“Esok abang nak pergi Bank Islam” kataku kepada isteri sebaik saja selesai mesyuarat keluarga. Kami bermesyuarat setiap malam selepas selesai saja sesi membaca kitab fadhail amal. Agendanya bertanyakan khabar kerja, perancangan hari esok dan seterusnya mengemas kini petty cash keluarga.
“Abang nak pergi Bank Islam, ada urusan apa bang?” tanya Isteriku bersahaja.
“Abang ingat, duit RM1juta yang abang akan dapat nanti, abg nak simpan dalam Bank Islam” jawabku juga selamba
Tidak semena-mena isteriku ketawa. Ketawa dan terus ketawa sehingga aku terpaksa menunggu agak lama juga sebelum ketawanya berhenti.Lucu benar agaknya kata-kataku tadi ..
“Abg dah sampai fasa-3 projek mencipta sejuta tu, so abang fikir nak masukkan duit itu ke dalam Bank Islam. Abang nak buka akaun di sana esok pagi supaya tidak bercampur duit sejuta itu dengan duit-duit yang lain”. Sambungku lagi.
Isteriku masih lagi menahan ketawa. Agaknya idea untuk mencipta sejuta bermula dari kosong seolah-olah lucu benar. Atau seperti sebuah fantasi agaknya. Atau mungkin tidak terjangkau oleh imaginasinya.
“Biarkanlah isteriku ketawa. Isteriku belum dapat memahami lagi hal sebenarnya. Akan aku terangkan bilamana sesuai kelak” bisikku dalam hati
Kemudian aku bergegas ke PC, lalu membuka blog. Wah! sudah ada 11 orang kawan-kawanku memberi idea. Idea bagaimana mencipta RM100 bermodalkan RM10. Aku membaca satu persatu idea itu. Ada yang memberi idea berdasarkan pengalaman. Ada juga yang berteori. Malah ada juga yang tidak pernah terlintas pun tentang idea seperti itu. Aku begitu teruja.
“Terima kasih wahai kawan-kawan atas sokongan dan semua idea itu” bisikku dalam hati. Namun aku ingin sekali bertemu dengan seseorang yang mampu melihatnya sebagai satu cabaran. Satu cabaran bagaimana mencipta sejuta bermula dari kosong. Tentu seronok untuk diteroka bersama-sama.
Aku mula berimaginasi. Alangkah seronoknya jika ada 100 orang yang sama-sama mengusahakan impian itu. 100 orang yang bersetuju dan saling berusaha untuk mencipta sejuta bermula dari kosong. Tentu dunia blogging akan lebih bermakna. Mencari income melalui internet sudah lebih terfokus arahnya. Bukan sekadar mencari income sahaja, tetapi jelas matlamatnya. Matlamat mencipta sejuta!. Malah lebih menarik lagi ia bermula dari kosong!
Setelah semua komen-komen itu aku balas, aku kembali semula menemui isteriku. Isteriku sedang membelek-belek buku.
“Abang nak terangkan apa yang abang maksudkan mencipta sejuta bermula dari kosong” . Nadaku agak serius. Aku mahu menerangkan kepada isteriku dengan jelas dan tepat bahawa impian ini bukan main-main. Aku mahu agar isteriku faham, bahawa aku serius. Sudah lama idea ini berlegar-legar di fikiranku. Malah sebelum aku kenal dunia blogging lagi. Semenjak putaran roda kehidupanku sedang berada di bawah, tiga tahun yang lepas.
“Impian ini ada 7 fasa. Sekarang abang sudah berada di fasa ke 3″. Abang nak terangkan macamana cara abang menyelesaikan fasa 1″ . Aku mula bercerita.
“Fasa 1 adalah cabaran untuk mencipta RM1 bermula dari RM0. Masa abang mulakan impian ini bukannya abang tidak ada duit. Abang ada duit. Apa yang abang nak buat ialah mencipta dari tiada kepada ada. Dari tidak memiliki kepada memiliki. Bagaimana memiliki RM1 daripada RM0. Bagaimana mencipta RM1 dari RM0. Apa yang abang belum ada adalah kemahiran mencipta. Ya…, kemahiran mencipta dari tiada kepada ada. RM1 abng terhasil dengan cara membeli. Abang membeli bukan menjual. Abang dapat RM1 pertama dengan membeli bukan menjual.” Ulangku pada isteri.
Isteriku kelihatan tertarik dengan idea itu. Isteriku membetulkan duduknya. Kelihatan dia telah meletakkan buku yang dibeleknya tadi
” RM1 abg perolehi dengan meminta diskaun RM1 semasa abg beli vacum 3 bulan yang lepas daripada sebuah kedai cina di Jerteh. Harga vacum itu RM110. Sedaya upaya abang minta kurang tidak diberinya. Setelah resit ditulis (berharga RM110). Abang berterus terang kepadanya bahawa abang sedang mengusahakan impian sejuta bermula dari kosong. Abang terangkan juga jika abang dapat diskaun RM1 bermakna fasa 1 sudah berjaya. Aku tidak tahu apa yang menyebabkan aku begitu nekad berkata begitu. Namun taukey kedai itu setuju memberikan RM1 kepadaku sebagai diskaun.” kataku pada isteri.
“Abg gembira bukan main lagi. Bukan kerana RM1, tetapi kerana abang telah berjaya mencipta. Mencipta RM1 bermula dari RM0. Begitulah yang abang ulang-ulang setiap kali membeli. Abang tidak pernah pergi tanpa meminta diskaun. Duit itu abang simpan dan kumpulkan sehingga jumlahnya menjadi lebih dari Rm100 sekarang ini. Hari ini abang sudah berada di fasa ke-3. Idea ini akan abang terus amalkan bersama-sama idea yang lain. Menariknya semakin mahal barang-barang yang abang beli, maka semakin besarlah pula jumlah duit yang abg dapat” Sambungku.
“Hari itu, semasa abang tukar tayar kereta, harganya dekat Rm500. Abang minta diskaun dan dapat RM30!”
“Abang mencipta duit dengan membeli bukan sahaja dengan menjual” Terangku pada isteri.
“Sekarang abang sudah ada modal lebih dari Rm100. Sekarang abang berada di fasa 3. Matlamat abang seterusnya adalah untuk mencipta RM1000 bermodalkan RM100 ini” Tambahku .
Aku segera mengambil buku karangan Anthony Robbin “Unlimited power“. Sebuah buku best seller yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Aku buka pada muka surat 379. Aku bacakan dengan nyaring dan bersemangat kepada isteriku..
Apabila saya mencipta kursus Bahasa Neuro (Neuro Linguistic Professionals) selama 12 hari, saya memutuskan untuk menyediakan satu latihan bagi memastikan peserta menggunakan apa yang telah dipelajari. Inilah yang saya lakukan. Saya kumpulkan semua peserta kursus pada jam 11.30 malam dan menyuruh mereka menyerahkan kunci, duit, kad kredit, dompet- kesemua kecuali pakaian pada badan mereka.
Saya ingin menegaskan kepada mereka bahawa untuk berjaya mereka tidak perlukan apa-apa kecuali kekuatan peribadi dan kebolehan memujuk. Saya berkata yang mereka mempunyai kebolehan mencari dan memenuhi keinginan seseorang, dan mereka tidak perlukan wang, kedudukan, kenderaan atau apa saja yang kita perlukan untuk merangka kehidupan seperti yang diasuh oleh budaya.
Kami akan berjumpa di Caarefree, Arizona. Cabaran pertama ialah bagaimana mencari jalan ke Phoenix yang jaraknya dengan menaiki kereta lebih kurang sejam. Saya menasihati mereka supaya berhati-hati dan menggunakan kebolehan masing-masing untuk sampai dengan selamat, mencari tempat penginapan yang sesuai dan menggunakan kebolehan memujuk dengan berkesan untuk diri sendiri dan orang lain.
Keputusannya amat menakjubkan. Ramai yang berjaya meminjam wang daripada bank wang berjumlah $100 sehingga $500 dengan menggunakan kuasa peribadi dan kesepadanan. Perlu diingat bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa pengenalan diri, dan mereka tidak pernah ke bandar itu tersebut sebelumnya. Daripada 120 orang peserta, lebih kurang 80% berjaya mendapatkan pekerjaan, dan 7 daripada mereka memperolehi tiga atau lebih pekerjaan sekaligus dalam satu hari.
“Inilah yang abang maksudkan. Untuk mencipta sejuta atau untuk berjaya kita tidak perlukan apa-apa kecuali kekuatan peribadi dan kebolehan memujuk. Anthony Robbin ni adalah coach no 1 di dunia. Namanya tercatat dalam guinness book of record” Tegasku dengan bersemangat.
Isteriku mengangguk. Sudah faham barangkali. Lalu aku segera mengambil kertas A4 dan menuliskan fasa-fasa tersebut.
Fasa 1 bagaimana mencipta RM0 menjadi RM1
Fasa 2 bagaimana mengembangkan Rm1 menjadi RM10
Fasa 3 bagaimana mengembangkan RM10 menjadi RM100
Fasa 4 bagaimana mengembangkan RM100 menjadi RM1000
Fasa 5 bagaimana mengembangkan RM1000 menjadi RM10,000
Fasa 6 bagaimana mengembangkan RM10,000 menjadi RM100,000
Fasa 7 bagaimana mengembagkan RM100,000 menjadi RM1Juta
“Sekarang abang nak tanya, bila boleh menyelesaikan Fasa1? Bukan mengambil duit dari saving kita tau. Abang maksudkan mencipta. Mencipta itu bermaksud dari tiada kepada ada. Daripada tidak memiliki kepada memiliki” terangku.
Isteriku tersenyum. Kelihatan sinar pada matanya. Boleh jadi isteriku juga sudah dapat idea bagaimana melakukannya.
Lalu berdetik dalam hatiku…”Alangkah seronoknya jika ada 100 orang kawan yang sama-sama berusaha menjadikanya kenyataan. Aku mengharapkan akan lebih ramai lagi kawan-kawanku memberikan ideanya di sini
“Siapakah agaknya di antara kawan-kawanku yang ingin turut serta mencapai impian itu?” hatiku berbisik sendirian…
Dec