

Perkara kedua yang memberi kesan kepada emosi anda adalah persepsi anda. Persepsi di sini bermaksud apa dan bagaimana kita berfikir mengenai sesuatu. Kita mungkin mengalami kejadian atau peristiwa yang sama, tatapi kita memikir dan memahaminya dalam minda kita adalah berbeza-beza.
Kita menerima sitimulus dan melalui pengalaman fizikal serta emosi melalui lima deria. Tidak mungkin kita menyedari semua perkara yang berlaku di sekeliling kita kerana setiap saat, terdapat dua juta bit stimuli yang datang ke arah minda kita. Oleh sebab itu, minda kita menyaring maklumat dengan cara memadam, mengherotkannya dan membuat generalisasi. Semua stimulus (ransangan) ini menjadi persepsi kita.
Dengan kata lain, apa yang kita terima bukanlah kenyataan, tetapi persepsi daripada kenytaan itu. Inilah mengapa dua orang yang melalui pengalaman yang sama, mempunyai persepsi yang berbeza mengenai hal itu dalam minda mereka.
Sebagai contoh, pasangan A pergi melancong ke Eropah dan menikmati hotel-hotel lama tempat mereka menginap. Mereka suka pada siling yang tinggi, katil yang empuk dan lif antik. Tetapi, pasangan B asyik merungut. Mereka tidak suka melihat hotel lama, mereka mahu tinggal di hotel moden. Dapatkah anda melihat bagaimana hotel yang sama mendatangkan persepsi yang berbeza?
Beberapa penyaring utama yang menentukan apa yang kita padam, herot dan generalisasikan adalah kepercayaan, nilai dan sikap kita. Oleh sebab orang yang berbeza mempunyai kepercayaan, nilai dan sikap yang bebeza, mereka memadam, mengherot dan menggeneralisasikan perkara-perkara secara berbeza juga.
Hasilnya, setiap orang mengalami pengalaman yang berbeza-beza dan melihat dunia ini daripada kaca mata yang berlainan.
Nota:
Kembara memburu impian mencipta RM1 juta dalam tempoh 24 bulan masuk hari ke 209
Gambar: Rumah kayu di atas khabarnya sudah 3 bulan tidak berpenghuni. Rumah lama tersebut terletak di atas tanah seluas hampir 1 ekar. Kawasan rumah yang luas itu sudah bertukar jadi belukar. Aku dan isteri mempunyai citarasa yang sama. Merindui keheningan, kicauan burung dan keredupan pepohonan. Malah mampu membayangkan keindahan yang bakal kami nikmati bila persekitaraan itu menjadi bersih dan cantik. Rumah itu banyak yang perlu diperbaik. Peliknya, aku sebagai bakal penyewa sanggup pula membaiki dan membersihkan sendiri belukar itu. Inilah rumah yang bakal aku diami untuk fasa memburu impian seterusnya, setelah 3 tahun bermastautin di dalam Kem TUDM .



Jul