Archive for the ‘Diari Aku & Motivasi’ Category

LANCAR ATAU TIDAK BACALAH AL-QURAN!

Ada yang memberi alasan tidak lancar kerana itu jarang membaca al-Quran?

Nah, hayati hadis di bawah.

“Aisyah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Seseorang yang ahli dalam al-Quran akan berada bersama para malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah-payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran (HR Bukhari, M uslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah )

Ahli al-Quran: Adalah hafiz & hafizah yang sentiasa membaca al-Quran.

Ganjaran dua pahala: Satu kerana bacaannya kedua kerana susah-payahnya.

Tips beramal dengan hadis di atas.

- Mulakan dengan niat untuk membaca al-Quran setiap hari. Berniat sahaja sudah Allah berikan ganjaran.

- Ingat pepatah Melayu, “Belakang parang jika diasah lagikan tajam”. Praktis hari-hari lancarlah akhirnya. Macam surah al-fatihah juga. Jika sudah diulang-ulang sampai 17 kali sehari, pasti lancar!. InsyaAllah.

Khasiat ayat al-Quran

Bacalah surah al-fatihah pada pagi hari, sebaik-baiknya sebelum Subuh (waktu sahur). Kemudian ditiup pada telapak tangan lalu disapu pada muka dan perut. InsyaAllah hilang rasa lapar dan dahaga.

Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   No Comments  

INILAH HARTA YANG KEKAL

Apa yang ada di dunia ini akan binasa dan pasti akan kita tinggalkan. Kecuali amalan yang bermanfaat untuk dibawa ke negeri akhirat. Salah satu amalan yang bermanfaat adalah membaca al-Quran.

Siapa yang yakin dia akan hidup hingga ke tua? Tua juga merupakan rezeki . Dan bukan semua orang menikmati rezeki menjadi tua.

Dalam minggu ini saja saya mendengar tiga kematian. Seorang cikgu yang baru bersara. Dikhabarkan cikgu ini mempunyai hubungan yang tidak baik dengan seseorang, dan orang tersebut meninggal dunia kira-kira 8 bulan lalu. Dikatakan retaknya hubungan mereka ini kerana masalah harta. Lebih malang lagi bila si cikgu ini tidak menziarahi si arwah ketika kematiannya. Siapa sangka belum pun sampai setahun dan hubungan belum jernih dia pula dipanggil Allah. Nah, agak-agak kalau dia tahu 8 bulan akan datang dia juga akan mati, masihkan dia berdendam dan kekal memutuskan silaturrahim?

 

Sseorang lagi wanita wanita berusia 40-an. Wanita ini dikhabarkan mati kerana terlanggar tiang lampu bilamana dia  geram dan mengejar peragut yang meragut begnya.Wanita ini meninggalkan 7 orang anak yang masih kecil.

Seorang lagi seorang pemuda usia tiga puluhan, mati kerana penyakit dan dia juga meninggalkan anak-anak yang masih kecil.

Lihatlah diakhbar dan tv (bagi yang membaca akhabar dan menonton tv). Setiap hari ada saja laporan kematian dengan pelbagai puncanya. Hakikatnya itulah umur mereka di dunia ini.

Nah, siapa yang berani mengatakan dia hanya akan mati ketika tua?

Justeru, marilah kita mula membina harta yang kekal. Apakah harta yang kekal? Mari kita hayati hadis di bawah,

Uqbah bin Amir berkata, “Rasulullah SAW datang kepada kami ketika kami sedang duduk di atas ‘suffah’ dan bertanya. ” Siapakah antara kamu yang suka pergi ke pasar Buthan atau Aqiq setiap hari dan membawa pulang dua ekor unta betina daripada yang terbaik tanpa melakukan satu dosa pun atau memutuskan (tali) silaturrahim? Kami menjawab, “Setiap orang dari kami akan menyukainya.” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang pergi ke masjid dan mengajar atau membaca dua potong ayat daripada al-Quran adalah lebih baik baginya daripada dua ekor unta betina, tiga ayat adalah lebih baik baginya daripada tiga ekor unta betina, dan begitu juga empat potong ayat adalah lebih baik baginya dari empat ekor unta betina dan mengikut bilangan ayat-ayat yang sama dengan dengan  bilangan unta jantan (al-ibli).” (HR Muslim )

Suffah: Adalah nama bagi lantai satu lantai khas di dalam masjid nabi. Ia menjadi tempat berhimpun orang-orang Muhajirin yang miskin.

Butthan dan Aqiq: Adalah nama dua tempat berhampiran Kota Madinah yang terdapat pasar unta.

Tanpa melakukan satu dosa pun: Bermaksud mendapatkannya dengan cara halal, dan bukannya dari perbuatan yang berdosa seperti kekerasan, mencuri dan rampasan.

Unta betina: Di kalangan orang arab untuk merupakan haiwan yang disukai, apatah lagi unta betina yang mempunyai bionggol yang besar.

Tips beramal dengan hadis di atas:

- Mulai hari ini kita perlu jadi lebih teliti dalam setiap tindak-tanduk. Apakah masa kita digunakan untuk membina harta yang kekal atau melakukan hal yang sia-sia. Modal kita sama iaitu 24 jam sehari semalam. Sedangkan kematian itu misteri. Biarpun seseorang memiliki harta dan kekuasaan  kerajaan tujuh benua sekalipun satu hari nanti pasti akan ditinggalkannya.

Lihatlah apa yang ditinggalkan oleh pengasas Apple. Apa yang yang ditinggalkan oleh pengasas Genting? Maut pasti memisahkan mereka dari harta dan kekuasannya. Walhal ganjaran membaca satu ayat adalah kekal sehingga ke akhirat nanti. Ayuh jangan bertangguh-tangguh lagi, perbanyakkan baca al-Quran!

- Jika kita belum ada kelebihan mengajar al-Quran, kita boleh mendengar orang mengajar al-Quran. Paling tidak pun datang ke masjid dan bacalah al-Quran di sana. Membaca tiga kali surah al-ikhlas mendapat pahala seperti khatam seluruh al-Quran. Walhal membacanya cuma mengambil masa 15 saat!

Khasiat al-Quran

Jika saudar dapati diri saudara dirantai, atau diikat dan tiada jalan jalan lain untuk melepaskan diri. Jangan panik. Bacalah 111 kali surah al-fatihah kemudian ludahkan ke atas rantai atau ikatan tersebut. InsyaAllah terbuka dengan izin Allah. Saya sudah amalkan semasa rumah terkunci. Mujarab. Nah, amalan bukan untuk dibaca sahaja, rugi. Cubalah jika mahu tahu berkesan atau tidak!

Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   No Comments  

SIBUK YANG MENGUNTUNGKAN?

Siapa kata sibuk itu tidak bagus? Apatah lagi jika sibuk  membaca al-Quran. Ayuh,kita hayati hadis di bawah.

” Abu Said meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Allah berfirman, ” Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingati-Ku dan berdoa kepada-Ku kerana sibuk dengan al-Quran, maka Allah akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepada-Ku. Ketinggian perkataan Allah ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah ke atas segala makhluk (ciptaan-Nya) .” (HR Tirmizi, Darimi dan Baihaqi)

 

Tips untuk beramal dengan hadis di atas:

- Letakkan target yang tinggi-tinggi bila membaca al-Quran. Contohnya target untuk khatam sekali setiap bulan.Hak al-Quran adalah perlu dikhatamkan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Jika Allah bertanya, apakah yang menghalang kita untuk menunaikan hak al-Quran itu, kita mahu jawab bagaimana?

- Kebiasaan para Sahabat mengkatamkan al-Quran setiap tujuh hari sekali. Jika saudara mahu tahu tertib melakukannya boleh email saya. Ia bukanlah mustahil. Orang biasa seperti kita pun boleh melakukannya.

Khasiat al-Quran

Jika sakit mana-mana bahagian badan bacalah surah al-fatihah tiga kali ke atas tempat yang saki itu. Kemudian berdoalah dengan doa di bawah:

“Ya Allah! Sembuhkanlah kerana Engkaulah penyembuh, Ya Allah! cukupkanlah kerana Engkaulah yang mencukupkan,Ya Allah! Afiatkanlah kerana Engkaulahlah yang mengafiatkan. Lepaskanlah kemudaratan ini. InsyaAllah akan hilang kesakitan itu.

 

 

Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   No Comments  

SIAPAKAH ORANG YANG TERBAIK?

Allahuakbar!

Tahun baru menjelma lagi. Apa azam kawan-kawan?

Mulai tahun baru ini (1433) saya berazam untuk mengkhusus dalam kajian al-Quran dan al-hadis bagi membongkar rahsia al-Quran. Seterusnya akan saya  jadikan signboard menuju syurga.

Sebagai permulaan mari kita hayati hadis di bawah ini.

Uthman meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (HR Bukhari )

Dalam kitab ‘Syarah Ihya Umuluddin terdapat senarai orang yang akan diberi perlindungan di bawah naungan Arash Allah. Di antaranya ialah:

1) Orang yang mengajar al-Quran kepada kanak-kanak Islam

2) Orang yang belajar al-Quran semasa usia muda dan terus mengambil berat membaca al-Quran sehingga dewasa.

Tips untuk beramal dengan hadis di atas:

- Cari peluang untuk memperbaiki bacaan al-Quran. Mendengar kaset/CD atau daftar ke kelas pengajian al-Quran.

- Ajar anak kita membaca al-Quran. Tidak semestinya mengajar yang canggih-canggih. Membetulkan bacaan al-fatihahnya pun sudah dikira mengajar.

- Jika kita masih  jarang membaca al-Quran bolehlah mula rancang kembali jadual harian kita. Masukkan agenda membaca al-Quran sebagai aktiviti rutin sebagaimana aktiviti makan dan tidur. Mula-mula saja rasa cangggung, bila lama sedikit, jadi terbalik pula. Tidak membaca al-Quran akan rasa ‘lain macam’.

- Atau paling malas pun bukalah kaset/cd bacaan al-Quran di rumah. Syaitan cukup menyampah mendengar bacaan al-Quran. Lama-lama dia tak tahan dan terus keluar dari rumah kita.

Khasiat Al-Quran

Bacalah surah al-Fatihah sebanyak 40 kali pada sebekas air. Kemudian sapukan pada muka, tapak tangan dan kaki serta seluruh tubuh pesakit. Khususnya orang yang mengalami demam panas. InsyaAllah afiat.

Saya secara peribadi mempunyai beberapa pengalaman beramal dengan surah al-fatihah, bukan saja demam panas, malah kanser rahim juga selesai.

Saya ada terbaca  beberapa hadis yang menyatakan khasiat surah al-fatihah adalah untuk segala jenis penyakit. Sebab itu saya yakin dan  siapa saja yang datang untuk mohon penawar, cukup dengan hanya membaca surah al-fatihah. Logiknya dari 144 surah dalam al-Quran mengapa surah al-fatihah yang Allah pilih untuk dijadakan syarat sah solat. Tentu ada rahsia tersembunyi yang sangat-sangat dasyat!.

 

 

 

Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   No Comments  

INI CERITA PETANG SEMALAM

CERITA 1

Selesai sahaja imam membaca doa, bilal mengumumkan,

“Assalamualaikum. Selepas solat Jumaat ini semua jemaah dijemput makan ke rumah…………..

Jemput makan!. Rumahnya di sebelah stesen minyak mobil.” Jelas suara bilal bercakap menggunakan mikrofon.

Saya datang sedikit lewat. Bila tiba di halaman rumah yang dimaksudkan, kelihatan majlis sudah bermula.

“Oh, ada majlis tahlil, ingatkan ajak makan saja” Bisik hati.

Kemudian saya menyertai majlis tersebut. Ramai sungguh yang hadir. Kami duduk berlapis-lapis, maklumlah jemput makan tengahari, tepat pada masanya

Selesai saja doa diaminkan, semua bergegas ke ruangan sebelah rumah. Di sana jamuan sudah sedia menunggu. Sekali lagi ramai orang berasak-asak. Bau makanan dan perut yang lapar membuat hati berbisik,

“Hai, ceduk makanan pun lambat sangat,…tengoklah punya ramai orang beratur. Janganlah buat macam gaya pengantin…” Getus hati

Akhirnya sampai juga giliran saya. Saya membawa makanan di pinggan dan kembali duduk di ruangan masjlis tahlil tadi.

Kelihatan imam,bilal dan seorang jemaah sedang melakukan solat hajat. Aku perasan mereka juga pada mulanya  bergegas ke ruang jamuan, sebelum bila tiba-tiba dicuit oleh tuan rumah dan mohon dibuat solat hajat. Mereka akur. Semua jemaah sedang menjamu makanan tinggallah mereka bertiga masih solat hajat. Logiknya tentu mereka hanya akan mendapat saki-baki makanan yang tinggal.

Namun, tidak pula begitu. Tuan rumah menambah lagi segala lauk pauk yang sudah berkurang. Nah, kini mereka tinggal memilih mahu makan apa?

Melihat situasi itu saya terdetik dalam hati, “Benarlah, selagi kita mendahulukan Ibadat, semua rezeki akan tunduk kepada kita. Tiada yang perlu digusarkan.”

” Hazrat Abu Sa’d meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Allah berfirman, “Jikalau sesiapa mendapati tida ada masa untuk mengingati-Ku dan berdoa kepada-Ku kerana sibuk dengan al-Quran maka Aku akan mengurniakan kepada-Nya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepada-Ku. Ketinggian perkataan Allah ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggia Allah ke atas segala makhluk (ciptaan-Nya) (HR Tirmizi, Darimi dan Baihaqi)

 

CERITA 2

Setelah beberapa kali menghubungi pihak pengedar majalah Q &  A, akhirnya saya berjaya membuat temu-janji dengan salah seorang pengedarnya. Saya memandu hampir 20km semata-mata untuk memudahkan pihak penjual. Khabarnya dia orang Selangor tidak biasa dengan jalan di Kelantan.

Bila saya sampai di tempat yang dijanjikan, memang patutlah…. Rupa-rupanya dia seorang pelajar (wanita). Masih belajar dan pada masa yang sama belajar-belajar berniaga. Menariknya, dalam keadaan malu-malu kucing dia berkata begini,

“Pakcik mahu beli majalah ini sekali? Sambil menunjukkan majalah yang dimaksudkan.

“Berapa harganya ini dik?”

“Rm 3”

“Harga pengedar?”

“Rm2.70”

“Ok, Pakcik ambil satu”

Dalam perjalanan memandu pulang hati saya terdetik lagi.

“Untungnya cuma 30 sen. Namu lihatlah, barakahnya. Allah gerakkan hati saya untuk mendatanginya dan bukan dia yang mendatangi saya sebagaimana layaknya penjual mencari pembeli. “

“Asalnya saya cuma mahu beli satu naskah majalah, tetapi berakhir dengan membeli dua naskah, semata-mata  kerana tertarik dengan ketulusan si penjual. Walhal majalah yang satu lagi itu khusus untuk remaja! SesungguhnyaAllah pasti akan mudahkan semua usaha yang jujur dan ikhlas.”

“Adalah sememangnya menjadi tanggungjawab Kami menolong orang yang beriman.” (Rum: 47)

 

CERITA 3

“Jom kita jalan-jalan bang. Ani mahu freshkan minda. Sejak pagi tadi mengadap komputer.” Ajak isteri saya

“Ok, jom kita pergi makan rojak di pekan Pasir Puteh!” Jawab saya lantas, mengalihkan pandangan kepada Abu Bakar yang sedang terkedip-kedip memahami butir bicara.

“Abu Bakar, pakai kopiah, kita mahu naik kereta!” Laungku kepada Abu Bakar

Abu Bakar terus tersengeh, kemudian tersenyum, lepas itu melompak berdiri dan berpusing-pusing keriangan. Over acting pula!. Begitulah biasanya bila Abu Bakar mendengar perkataan “kereta”. Seperti ibunya juga, suka jalan-jalan!

Dalam perjalanan kami mendengar tazkirah di radio. Wah menariknya. Ia berkenaan fadhilat awal muharram.

Syukur Alhamdulillah. Hampir terlupa, rupa-rupanya petang ini (sabtu) perlu standby untuk membaca doa awal dan akhir tahun.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk beriktikaf untuk memanfaatkan waktu emas itu. Kami juga mengambil keputusan untuk berpuasa sunat sempena akhir dan awal tahun (sabtu dan ahad). Fadilatnya sungguh dasyat!

Dalam hati terdetik lagi,

“Beruntungnya orang yang menyampaikan ilmu. Sudah tentu ustaz di radio itu akan mendapat bahagian pahala bila Allah beri kekuatan kepada kami untuk beribadat sempena menyamput awal muharram. Ia hasil dari ilmu dan motivasi yang dikongsikannya melalui radio.”

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang telah dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) (Ali-Imran: 110)

Saudara mahu tahu apakah impian yang mesti diburu pada bulan Muharram? Klik di sini

Jom kita upgrade ibadat  sempana tahun baru! yakni 1 Muharram 1433!

 

 

Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   No Comments  

STRATEGI MENJEMPUT REZEKI PALING AMPUH DI DUNIA

Wah, hari Jumaat datang lagi. Hari yang istimewa. Hari besar. Jadi bagaimana rancangan kita hari ini? Bagaimana pelaburan kita hari ini?

Baik, hari ini saya mahu berkongsi maklumat berkenaan zakat.

Klik di sini

Manakala tentang sedekah pula…ada janji Allah yang sangat-sangat dasyat!

“Barangsiapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang  baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia.” (Al-Hadid: 11)

Nah, cuba kita perhatikan janji Allah di atas.

1) Allah berjanji mengembalikannya berlipat ganda

2) Sudahlah dibalas berlipat ganda dapat lagi pahala yang mulia.

Wah, kawan-kawan…bukankah ini janji yang sangat dasyat?

Nah, hari ini kan hari Jumaat. Ayuh, dong! Mari upgrade sedekahnya. Sebentar lagi mahu ke masjid kan? Jangan dari dulu asyik-asyik seringgit sahaja!.

Nah, hari ini pejam mata, masukkan RM10! dan lihat bagaimana Allah mengotakan janji-Nya!

Kemudian bila sudah terbukti keajaibannya mohon sms  saya , kerana  saya mahu siarkan bukti itu di sini. Biar lebih ramai lagi yang termotivasi untuk upgrade sedekahnya.

Kita sama-sama menghitung hari dan menjadi saksi kepada keajaiban rezeki melimpah dengan  strategi upgrade sedekah!

Zakat itu hanya sebagai protection kepada harta, sedang sedekah itulah  investment!.

Nah, jika mahu rezeki kita berlipat ganda, mahu sihat,mahu aman, ya, mau apa saja…lebihkan memberi. Lebihkan, tambah, upgrade!

Ayoh kita upgrade sedekahnya. Hari ini.

Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   No Comments  

 KEBERANIAN MENCUBA

Semasa saya menulis artikel  ini saya baru sahaja selesai membaca email dari salah seorang pembaca senyap blog ini. Beliau seorang yang pandai, dan diizinkan Allah belajar di luar negara. Beliau juga sedang memburu impian meraih Phd dan masih berusaha keras menyiapkan penulisan tesis.

Namun, sebagaimana fitrah memburu impian,  insan terpilih yang bakal bergelar Dr. ini,  turut dihambat oleh  rasa kurang yakin diri. Beliau meluahkan begini.

“Salah satu sebab saya belum mampu siapkan tesis phd adalah kurang yakin dengan penulisan dan pengetahuan yang ada. “

Bidang saya adalah sains kesihatan, yang sangat bergantung kepada fakta. Pengumpulan data melalui kajian makmal dan seterusnya menganalisa data tersebut untuk menghasilkan teori. Sudah pelbagai tips diperolehi, namun bukan mudah untuk dilaksanakan. Mujahadah saya belum maksima. Hanya pada Allah saya mohon pertolongan.

Sambung beliau lagi,

Bagaimanapun, impian saya ingin menjadi pensyarah seperti Prof MKI yang boleh menulis pelbagai jenis artikel walaupun bukan dalam bidang kepakarannya. Melalui blog prof saya sedar tentang kepentingan menyebarkan ilmu. Kerana itulah saya mempunyai impian menjadi penulis. Cuma belum ada modal “berani mencuba”….

Ada dua sebab mengapa  pada hari ini saya memilih untuk menulis tentang topik “berani mencuba” di blog ini.

Pertama kerana topik itu sangat dekat di hati saya dan kedua , kerana mahu berkongsi bagaimana untuk memiliki keberanian mencuba.

Saya percaya bukan penghantar email di atas sahaja yang sedang berhadapan dengan cabaran. Setiap dari kita mempunyai impian bukan? Malah sekarang pun kita sedang memburunya betul?Hanya orang yang tidak memburu impian sahaja yang tidak dicabar oleh apa-apa pun.Ayuh kawan, tolong katakan “ya” agar saya boleh terus menulis ….

Jangan bingung  dengan tulisan saya kali ini, kerana memang saya  mencuba gaya baru! Bukankah tahun baru kita (1 Muharram 1433) akan tiba tiga hari lagi? Tepatnya pada 27/11/2011, hari Ahad.  Ayuh dong, masakan masih mahu menggunakan gaya lama? Masih mahu berada di takuk lama?

Nah, memang setiap impian memang ada cabarannya. Oleh itu, bukanlah soal cabaran yang mahu saya perkatakan di sini, tetapi bagaimana mahu berhadapan dengan cabaran itu.

Baik, sudah sedia?

Semasa saya sedang menaip ayat ini, tiba-tiba saja ingatan saya kembali kepada bos lama. Beliau adalah penulis buku “Susah Tapi Boleh”.  Tunggu sebentar saya mahu cari di google, mungkin ada di sana…

Alhamdulillah, ada, di sini…..siap dengan wajah beliau. Klik di sini ya, manalah tahu bos saya pernah menjadi bos sudara juga!

Beliau pernah mengajarkan kepada saya tentang ilmu ‘possibility thinking’.

Apa itu possibility? Menurut Wikipedia, Possibility is the condition or fact of being possible. The Latin origins of the word hint at ability. Possibility also refers to something that “could happen”, that is not precluded by the facts.

Ilmu ini menarik kerana ia mendorong kita tidak dikekang oleh fakta. Fakta yang manusia temui bukankah boleh berubah?…tiada yang tidak berubah  di dunia ini kecuali fakta dari Allah!

Bagaimana menggunakan ilmu possibility tihinking?

Maksudnya begini,  jika sesuatu rancangan itu mempunyai hanya 1% potensi kejayaan, ia juga mempunyai 99% potensi untuk gagal. Namun jika tiada sebarang tindakan dibuat. Peluang untuk gagalah adalah 100%.

Masih belum faham? Baik kita ambil satu lagi contoh,

Jika sesuatu rancangan itu mempunyai  99% potensi untuk berhasil, ia juga mempunyai 1% potensi untuk gagal. Namun jika tiada sebarang tindakan diambil peluang untuk gagal adalah 100%.

Nah apa lagi. Do something better than do nothing, right?

Maksudnya tanpa berbuat apa-apa,  kita tidak akan pernah mencapai apa-apa.

 ilmu ‘possibility thinking’ mengajar saya menjadi berani untuk mencuba, biarpun potensi untuk berjaya hanyalah 1%. Justeru saya memang banyak mengalami kegagalan. Juga banyak mendapat pengalaman.Bukankah tanpa mencuba kegagalan adalah pasti?

Saya teringat lagi semasa saya menanam ubi setahun lepas. Batang-barang ubi itu saya pacakkan sahaja ke tanah. Batang-batang ubi itu ditanam pada hari yang sama dan di atas tanah yang sama. Namun, tumbesaranya tidaklah sama. Dan pada hari ini (selepas setahun) ternyata semua ubi itu lebih besar dari setahun sebelumnya. Memanglah  ada yang lebih besar dari yang lain. Namun itu bukanlah  isunya. Apa yang mahu disampaikan adalah  pokok ubi itu lebih besar dari sebelumnya. Apa pula hasilnya jika batang-batang ubi itu tidak pernah saya pacakkan ke tanah?

Anthony Robbins mengatakannya dengan tepat,

No matter how many mistakes you make or how slow you progress, you are still way ahead of everyone who isn’t trying.

Dalam buku tersebut beliau menulisnya begini,

Segala kemahuan yang mereka kehendaki harus disokong dengan usaha gigih. Namun, manusia sering gagal mencapai apa yang mereka impikan kerana mereka meletakkan sesuatu yang tidak diusahakan sebagai alasan untuk gagal atau ketidakmampuan untuk mencapai sesuatu yang mereka hajati. Mereka sering menjadikan orang lain sebagai individu yang berkemampuan untuk memperoleh kejayaan tetapi bukannya diri mereka.

Sekali lagi, ini kata kuncinya: “Tidak diusahakan”

Serius, inilah masalah kita bersama. Kita belum bertindak, kita belum pun mencuba!Impian itu belumpun diusahakan sebenarnya. Kita belum berbuat apa-apa!

Siapa boleh tolong saya jawab, mengapa kita belum berindak?Pada saya kerana seseorang itu masih terperangkap oleh perasaan  takut gagal! Aduh, mengapa tiba-tiba saja saya jadi emosi begini?

He,he,he ini bukan emosi ya kawan, ini semangat!. Suara saya ini bila bercakap topik  “berani” memang kuat, bukan marah-marah ya, tapi kerana semangat!. Justeru bila marah tentu lebih kuat lagi! Kerana itu saya tidak suka marah. Nanti takut orang jadi keliru antara bunyi petir dan suara saya!

Nah, kita kembali lagi kepada soal di atas.

Mengapa kita tidak berani mencuba? Kerana takut gagal

Bagaimana agar berani mencuba? Jangan takut gagallah..!

Bagaimana agar tidak takut gagal? Betulkan cara berfikir

Betulkan bagaimana?

Berfikirlah…apakah kejayaan itu kerana usaha kita? Atau kerana izin Allah?

Apakah bila kita berdoa pastikah Allah kabulkan? Pasti!

Tetapi mengapa masih berdoa walau belum dikabukkan? Mana saya tahu, itukan urasan Allah.

Nah, berusaha juga begitu kawan, teruskan saja walau belum berhasil. Soal bila dan bagaimana itu bukan urusan kita. Urusan kita buat sahaja apa yang boleh dibuat.

Satu lagi janganlah asyik buat benda yang sama saja.

Kalau selama ini solat dhuhanya dua rakaat, upgradelah menjadi 4. Jika selama ini 4 tambah jadi 8. Kalau sebelum ini solat hajat seminggu sekali, tambah jadi hari-hari. Malah kalau sudah pun dibuat hari-hari mengapa tidak solat hajat lima kali sehari! Salah ke? Tidak salah. Malah Allah suka! Kepada siapa lagi kita mahu berharap? Bukankah baik harapan itu ditujukan kepada pemilik kurnia yang besar?

“Dia menentukan rahmat-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah memiliki kurnia yang besar.”(Ali-Imran: 74)

Kita  tidak takut gagal kerana berasa yakin, kejayaan dan kegagalan itu bukan urusan kita. Urusan kita adalah berusah, berusaha dan terus berusaha. Action, action  and action!

“Dan milik Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan.”(Ali-Imran: 109)

Justeru, bila difikirkan dengan teliti, sebenarnya kita boleh melihat sebab-sebab untuk mencapai impian itu. Ternyata yang banyaknya  ia berpunca dari diri kita sendiri.

“Kebajikan apa pun yang kamu peroleh adalah dari sisi Allah dan keburukan apa pun yang menimpamu, itu dari (kesalahan) dirimu sendiri.”(An-Nisa’: 79)

Bagaimana pula jika impian kita masih belum tercapai? Malah putaran roda kehidupan pula sedang menjunam ke bawah. Ayuh,  jangan buru-buru garu kepala yang tidak gatal, kawan. Itu adalah ujian Allah.

“Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu.”(Ali-Imran’: 186)

Dan dalam mengharungi ujian itu Allah berpesan agar terus bersabar (di ulang dua kali), agar kita keluar dari ujian itu sebagai orang yang beruntung.

” Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan bersabarlah kamu  dan bersiap-siagalah kamu dan bertakwalah kamu (kepada Allah) agar kamu beruntung.” (Ali-Imran: 200)

Bukan setakat itu, formula bagaimana mahu keluar dari ujian itu dengan sukses turut dinyatakan:

“Dia memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (At-Talaq: 2)

Asal saja kita mengikut strategi yang betul, iaitu dengan menggunakan  strategi bertakwa dan bertawakal.

Idea adalah rezeki. Untuk keluar dari kebuntuan perlukan idea. Rasa berani mencuba juga merupakan rezeki. Idea dan rasa ini  datang  dari dua sumber:

1) Dari syaitan dan nafsu

2) Dari Allah

Justeru seseorang itu boleh jadi berani untuk mencuba bila:

1) Cara berfikir yang betul (Possibility Thinking)

2) Yakin tugas kita adalah berusaha. Hasil dari Allah.

3) Yakin Allah sentiasa standby untuk dihubungi.

 

 

Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   No Comments