Selepas Solat Sunat Dhuha sebentar tadi, tiba-tiba terlintas idea untuk mengubah konsep tulisan di blog ini.
Aku bercadang untuk menukar konsep tulisan di blog ini menjadi sebuah cerpen bersiri. Sebuah kisah benar bagaimana seorang pemburu impian mencipta sejuta dalam tempoh 24 bulan, melalui usaha ini.
“InsyaAllah , siri 1 kisah motivasi ini akan bermula pada 1hb Jan 2010″ Bisikku










Assalaamu’alaikum
Setiap idea yang baik… harus diteruskan. Itulah namanya perubahan yang dinamik. Hidup harus kreatif. Malah jika dihias dengan inovasi akan lebih berwarna ceria. Hidup ini mesti dilalui dengan rasa seronok dan hebat. jika ada jalan yang memeriahkan jalan ceritanya… mengapa tidak diteruskan… maju dan maju mencapai kelainan. Hidup akan semakin indah dan bersemangat.
Selamat maju jaya dari Bunda buat impian Fathuri. Salam manis selalu.
Siti Fatimah Ahmad´s last blog ..JANGAN PAKSA TUHAN…
Pemburu Impian: Bunda seolah dapat menyelami hati ambo…”Hidup ini mesti dilalui dengan rasa seronok dan hebat. jika ada jalan yang memeriahkan jalan ceritanya… mengapa tidak diteruskan… maju dan maju mencapai kelainan. Hidup akan semakin indah dan bersemangat.”