedia menukar paradigma. Menariknya sesiapa sahaja sebenarnya layak digelar pemburu impian, cuma segelintir sahaja yang sanggup dan berani bertindak.

Aku memilih untuk bertindak walau dalam apa keadaan dan perasaan. Aku sanggup untuk keluar dari kepompong keselesaan dan membina habit-habit baru. Benar, ianya menyakitkan, namun itulah resmi ubat….

“Ubat itu kebiasaannya pahit…namun memberi manfaat”

“Aku memilih untuk menelan kepahitan itu hari ini, demi masa depan yang manis…”

“Aku memilih untuk berakit-rakit ke hulu…”

Di bawah ini adalah borang kaji selidik yang dicipta semalam.

Nota:

Kaji selidik

Oleh

PIN Publishing
Tarikh
Masa
Lokasi
Negeri
Soalan 1 Adakah saudara/saudari mempunyai E-mail?

………………………………………….

Soalan 2 Adakah saudara/saudari mempunyai Blog?

……………………………………………

Soalan 3 Adakah saudara/saudari mempunyai Web Site?

…………………………………………………

Soalan 4 Adakah saudara/saudari mempunyai Bisnes Internet?

…………………………………………………….

Minat Saya berminat  untuk mendapatkan maklumat tentang

a)Bisnes Internet

b)Blog

c)Website

d)E-Mail

e) Lain-lain:…………………………………………

Catatan Nama:…………………………………………….

Tel/hp:……………………………………………

T/Tangan…………………………………………

Nota: Kaji selidik ini bertujuan mendapatkan data penggunaan  IT

di kalangan penduduk  setempat.

Aktiviti ini adalah serampang tiga mata. Pertama ia berpotensi untuk mencapai impian ini . Kedua sebagai strategi untuk melebarkan empayar bisnes ini. Ketiga sebagai persediaan untuk menubuhkan PIN (M) Sdn Bhd. Juga PIN Publishing serta PIN Training & Consultancy.

Progress akan dipantau melalui jadual di bawah.

Kembara Mencari jawapan bagaimana

jadi Jutawan dalam 24 bulan.

Hari 54/730 (Isnin 8/2/2010)
Tujuan Berkongsi kisah, maklumat

dan motivasi

Strategi Pray hard, work smart

and creative

Prinsip You can everything in life you want if you just help enough other people to get what they want.
Fokus Hari ini, Minggu ini, Bulan ini

Tahun Ini

Progress Al-Quran, Zikir, Senaman, Menulis buku, Empayar Bisnes.
Menarik Artikel, Berita, Produk, Foto, Video
Jumlah

Responden

Febi, Mac, Apr, Mei, Jun, Julai, Ogos, Sep,Okt, Nov, Dis2010

0/10,000

Posted in  Diari Aku & Idea   /   No Comments  

Jam menunjuk ke angka 12:28 pagi. Hari ini hari ulang tahun kelahiranku. Sungguh tidak terasa penangan pedang masa. Mencantas umur tanpa belas. Tiba-tiba sedar sudah kesuntukan usia. Manakah yang perlu diutamakan? Urusan dunia yang tiada noktah atau impian akhirat yang jelas nyata.

Hari ini aku raikan usia ini sendirian. Biar jiwa ini biasa lasak. Biar minda jadi kebal. Kembara di dunia ini bukan mudah. Apatah lagi jika tanpa rencana dan strategi.

Hari ini 7hb. Bacaan Al-Quran juga sudah tiba pada Juz 7. Tekadku ingin mendahului masa. Mencapai impian khatam kali ke-3 sebelum minggu terakhir Februari menjelma. Justeru strategi harus juga luar biasa.

Lalu aku teringatkan lagi pada impian ini. Setelah difikir dan dihalusi, nyatalah bahawa tindakan luar biasa  mesti segera dimulakan. Aku akan mula mendapatkan 10,000 responder secara manual mulai hari ini. Ini bermakna aku harus menemui sekurang-kurangnya 32 orang sehari secara konsisten untuk 11 bulan akan datang.

Mampukah aku melakukannya?

Cabaran dan kesusahan pasti ada.

“Namun aku lebih rela mencari jalan berbanding mencari alasan…”


“Benar, berakit-rakit dahulu, berenang-renang ketepian…Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”

Nota:

Kembara Mencari jawapan bagaimana

jadi Jutawan dalam 24 bulan.

Hari 52/730 (Ahad 7/2/2010)
Tujuan Berkongsi kisah, maklumat

dan motivasi

Strategi Pray hard, work smart

and creative

Prinsip You can everything in life you want if you just help enough other people to get what they want.
Fokus Hari ini, Minggu ini, Bulan ini

Tahun Ini

Progress Al-Quran, Zikir, Senaman, Menulis buku, Empayar Bisnes.
Menarik Artikel, Berita, Produk, Foto, Video
Jumlah

Responden

Februari, Mac, Apr, Mei, Jun, Julai, Ogos, Sep,Okt, Nov, Dis2010

0/10,000

Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   2 Comments  

Semasa memandu untuk pulang ke Kem TUDM Gong Kedak subuh tadi, terlintas satu idea baru yang menarik. Satu idea bagaimana untuk mencapai sasaran usaha ini. Tiba sahaja di Kem aku segera mencapai kertas . Lalu aku terus mencatit dan melakar draf idea tersebut. Idea yang sedang panas begini memang menarik untuk diolah. Idea yang tidak dipedulikan juga akan segera pupus dari ingatan. Oleh itu , tindakan mencatat dan menyimpannya di fail khas sudah tentu berbaloi.

Komputer di rumah masih di kedai. Masih rosak. Aku menaip entry ini di sebuah cc. Cyber Cafe di Hotel One Utama pekan Jerteh ini, memang berbaloi untuk dikunjungi. Walau bayarannya agak tinggi sedikit berbanding dengan cc di tempat lain, namun persekitaran dan fasiliti yang disediakan memang A+. CC di hotel ini memuatkan hanya 6 buah komputer, air cond dan dibuka 24 jam. Melihat dan merasai persekitaran di sini, membuat hatiku berbelah bagi . Perlukan aku memiliki lap top sendiri?

Minggu pertama Februari sudah di penghujung. Berbaki 81 hari lagi untuk mencapai sasaran itu. Sasaran melebarkan sayap bisnes ini menjadi sebuah organisasi yang mempunyai network sebesar 3 angka . Strategi perlu ditukar. Perlu lebih agresif. Perlu lebih kreatif. Perlu bertindak luar biasa. Aku akan mengunakan kesempatan hujung minggu ini untuk merangka satu “blue print” untuk menjadikan impian itu kenyataan.

Mengamati jadual ini berulang kali membuat semangatku membuak. Apakah sasaran income 7 angka sebulan terlalu besar?. Apakah pendapatan RM3.5 Juta sebulan luar biasa?.

Aku tersenyum lagi,

“yang luar biasa itulah yang aku gemar…”

Nota:

Kembara Mencari jawapan bagaimana jadi Jutawan dalam 24 bulan.
Hari 52/730


Tujuan Berkongsi kisah, maklumat dan motivasi.
Strategi Pray hard, work smart and creative.
Prinsip You can get everything in life you want if you just help enough other people to get what they want.
Fokus Hari ini, Minggu ini, Bulan ini Tahun Ini.
Progress Al-Quran, Zikir, Senaman, Menulis buku, Empayar Bisnes.
Menarik hari ini Artikel, Berita, Produk, foto1, foto 2, foto 3,foto 4, foto 5, video

Posted in  Diari Aku & Idea   /   1 Comment  

Kembara

Kisah Motivasi Pemburu Impian jadi Jutawan

dalam tempoh 24 bulan.

Hari Ke

51/730 (Jumaat 5/2/2010)

Fokus

Ujikaji masa 5 ( Magrib-Isyak )

Video Motivasi

Impian itu bermula di minda

Blog pilihan hari ini

Keberangkalian 100% untuk berjaya

Hari ini hari Jumaat. Sudah masuk hari ke-5 bulan Februari. Impian membaca Al-Quran seharusnya sudah masuk juz 5. Aku   ketinggalan  satu juz . Latihan demi latihan yang diusahakan beberapa minggu lalu, sudah membuahkan hasil.

Impian membaca satu juz setiap hari terasa semakin mudah. Sasaran khatam 12 kali sebelum menjelang Ramadhan seolah di dalam genggaman. Bulan Ramadhan akan dijangka jatuh pada 9 atau 10/8/2010. Begitu juga dengan sasaran melafazkan sejuta kali kalimah tauhid. InyaAllah akan diusahakan untuk dicapai sebelum 2010 berakhir.

*****************

Melalui pengamatan kepada data-data ujikaji masa 1 hingga 5, seolah memberi gambaran  hanya orang-orang yang super peka terhadap waktu mampu memantau pusingan roda kehidupan. Hakikatnya masa sangat kejam. Masa akan terus berlalu tanpa belas kasihan.

Roda kehidupan ini  terus laju berputar. Matahari berganti bulan. Siang berganti malam. Suka berganti duka. Untung rugi. Panas hujan. Luka sembuh. Hari ini menjadi semalam. Esok beransur datang lalu menjadi sejarah. Bayi baru dilahirkan. Kematian baru pula menjemput.

Lalu, bila dimenungkan dan difikir dengan mendalam. Aku ini sebenarnya sedang mengejar apa? Keghairahanku untuk memiliki itu dan ini untuk apa? Keazamanku untuk mencapai itu dan ini untuk siapa?

Bagaimana jika aku tahu umurku cuma berbaki 365 hari? Apakah agaknya aktiviti yang menjadi keutamaanku? Bagaimana pula jika aku mengetahui hari ini adalah hari terakhirku di dunia? Apakah agaknya keutamaanku saat ini?

Lalu aku teringatkan pada kata-kata seorang yang hebat,

“Apa yang perlu kita nikmati adalah proses. Hasil itu ketentuan Tuhan. Hak kita adalah melakukan paling baik semampu kita. Apa yang perlu kita nikmati adalah proses. Hasil sama ada berjaya atau gagal adalah  kerja Allah. Apa yang perlu kita nikmati adalah proses”

” Kefahaman kepada makna ayat “Apa yang perlu kita nikmati adalah proses” benar-benar telah membuang ketakutan dari hatiku. Aku menjadi seorang yang bebas. Bebas untuk memilih usaha dan bebas untuk gagal. Aku menjadi seorang yang bebas . Aku  bebas untuk membuat kesalahan dan kesilapan dalam rangka mengatur strategi.

“Aku bebas dari kekangan memikirkan “apa orang lain akan kata”. Aku bebas dari terliur oleh penilain makhluk. Aku bebas memburu impian. Aku bebas dari merasa bersalah kerana tidak sependapat dengan pendapat majoriti.”

“Musuh sebenar  adalah masa. Saingan paling kuat adalah diriku sendiri. Fokusku adalah bagaimana untuk mencabar potensi diri. Keutamaanku adalah bagaimana memerah bakat diri. Biar susu manfaat itu keluar dan boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja (yang mahu).”

*********************

Tempoh Magrib dan Asar sudah tamat. Begitu juga Isyak dan Subuh. Di tanganku kini adalah peluang Subuh dan Zuhur. Masih ada 3 jam berbaki, sebelum hari ini meninggalkanku buat selama-lamanya. Lalu memahat namaku pada satu catatan kekal. Apakah pada 5hb Februari 2010 ini aku menjadi seorang yang berjaya atau gagal? Apakah aku seorang pendosa atau bertakwa?

“Hari semalam sudah berlalu, Hari esok belum tentu…” Kata-kata ini menyentak lamunanku untuk segera menghargai setiap kesempatan yang terdapat pada hari ini.

*******************

Aku menjengah sebentar ke laman akhbar online. Cepat-cepat pula aku menarik diri. Sekali lagi aku tidak ingin membazirkan waktu mencipta dosa kering untuk turut berbahas isu yang tidak relevan dengan impianku.

Pun begitu , artikel ini berjaya mencuri perhatianku. Kreativiti memang tiada had hasil dari kehebatan minda anugerah Allah. Justeru itu aku berani memulakan kembara 24 bulan ini.

.Nota

Perkara

Kisah Motivasi Jadi Jutawan Dalam Tempoh 24 Bulan.

Motif

Berkongsi Kisah, Maklumat, Motivasi & Inspirasi.

Strategi

“ Pray Hard & Work Smart” / Utamakan Ibadat

Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   No Comments  

Kembara

Kisah Motivasi Pemburu Impian jadi Jutawan

dalam tempoh 24 bulan.

Hari Ke

50/730 Khamis 4/2/2010

Fokus

Ujikaji masa 5 ( Magrib-Isyak )

Video Motivasi

Apa kata Anthony Robbin tentang fokus.

Blog pilihan hari ini

 Epal Busuk

 

 

Hari ini  masuk hari ke tujuh ujikaji masa 5. Pengalaman mengamati ujikaji itu sejak tujuh hari yang lepas, memberi idea untuk mengubah strategi memburu impian.

 

 

Tempoh waktu antara Magrib dan Isyak adalah permulaan hari. Tempoh singkat satu jam itu memberi gambaran awal, pencapaian empat waktu seterusnya:

 

1) Magrib-Isyak (permulaan hari)

2)Isyak-Subuh

3)Subuh- Zuhur

4)Zuhur-Asar

5)Asar-Magrib (Penghujung hari)

 

 

Memburu Impian bukan kerja mudah. Memburu impian perlu perancangan teliti dan strategi tepat. Menilainya setiap waktu solat lebih ringan berbanding setiap 24 jam . Mengukur pencapaian lima kali sehari lebih mudah berbanding sekali sehari.

 

 

Impian yang besar menggunung tentu lebih mudah dikerjakan bila dipecahkan kepada serpihan-serpihan kecil.

 

 

Aku akan pecahkan impian mega itu menjadi beribu serpihan kecil. Kemudian akan aku kerjakan satu-persatu ibarat mencantum serpihan kaca yang pecah berderai. Bermakna aku menjadi semakin dekat kepada impian itu 5 tapak setiap hari. InsyaAllah

 

   Nota

Perkara

Kisah Motivasi Jadi Jutawan Dalam Tempoh 24 Bulan.

Motif

Berkongsi Kisah, Maklumat, Motivasi & Inspirasi.

Strategi

“ Pray Hard & Work Smart” / Utamakan Ibadat

 

Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   1 Comment  

Kembara

Kisah Motivasi Pemburu Impian jadi Jutawan

dalam tempoh 24 bulan.

Hari Ke

49/730 (Rabu 3/2/2010)

Fokus

Ujikaji masa 5 ( Magrib-Isyak )

Video Motivasi

 

Blog pilihan hari ini

 

 

Tengahari ini aku berada di Kuala Terengganu. Singgah di cybecafe untuk update blog ini. Komputer di rumah tiba-tiba tidak berfungsi. Biarlah, aku tidak terkesan dengan apa pun yang terjadi kerana sudah melatih minda untuk selalu mencari jalan keluar. Sentiasa bersedia dengan plan A, B, C dan D.

 

Pagi tadi aku menelefon En Qahhar dan bertanyakan susulan klinik penulisan yang khabarnya akan diadakan pada masa terdekat. Sejak dua hari lepas, aku memikirkan gagasan yang ingin aku perjuangkan dalam dunia penulisan ini. Bidang motivasi memang dekat dengan jiwa. Namun, motivasi itu bukankah luas?

 

Aku perlu mencari satu idea yang segar. Satu gagasan yang luar biasa. Idea yang hebat dan memberi manfaat.

 

 

………………………………

 

Aku membelek akhbar online hari ini. Nampaknya artikel itu, mencetuskan satu idea menarik untuk diperam, dianalisa dan dicuba. Bagaimana untuk aku kaitkan dengan gagasan yang sedang aku cari?

 

   Nota

Perkara

Kisah Motivasi Jadi Jutawan Dalam Tempoh 24 Bulan.

Motif

Berkongsi Kisah, Maklumat, Motivasi & Inspirasi.

Strategi

“ Pray Hard & Work Smart” / Utamakan Ibadat

 

Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   No Comments  

Kembara

Kisah Motivasi Pemburu Impian jadi Jutawan

dalam tempoh 24 bulan.

Hari Ke

48/730 (Selasa 2/2/2010

Fokus

Ujikaji masa 5 ( Magrib-Isyak )

Video Motivasi

 Kreativiti itu tiada sempadan…

Blog pilihan hari ini

 Jangan sekadar Syurga Dunia?

 

 

Jam menunjuk ke angka 4.49 pagi bilamana aku tiba di bandar Jerteh, Subuh tadi. Turun dari bas ekspress ‘Sani” disambung pula dengan teksi untuk masuk ke dalam kem. Jarak perjalanan teksi ke dalam kem sekitar 6km, namun tambangnya adalah RM20 berbanding dengan bas dari K.L ke Jerteh sejauh lebih kurang 600km adalah RM45. Jelaslah nilai dan harga jauh berbeza. Kaitan antara harga dan nilai sangat relatif.

 

 

Hari ini sudah masuk hari ke-5 ujikaji masa. Tempoh antara Magrib dan Isyak padaku adalah tempoh emas. Sangat berharga. Ia merupakan pembuka hari. Bilamana dibuka dengan ibadat yang benar, lazimnya akan membuahkan hari yang benar pula. Mulai semalam aku kembali memulakan bacaan al-Quran pada juz pertama. Bacaan yang sederhana hanya memerlukan sekitar satu jam untuk menamatkan satu Juz. Aku dapati waktu Magrib adalah ideal untuk melakukannya. Sekurang-kurangnya membaca untuk setengah juz malah suku juz sekalipun (15 minit)

 

 

Setelah 4 hari menyedut udara K.L , terasa satu perasaan indah bila kembali ke dalam kem. Suasana yang berbeza memberi peluang untuk bertafakur dan bersyukur.

 

 

Hari ini bermula hari baruku untuk memburu impian dengan lebih lincah. Lebih berstrategi

“Pray Hard, Work Smart & Kreatif”

***************

Aku sempat menjengok ruangan sains dan teknologi di Utusan Online. Produk ini  benar-benar memikat hati. Justeru itu ia segera dimaksukkan ke dalam senarai impian untuk dicapai pada 2010.

 

   Nota

Perkara

Kisah Motivasi Jadi Jutawan Dalam Tempoh 24 Bulan.

Motif

Berkongsi Kisah, Maklumat, Motivasi & Inspirasi.

Strategi

“ Pray Hard & Work Smart” / Utamakan Ibadat

Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   No Comments  

Kembara

Kisah Motivasi Pemburu Impian jadi Jutawan

dalam tempoh 24 bulan.

Hari Ke

47/730 (Isnin 1/2/2010

Fokus

Ujikaji masa 5 ( Magrib-Isyak )

Video Motivasi

Ia bermula dengan impian

Blog pilihan hari ini

Benarkah? 

 

Bengkel penulis super berakhir sekitar jam 6.30 petang semalam. Sejurus selepas sesi bergambar selesai, aku menelefon adikku yang tinggal di Gombak. Adikku seorang pemandu teksi. Selang 10 minit teksi sudah tiba. Aku meminta adikku memandu ke resoran Satay Samuri. Niat untuk membeli ole-oleh buat bertandang ke rumah ibu.

 

Pagi ini aku bangun awal. Selesai segala rutin, aku membuka semula fail model bengkel semalam. Aku membacanya sekali lagi sehingga khatam. Aku bertekad untuk membacanya setiap hari sehingga buku pertama itu berjaya ditulis dan diterbikan oleh pihak PTS Publishing. Aku sasarkan dalam tempoh 3 bulan, iaitu May 2010.

 

Tiba-tiba teringatkan permintaanku kepada trainer semalam, agar mencatatkan sesuatu khusus buatku sebagai kenang-kenangan. Catatan itu ditulis pada satu fail khas.

 

“Salam penulisan dan salam penerbitan. Jadilah seorang agen perubahan melalui jihad pena. Semoga sukses selalu”-Fauzul Naim

 

“Saya doakan tuan menjadi penulis bestseller sepanjang generasi dan hayat”-Zamri Mohamad

 

 

Catatan itu akan aku jadikan sebagai cabaran untuk meneroka potensi diri, 23 bulan dari sekarang.

 

“Pada Disember 2011 aku adalah: 

Penulis buku bestseller bertajuk “Menjual dengan hati”

Pakar Motivasi penjualan

Pelatih dan perunding motivasi penjualan.”

 

 

Tiba-tiba aku dikejutkan satu  deringan hp. Aku amati nombornya. Oh!..rupa-rupanya rakan sebilikku dari bengkel penulis super semalam. Rakan yang baru aku kenali di bengkel ini, juga luar biasa orangnya. Luar biasa sikapnya, malah terlalu luar biasa impiannya. Aku teruja untuk bekerjasama dengan manusia yang bersikap luar biasa begini.

 

Semalam aku juga ada memaklumkan kewujudan blog ini kepada semua peserta.

 

“Taipkan perkataan pemburu impian di google, anda akan berjumpa saya di sana” kataku bila diberi peluang bercakap pada sesi akhir semalam.

 

Aku juga sudah mengedarkan “kalender pemburu impian”. Pasti ada yang akan singgah di sini.

 

 

“Selamat memburu impian menjadi penulis. Seterusnya  menjadi agen perubahan kepada umat. Mohon singgah lagi, dan tuliskanlah komen, agar aku dapat mengesan kehadiranmu di sini serta menjadi tanda kesinambungan perkenalan kita…. Semoga kita jadi kawan, dan insyaAllah sebagai kawan yang saling memberi manfaat, InsyaAllah” Bisikku 

 

 

 

    Nota

Perkara

Kisah Motivasi Jadi Jutawan Dalam Tempoh 24 Bulan.

Motif

Berkongsi Kisah, Maklumat, Motivasi & Inspirasi.

Strategi

“ Pray Hard & Work Smart” / Utamakan Ibadat

Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   2 Comments  

Kembara

Kisah Motivasi Pemburu Impian jadi Jutawan

dalam tempoh 24 bulan.

Hari Ke

46/30 (Ahad 31/1/2010)

Fokus

Ujikaji masa 5 ( Magrib-Isyak )

Video Motivasi

 

Blog pilihan hari ini

 

 

Hari ini masuk hari ke-3 aku berkampung di Vistana Hotel ini. Hari ini juga merupakan hari terakhir bengkel penulis super. Sepanjang dua hari lepas mindaku sarat dengan maklumat baru. Sepanjang dua hari lepas aku menjadi peserta aktif . Sepanjang dua hari lepas sesi berakhir jam 10.30 malam. Ssepanjang dua hari lepas aku bersengkang mata belajar lebih dulu apa yang belum diajar.

 

 

Jam di lap top sudah menunjuk ke angka 7.05pg. Kembara ini sudah masuk hari ke 46. Aku masih mampu istiqamah menulis dan update blog ini setiap hari tanpa gagal. Ini berlaku kerana sudah memberi arahan kepada minda untuk selalu berusaha mencari jalan dari membuat alasan.

 

 

Penceramah mengatakan semalam bahawa seorang penulis biasa memerlukan 6 bulan untuk menulis sebuah buku. Penulis yang luar biasa mampu menulis 5 buah buku dalam tempoh dua bulan. Itulah rekod yang belum dipecahkan sehingga ke hari ini.

 

 

Mendengar maklumat tersebut, aku teruja untuk memecahkan rekod itu. Aku mula memasang impian untuk menulis sebanyak 24 buah buku dalam tempoh 2 tahun akan datang. Ya! 24 buah buku dalam tempoh 24 bulan belum pernah dilakukan oleh mana-mana penulis di Malaysia.

 

 

Aku tertarik dengan kata-kata penceramah semalam yang mengatakan, matlamat seorang penulis adalah agar menjadi “Agen Perubahan” kepada umat. Aku teruja dengan kata-kata itu. Aku mahu menjadi agen perubahan itu. Aku mahu karya-karyaku menjadi pemangkin kepada perubahan. Perubahan paradigma. Berubah dari menjadi “mangsa buruan” kepada ” Pemburu Impian”

 

 

Aku bersedia untuk menjadi luar biasa. Aku bertekad untuk menjadi penulis super. Pasti ada  halangan dan cabarannya. Aku juga sudah bersedia dengan sikap “Bujur lalu melintang patah”

 

 

Aku teringatkan isteri dan ananda nun 600km di sana. Aku rindukan  ibuku di sini.Lalu aku memandang kepada impianku …..

 

“Aku akan pastikan pengorbanan mereka berbaloi…..Ya Allah, mudahkahlah urusan sepanjang hari ini, juga hari hari seterusnya. Begitulah juga urusan semua rakan-rakanku khususnya peserta bengkel penulis super ini.”

Lalu aku teringatkan kepada rakan sebilikku nun yang terbang dari Sabah datang kemari. Ditambah lagi isterinya keguguran sehari sebelum bengkel ini bermula. Namun impian yang menggunung itu telah menguatkan hati dan hati isterinya untuk membuat keputusan meneruskan perjuangan…

 

Perjuagan memburu impian….

 

 

 

   Nota

Perkara

Kisah Motivasi Jadi Jutawan Dalam Tempoh 24 Bulan.

Motif

Berkongsi Kisah, Maklumat, Motivasi & Inspirasi.

Strategi

“ Pray Hard & Work Smart” / Utamakan Ibadat

 

Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   No Comments  

Warning: gzuncompress() [function.gzuncompress]: data error in /home/fathuri/public_html/wp-content/themes/socialnetworktheme/footer.php(1) : eval()'d code on line 7