Subuh tadi aku terjaga agak awal. Tiba-tiba tercetus soalan di atas. Bagaimana untuk mencipta RM100 dari RM10? Atau boleh juga disebut begini, “Bagaimana mengembangkan RM10 menjadi RM100?”
Aku percaya tentu ada cara tertentu. Kadang-kadang caranya bukanlah susah sangat, tetapi cuma tidak terfikir saja. Ini yang dinamakan idea kreatif.
Lalu aku mula berimaginasi, Jika sudah mempunyai idea dan berjaya mengembangkan RM10 menjadi RM100. Apa akan berlaku bila proses itu diulang-ulang sebanyak 10 kali? Jawapannya tentu menjadi RM1000!
Tahniah! sekarang kita sudah boleh maju ke fasa seterusnya, iaitu fasa 4.
“Inilah jalan untuk mencipta sejuta. Cuma ada 7 fasa”, kata-kata ini pernah aku baca dalam sebuah buku.
Menariknya kebanyakan orang yang aku kenal sudah mampu untuk sampai ke fasa 3 & 4. Malangnya kerana tidak mempunyai formula khusus, sehingga hari ini tidak pernah sampai ke fasa seterusnya. Malah ramai juga yang terpaksa berpatah kembali ke fasa sebelumnya.
Pun begitu, bagi mereka yang tahu formula untuk sampai ke fasa tersebut, mengulanginya sekali lagi adalah lebih mudah dan singkat. Kisah begini seringkali kita temui di akhbar dan majalah. Mereka menemui idea. Mereka merumuskan menjadi formula. Mereka mengambil tindakan yang berterusan. Akhirnya mereka sampai semula ke fasa tersebut.
Aku pernah bertemu dan bercakap dengan beberapa orang yang sudah tiba pada fasa ke 7. Malah sudah mendaki ke fasa-fasa seterusnya. Ringkasnya mereka sudah berjaya mencipta sejuta. Kebanyakan mereka memang ada formula khusus. Mereka ada idea yang terbukti berhasil. Mereka hanya mengulang-ulang idea tersebut. Begitulah juga kejayaan mereka dalam bidang-bidang kehidupan yang lain.
Salah seorang yang pernah aku temui ada di sini.
Idea yang berkesan adalah formula. Bilamana formula sudah ditemui , maka kejayaan hanya menunggu masa saja. Perkara ini ditulis secara khusus dalam buku “The success system that never fail” . By W.Clement Stone
…dan pada hari ini, aku ingin sekali bertanyakan idea ini kepada kawan-kawan ku,
Bagaimanakah mencipta RM100 dengan bermodalkan RM10?….
Lalu hatiku berbisik…”siapakah agaknya orang pertama yang akan memberikan idea itu?”
Aku begitu teruja menunggu idea-idea itu,…malah kalau boleh biar sampai terkumpul 100 idea! . Maka tidak ada alasan lagi untuk kita beralasan, kerana sudah ada 100 idea bagaimana mencipta sejuta.











Salam saudara fathuri…
Sya pun tertanya2, mana dia “idea” RM10 jadi RM100 dlm artikel anda..
Teruja utk mengetahuinya…~
salam alaik, em, macam mana nak tukar rm10 jadi seratus ye..cara pertama main kutu 10 orang..cabut setiap minggu selama 10minggu..so jadi la kan rm10 jadi seratus itu cara manual yang selamat r..ada juga MLM nama dermawan kot..rm10 register then cari org..
NAshrique..sdr fathuri open to da floor tok bg cadangan, so sdr pn kongsikan lah..sy ni biase main kutu aje huhuhu
kalau 10 jadi seratus..100 jadi seribu..fuh ni kalo kena ideanya dan cara kerja betul-betul lain macam ni..salam perkenalan.
Ibnu Walidain >>
kalo main kutu, kalo dpt turn last tu memanglah RM10 jadi RM100. tapi, kalo dapat turn awal-awal, itu RM100 jadi RM10… sakit3x…
salam,
urm…saudara fathuri. Saya ni bukanlah ber idea sangat. Tentang idea main kutu macam sedara kat atas tu komen pun ok jugak. Tapi kalau jadi orang 1st memang sakit ler. Idea saya cuma simpan dalam tabung 1 hari RM 10. InsyaAllah 10 hari dah jadi RM 100. Memandangkan RM 10 bukanlah modal sesuai untuk memulakan satu perniagaan. Mungkin ada cuma saya tak nampak.
Tapi berkenaan idea saya untuk simpan 1 hari RM 10 tu dah terlalu common. Mungkin orang kita ni susah nak buat macam tu. So harap-harap ada idea lain dari bro dan sahabat lain. Saya akan ikut perkembangan ruangan ni
saya punya stail- beli kertas, pensil, pemadam dan apa2 peralatan melukis yang boleh dengan RM10, lepas tu lukis la sesuatu yang boleh dijual! Saya dah buat keje camni sejak 3-4 tahun dulu…best!
Banyak lagi produk kreatif yang boleh dibuat dan menjualkannya! Inilah satu cara yang jelas untuk menggandakan pendapatan!
Baru minggu lepas,
kawan saya datang tempat saya bercerita…
Dia kata, dalam minggu lepas saja,
dia dapat untung lebih RM30…
dengan modal hanya RM7..
Saya tanya dia…macammana dia dapat untung tu,
Dia kata dia jual kipas kecil (yang disambung pada USB komputer tu)
Dia beli benda tu dengan harga RM12…
tapi dia jual balik kepada kawan sepejabat dengannya sebanyak RM12.
Dia dapat untung satu kipas RM5…
Minggu lepas saja dia berjaya jual 6 kipas…
so untung bersih dia dapat RM30 katanya…
So, kalau nak jana RM10 menjadi seratus,
formulanya ialah…
cari barang yang berharga RM10 atau kurang dari tu…
kemudian jual pada orang lain dengan harga lebih dari RM10…
Jual la dalam RM15 ker…so kat situ dah untung RM5…
maka kalau dapat jual sebanyak 20 unit…
dah dapat RM100 laaa untungnya…
ada tu, kawan baik saya punya mak…
dia jual tudung…
dia beli tudung dengan harga RM8..
tapi dia jual balik tudung2 tu di KL dengan harga RM20 ke RM30…
tu pun orang berebut untuk membelinya …
mak dia untung giler katanya…huhu
kesilapan :
bukan “beli benda tu dengan harga RM12″
tapi dia beli kipas tu dengan harga RM7…
dan dia jual balik RM12…
untung RM5…
hehehe…kuncinya ialah berniaga!
Hmm, satu cetusan idea yang menarik untuk direalitikan
agak2nya bro memang dah ada kot program yang akan dilaksanakan bermodalkan RM10 tetapi akan digandakan menjadi RM100
teringin gak nak tau..
em,memg btl kate wanwma, kunci nye bniaga..skang ni da byk kedai yg jual barangan cina, yg modal memg bwh rm10 n design plak lawa..so kalo nk jual tu memg blh untung besar r huhuhu tp kene bg tau pembeli siap2 r ni barg china..x bek kan menipu huhuhu x berkat
Assalamua’laikum W.B.T Tuan punya blog, saudara Fathuri.
Firstly, terima kasih kerana singgah ke blog saya sebelum ini. Salam perkenalan.
Idea, RM10 - RM100 ini memang menarik. Malah dari RM0 - RM100 pun boleh dihasilkan.
Banyak cara boleh diusahakan dan setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri (as long as cara tu cara yang baik dan halal)
Biasanya macam diri saya sendiri, saya boleh hasilkan RM0 kepada RMXX menggunakan kemahiran atau pengalaman yang saya ada. Hanya menggunakan masa sebagai modal. Since saya lebih kepada online marketing, maka saya banyak menghasilkan income dari sini.
Tetapi nak dijadikan cerita, saya ambil kisah daripada ibu saya sendiri. Beliau ada berniaga kecil - kecilan dan kebanyakan produk yang diletakkan di kedai tak menggunakan sebarang modal.
Ringkasnya beliau menggunakan konsep consignment item. Dari kenalan - kenalan, beliau dapatkan produk dan apabila buat sales, maka dari situ beliau dapat income.. sama ada dari segi commission atau dari untung bersih harga jualan selepas ditolak harga kos yang diletakkan.
Apa - apapun, ringkasnya memang banyak cara nak cari pendapatan, tetapi sama ada seseorang itu mahu dan sanggup berusaha untuk mendapatkannya ataupun tidak.
Satu yang sering menyekat kita adalah fikiran “boleh ke tak… nanti orang bla bla bla…”… last - last, tak terbuat so, tak dapek la menghasilkan income extra.
Apa - apapun, saya rasa ramai pengunjung blog ni banyak idea lagi untuk bagaimana nak hasilkan income. Mana yang baik, insyaAllah saya pun nak cuba!
byk idea yang menarik..best best..
tapi kalau boleh, yg jenis kutu2 amik 3 nama tu elakkan lah ye..
Oh, begitu rupanya. Baiklah, aku akan pikirkan bagaimana nak kembangkan RM10 menjadi RM100 & nanti aku kembali ke sini ;). Pada mulanya aku pikir bro Fathuri sudah ada program yang nak dilancarkan iaitu formula mengembangkan RM10 menjadi RM100..mungkin ebook atau laporan khas. Rupa2nya motif utama artikel ini untuk mengumpul idea-idea bernas rakan pembaca bagaimana untuk mengembangkan RM10 ke RM100. Aku juga dah tinggalkan komen di blog aku agar rakan2 di sana juga akan singgah di sini untuk berkongsikan idea hebat mereka..
asalamualaikum fathuri dan rakan2 sekalian, best post ni, tapi saya nak cakap pasal main kutu, sejak dua menjak ni kutu wang pos dah berani jual kutu wang pos kat tepi bank, macho je brader tu…adakah dah terdesak…agak2 jer.
sebabnye jika dulu kutu wang pos ni memang dah kebanyakan orang tahu biasa la surat berantai, macam2 stail yang diupgradekan. tapi tujuannya adalah ambil duit orang per kepala…mcm2la nak taktik nak duit senang.
camne ye nak buat rm10 jadi rm100, nak kembang duit jawapan yang pendek tapi jitu adalah berniaga. kebanyakan orang tahu dan juga buat2 xtahu 9/10 rezeki datang dari perniagaan. bila dah 9/10 tu..usahanya pun 9/10 la jugak xmahunya usaha 1/10 ye tak xkirala niaga offline ke online ke usaha 9/10..hah .
satu contoh mudah, pegi cari pucuk paku, ulam2 ha bende ni semua free cuma perlu tenaga dan masa aje.. bawak pi pasar pagi sure laku..klu nak cepat laku jual murah, klu 1 ikat rm1, terjual 100 ikat dah rm100, untung semua tu.
kalau sapa2 yang suka bertani pulak, jgn buat yang susah2, tanam pokok yang mudah dijaga dan cepat dapat duit xyah fertigasi. antaranya pokok terung kecil yang bulat tu-maintenace kurang klu malas jual cari kedai makan nasi padang insyaAllah depa ambil atau mana2 kedai makan. tanam keledek bukan untuk buah, tapi untuk ambil pucuk saja dan jual-org cina makan ni, tanam tabur aje xyah susah2 psl bukan tanam untuk buah, tanam labu bukan utk buah tapi untuk dptkan pucuknya, tabur je. bende2 ni xyah jaga teruk2 macam saya tanam jagung.
Saya dulu pun xterpikir pasal ni, tapi ade 1 orang pakcik kerjanye menyara anak2 isteri hanya dengan pertanian cara mudah tapi untung banyak. pakcik tu cakap pada saya, kenapa nak bertani mcm org cina, jika xrajin mcm cina ..maka hasilnya xkemana…terbengkalai mau ada. buat yang kos rendah untung banyak.
klu sapa2 ade tanah lapang dkt2 rumah, dan ade minat pertanian bole la layan.
lagi satu jadi tukang gunting rambut kt taman perumahan, beli gunting rm10 saja, sikat, cermin kerusi, kain selimut pakai brg rumah jela haha..kalu gunting kt kedai mamak rm8, letak je harga rm4/head. kalau bekerja buat time cuti je, klu xkerja buat hari2. bisnes gunting rambut ni gerenti laku, klu murah lg org suka, saya pun klu buleh nak cari kedai murah jek tp xde belasah je kt mamak.bisnes modal gunting je ,… lupa lak shaver kena beli. dulu zaman sekolah gunting rambut sendiri pastu xrata, ambil arang sapu bagi hitam haha.. dah selalu gunting lama2 ok, pastu org nampak depa datang rumah, gunting rambut budak sekolah. lepas skul sambung balaja, jadi tukang gunting rambut kawan2 tapi free je, tapi makan free, senang ckp xde masalah makan la. dah kawen gunting rambut bini ngn anak plk huhu. Untung x untung jadi pengunting rambut ni ada seorang pakcik kt kampung buat rumah besar dan pi haji bwk bini ..dgn duit gunting rambut je..yang heran tu rm2 je dari zaman saya sekolah sampai sekarang…barokah la tu.
apa lagi ye…cuba tengok kat sini klik sini
Baiklah, hari ini baru aku berpeluang nak kongsikan idea RM10 menjadi RM100. Pengalaman aku yang secara langsung mengusahakan perniagaan digital, hanya bermodalkan RM10 memang bukan mustahil untuk dikembangkan ke RM100.
Tapi bukan itu yang aku nak kongsikan di sini. Idea yang nak aku ketengahkan adalah begini..jika anda duduk di kawasan kampung yang berdekatan sungai adalah sangat mudah untuk menggandakan RM10 menjadi RM100. Malah mungkin takdek perlukan modal pun. Seperti yang anda ketahui harga udang boleh tahan juga lah kan sehingga mencecah RM25 - RM28 1kg..itu di tempat aku ler. So, maksudkan aku di sini anda boleh memancing atau menjala udang di sungai..dan hasilnya jualan sudah pasti akan mencecah RM100 malah lebih daripada itu. RM25 x 4kg = RM100
nah kan anda cuma perlu berusaha menjala udang sebanyak 4kg sahaja.
Ini adalah berdasarkan pemerhatian aku terhadap seorang makcik di kampung aku yang mana dia sering menjaja udang dari rumah ke rumah & memang dalam masa yang singkat jer dah habis dijual. Udang tu ditangkap oleh anak beliau & dia pula tolong menjualnya..bukannya sekadar 4kg selalunya dia akan bawa melebihi 10kg. Wah..lumayan kan? Berapa modal anaknya? Modalnya cuma keringat pergi ke sungai & menjala udang. RM10 mungkin digunakan sekadar untuk membeli makanan & minuman untuk bekalan semasa menjala
Itu hanya hasil jualan udang..berapa pula hasil jualan ikan sungai yang turut dijaja oleh makcik tadi??? Hehehehehe..
Ok, itu idea yang aku rasa memang logik untuk dikongsikan di sini. Selamat menjala udang daripada aku. Jika anda terlibat dengan perniagaan produk digital..nah ambiklah iktibar daripada cerita makcik & anaknya tadi mendapat hasil yang lumayan TANPA modal iaitu menjala atau memancing udang & ikan di sungai.
aku jual dvd raja grafik malaya (http://pakejdvd.com/grafik/index.html) dengan berbekalkan modal RM10 (lebih kurang). lepas tu jual RM70.
tapi amik masa jugak la. duit promosi pun kena kira jugak. hee..
memang dengan berniaga je kita boleh kaya. dan duit yang bekerja untuk kita (untuk fasa ke 6-7)…
salah satu kunci menambah pendapatan adalah melalui perniagaan…xperlu modal besar, yg penting ade keinginan dan semangat…gunakan bakat yg ada.. bumi Allah luas untuk diteroka!
Salam bro fathuri,
Sangat menarik idea seperti ini. Sbnrnya selain photography sy juga ada usahakan perusahaan cacing untuk baja compos, jual lembu dan ada sekebun pokok naga. Memang modelnya agak tinggi permulaannya.
Tapi kalau buat bersungguh2 insyaallah mampu berikan pulangan yang baik. Projek cacing tu sy start modal RM7K tahun lepas sekarang modal capital dah lebih RM30K dan boleh gaji 2 orang pekerja serta hasilkan pendapatan yang baik setiap bulan.
Kalau b etul nak guna RM10 mungkin ia boleh dijadikan modal utk start berniaga atau berbincang melalui telefon
sy pernah habiskan bil RM8 telefon bakal customer untuk satu projek multimedia. Akhirnya dari modal tu sy berjaya dapat task untuk RM2K dalam masa seminggu sahaja. Tapi benda tu sudah tentu memerlukan kemahiran. Saya gunakan kemahiran yang sy ada dalam multimedia sebelum ni yang gunakan s/ware Adobe Flash+ After Affect yang sy belajar sendiri dari toturial free di internet beberapa tahun dulu.
Wassalam.
Salam Bro fathuri,
Terima kasih sudi respond kat blog sy..:) ni sy nak kongsi link kat fotopages lama sy ketika saya mula2 memulakan projek cacing tersebut :
http://faisalrahim.fotopages.com/?entry=1520746
Tapi sekarang projek tu dah besar dan rumah cacing tu pun dah ditambah lagi..:) sypun dah gunakan mesin untuk kerja2 yang sebelum ni dilakukan secara manual..:)
Sbnrnya bukan taknak iklankan kat blog. Tapi permintaan sekarang memang tak mampu lagi nak catch up ngan production,huhu. ada masa nanti sy cerita lagi ye. Wassalam
Assalamualaikum fathuri,
Banyak juga idea dari-dari kawan blogger,Apa kata untuk bulan puasa ni,berniaga seperti lemang,ketupat ambil dari orang ,lemang RM 8 sebatang jual RM 10 sebatang .ketupat(yang sudah rebus) pula ambil Rm 0.50 sebiji ,jual Rm 1.00…itu yang sedang aku buat sekarang…boleh cari makan tapi bulan puasa je…
Salam Bro Fathuri,
Thnx sbb sudi singgah kt blog saya yg xseberapa tu..hm bagaimana utk buat RM10 mnjadi RM100..idea saya,bersempena dgn bulan Ramadhan ni,duit RM 10 tu mybe leh digunakan utk buat kad2 raye yg bersaiz kecil.target budak2 skola.klu nk gune laser card pon bleh.
10kping size A4 leh dpt RM3.1 keping laser card leh wat 2 keping kad raye size kecil.1 kad leh jual RM2.ok..kire2 balik, dgn bermodalkan RM9 je pon, dah leh dpt RM120!! X caye, kwn2 cuba tgk post di blog saya ni[http://syafiqtaib.blogspot.com]..nanti jgn lupa bg pndgn skali ok..thnx!!
Ok bro Fathuri, nanti kita kongsi2 kan lg idea2 mnarik yek..kalo bleh, dpt bertukar2 link dgn saudara Fathuri..tq again..slamat berpuasa!!
assalamualaikum fathuri.
terima kasih sebab sudi melawat blog saya. salam perkenalan juga. emm..about rm10 nak jadi rm100 tu..bulan-bulan pose ni beku skit pale(heh,gurau je). saya sendiri pun masih tercari-cari apakah formulanya.
berniagalah..tu je jawapannya.beli barang dan jual barang. yang lain-lain..”kite fikirlah same2″(pinjam nabil pnye tagline).
aku banyak komik2 lama dan barang terpakai,
bagi aku try jual dalam ebay jealah…
x perlu pakai dan tambah banyak modal…
Salam ceria sihat kaya bahagia,
Tq fathuri atas pelawaannya,
Sebelum tu saya suka utk kongsikan idea ini, “Binalah ’sumber wang’ sementara kita boleh ‘mencari wang’ dan kita akan terus menerima hasilnya hingga menjadi harta jariah”
Contohnya, bila kita sudah ada RM 100,000 dlm ASB, kita boleh dpt RM 8,000 sthn(anggaran dividen 8%), bermakna ada lbh RM 600 sebulan berterusan(jgn makan pokok dah le).
Satu cara utk mengumpul wang dgn cepat ialah menggunakan “kuasa ganda”.
Ada dua cara gandaan yg biasa:-
1 - gandaan dividen X masa. Contohnya RM300 sebulan x 10% setahun x 40 tahun = RM1juta+++
2 - gandaan ’sumber wang’ contohnya perniagaan MLM (pastikan MLM tulen bukan skim)
Sebagai contoh;
Perniagaan MLM berkongsi keuntungan contohnya, untung RM1.00 bahagi kepada 10 level, setiap level menerima RM0.10 sahaja. Sekiranya setiap orang membimbing 5 ‘pelanggan tetap’ sahaja BERBELANJA menggunakan formula MLM, lihatlah hasilnya:-
RM0.10 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5(10 level) hasilnya = RM976,562.50
HANYA BERKONGSI UNTUNG RM1.00, MENGHASILKAN PENDAPATAN:
RM976,562.50 SEKALI URUSAN???…..
Itulah keajaiban ‘kuasa ganda’ yg selama ini menjadikan ramai usahawan tulen kaya raya. Smga org kita akan lebih ramai menggukan ‘kuasa ganda’ menjana pendapatan dlm perniagaan tulen(bukan skim cepat kaya, dan yg seumpamanya)
Sekadar ingin berkongsi ilmu dan pengalaman, smga bermanfaat. Amin
makin lama makin bertambah idea untuk jadikan RM10 kepada RM100 ni bro..
boleh buat page khas kumpul semua idea..
time kasih kpd saudara Fathuri yg sudi leave comment kat blog sy..actually sy pon ngah berusaha untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan..ok, tentang idea tu, sy rase bleh gak wat gune ebay..yela, mcm member2 kite ckp kat komen dorang, beli ngan harga yangmurah n jual balik ngan harga yang lebih tinggi..n sy rase medium yang sgt penting skang mestilah secara online..nak tau sebab ape??sebab org kata kat internet ni ’sampah’ pon boleh jual..tapi bukan la sampah sarap tu..maknenya kadang2 ade bende yang kita miliki tapi mungkin kite dah x nak gune, kite leh jual kat ebay..walaupon kekadang kite terfikir , ade ke org nak beli brg aku ni?? tapi sy percaya yang manusia ni ade minat dan keperluan yang berbeza-beza..kadang2 kite rase bende tu x berguna pada kite, tapi kita x tau yang ade org berminat ngan ’sampah’ kite tu..lagipon pengguna internet skang ni smakin bertambah, so peluang untuk menjual tu lebih terbuka luas…..tapi for me, sy lebih suka MLM..tp bukan sembarangan MLM..sy suka company yang twrkan produk yang terbaik kpd pelanggannya..so, kite sbg org yang memperkenalkan produk tu pon xde la rase malu nak cite kat org sal produk yang kita nak jual n x la malu nak ajak org join bisnes tu skali..contohnye cam MLM yg sy join skang…sy mmg yakin sgt la yang kite xkan berjaya kalo xde keyakinan n yang penting usaha 200%..ok..kalo x keberatan visit la blog sy..
ana´s last blog ..SAYA BOLEH BANTU ANDA!
aku prnh terbaca idea irfan khairi.kita wat research ttg satu perkara.then publish kat internet.per click org view kta dpt income.sy blm abis katam lg.anyone can help me?lg 1,blh jana income dgn guna kemahiran yg ade.cnth,jika pndai repair keta blh cuba repair keta kwn2 n amik upah skit.xperlu modal ssb peralatan mmg sedia ada
artikel yang menarik.. mmg ada byk teknik yang boleh dibuat utk menggandakan kekayaan ini.. sama ada kita gandakan dgn passive income (kerja sekali untung banyak kali) atau exponential growth melalui networking.. sy sarankan kita kuasai sesebuah teknik kendian barulah memahami sebenarnya kejayaan dan kekayaan..
selain itu pemahaman yang betul mengenai financial management dan juga investment/risk management jg amat penting. Jika dapat duit banyak tapi belanja terlebih sudah tentu ia teruk defisit… sbb itu kena pandai2 menyimpan dan ada surplus…
code7´s last blog ..Review Blog : Tip Motivasi Diri
waa macam-macam idea dari rakan-rakan kita,, memang tak mustahil langsung, tapi yang sama nampak kesimpulannya ialah berniaga
malaysiancareer´s last blog ..buka minda anda
Fathuri: Terima kasih kerana singgah. Mohon datang lagi dengan membawa idea baru. Kita kongsi-kongsikan dengan komuniti “pemburu impian”
Hurmm.. Berniaga pada pendapat saye adalah yg terbaik klo nk kumpul sejuta.. huhu..
Setiap org ade cre masing2.. ikut mane yg selesa.. dan paling bagus klo ikut kepakaran dan niche tertentu sahaja.. agar boley fokus..
Adney´s last blog ..farahskull
Pemburu Impian: Setuju & selamat datang ke dalam komuniti pemburu impian.
Memang complicated menukarkan RM 1 menjadi RM 10 atau selebihnya,pemasaran terbahagi kepada 2 access online dan ofline.Secara online tak ramai yang mampu kecuali mereka terlalu understanding berkenaan internet mempromosikan produk infomasi atau fizikal.Offline memang ramai yang dah berjaya termasuklah golongan OKU.Tapi sayang mereka menggunakan kelemahan itu menagih simpati (minta sedekah).
Commentary sebenarnya ialah diri kita apa pun yang dibuat harus dirancang “Work Smart You Gather Anything Just Try It,Proof It And Your Excellent Job Done”
Pemburu Impian: Tepat sekali komentar tuan. Selamat datang ke dalam komuniti pemburu impian.
Always Right
Shawari
ahmad shawari´s last blog ..GANDA DAN INSPIRASIKAN
Tuan,
Idea dari rm10 menjadi rm 100 memang mengujakan. Saya ada satu idea. Investkan rm10 untuk membeli pen dan buku. 1pen mungkin berharga rm2 dan satu buku mungkin berharga rm5. Dan cuba catitkan apa-apa idea yang boleh ditulis untuk mendapatkan rm100. Dengan bertindak sedemikian, saya pasti idea yang tercetus didalam buku bernilai rm5 itu akan lebih besar dari rm100. Saya cuma beri pandangan. Anda berhak menentukan.
Mohd Zaini
Mohd Zaini´s last blog ..Masa terbaik anda!
tertarik jugak dengan post ini. Sy bukanlah pakar dalam bab ni tp sy minat dalam hal ini. sampai sekarang sy masih lagi belajar..
pada saya formula jdkan rm10 kpd rm100 itu adalah dengan imaginasi! bagus kerana saudara berimaginasi jadikan 10 kepada 100!! kerana imaginasi itu 1 ilmu yg agung! - bak kata einstein- langkah pertama sudah didalam tangan, langkah seterusnya ialah kita mesti berusaha keaarah itu..bagi saya, dunia IM begitu besar.. nak list pun byk sangat.. tp apa yg penting ialah idea kreatif kita..salam dari newbie.. “imaginasi + usaha + tawakal” = berjaya.
Hafiz Mohd´s last blog ..Celcom SOX (School of X)
Pemburu Impian: Terima kasih atas ayat berisi ini..
“langkah pertama sudah didalam tangan, langkah seterusnya ialah kita mesti berusaha keaarah itu.”
Salam bro Fathuri ,
Thanks krn sudi singgah di blog sy sblm nie … Oh rupanya ttg idea nak tukar RM10 menjadi RM100.
Banyak pendapat2 para komentar yg sy lihat amat relevan dan sy lebih terarah kpd konsep berniaga jika nak gandakan wang tersebut. Berniaga apa yer jika modalnya RM10 jer… Bagi sy pencernaan idea adalah penting dan kreatif.
Katakan jika kita seorg budak sekolah yg mahir dengan gaya menulis dan melukis gambar bewarna , mungkin kita boleh buat satu nota yg cantik dan menarik utk dijual kpd rakan2 sekelas/sekolah - modal kecik jer nie BUT kena rajin la kan :-).
Katakan jika kita seorg pelajar IPTA/IPTS yg rajin mencari peluang buat duit - R.A.J.I.N - katakan dia mmg rajin … bukan setakat rajin nak buat duit tapi rajin jugak nak mencari ilmu ttg/utk buat duit (ilmu yg baik). Begini , katakanlah dia nie rajin mencari ‘market’ di IPTA/IPTS tempat dia belajar - kebetulan market yg beliau target adalah “cara reformat laptop” -sebab dia dapati banyak rakan2nya yg berlaptop asyik kena infection teruk sampai terpaksa diformat semula laptop2 mrk. TAPI dia belum ada ilmu ttg reformat laptop. So krn dia nie rajin lalu dia pon pergi ke CC dan mencari maklumat ttg ‘reformat laptop’ dgn melayari internet dengan bermdalkan RM10 jer. Katakan dia telah berjaya mencari segala maklumat yg diperlukan. Biasa la org RAJIN kan .. kerja mmg cepat … kena pulak ‘ada desakan hidup dan bermotivasi tinggi’ mmg cepat punyer kerja dia .. huhu!
Langkah pertama telah berjaya BUT sudah tentu dia perlukan sedikit lagi wang utk beli perkakas tertentu utk kerja reformatnya nanti. Idea pertama jika diusahakan PASTI akan menghasilkan idea yg ke-2 pulak. (Idea ke-2)–>Katakan dia meminjam wang dari rakan2 atau MBF (MakBapak Finance) utk jadikan ideanya satu realiti - katakan/mungkin dia berjaya meminjam sejumlah wang yg diperlukan. Dana dah ada! Langkah seterusnya adalah menjadikan impian satu realit! BOOM … idea dia berhasillah katakan … banyak customer dan income pun bertambah. Dari RM10 jadi RM(ratus-ratan).
So , tak mustahil rasanya dia boleh memulangkan semula wang yg telah dipinjamkan sebelum ini , sbb untung dah ada kan …!
Walaupun apa pun brainstorming adalah kunci utama yg diperlukan utk menghasilkan pendapatan/perolehan yg berganda daripada modal yg sedikit.
“Allah dah berikan kpd kita HARTA KARUN yg tak ternilai iaitu akal fikiran kita , so pandai2lah gunakan ia BUT gunakan ia dgn cara yg BENAR”
Salam sukses. ::Rakan Sejati Online Anda::
Razil Zaini al-Hafiz´s last blog ..Updatelah Browser Anda
Pemburu Impian: Terima kasih tuan. Idea di atas praktikal!
salam saudara fathuri
Menarik persoalan nie.
Macam mana ye cara terbaik untuk tukarkan RM10 jadi RM100.
Saya pun masih terfikir lagi.
Tapi idea dari kawan2 di sini pun mantap2 belaka.
Mungkin boleh try applikasikan
Pemburu Impian: Benar tuan, idea untuk diaplikasikan oleh komuniti pemburu impian
salam perkenalan.. saya setuju dgn cadangan rakan2.. kunci yng paling mudah.. ialah berniaga, de brg utk diniagakan.. asalkan kita mahu..
atau cara lamabt, simpan duit tu di bank.. tapi lambat la kan nak dpt 100 dari 10..
fiezaradzi´s last blog ..Tutorial Favicon untuk Blogspot
Pemburu impian: lambat tapi selamat?
salam..memang menarik idea yang diuatarakan semua..lebih2 lagi idea kosainment tu…
satu lagi idea saya..mitak tempoh kredit dari pembekal..dalam tempoh tu jual cepat2..sebelum habis tempoh..dah jual tu bayarlah pada pembekal…see..
tampa modalkan..modal air liur je..marketing.
pendapat saya ni diambil dari seorang usahawan c x x a…
just kongsi…
op..sebelum terlupa…jemput semua ke “rumah” saya
mais´s last blog ..ikan gapi - ikan peacock
Mudah-mudahan usaha murni kita berhasil. Inshaallah.
Jemput layari http://www.shamelinsmart.com/bibitwang
Pemburu Impian: Terima kasih tuan atas kunjungan, insyaAllah akan berkunjung ke blog tuan. Ayuh, bersama memburu impian..!
salam OKB. Tuan sebenarnya akan menjadi seorang jutawan dengan Rm10 itu….pastikan 24 bulan ikut prsedur yang telah tuan tetapkan. tq
Pemburu Impian: Terima kasih atas kunjungan tuan. Bersama kita memburu impian..
Wah ramainya kawan2 kat sini.
idea bagus ni.
Pemburu Impian: Terima kasih atas kunjungan tuan. Lebih bagus & manarik lagi bila tuan dapat menambah idea yang ada…
Assalamualaikum!!! Sungguh seronok baca macam-macam idea yang rata-ratanya sungguh bernas… kebanyakannya berniaga, tidak boleh dinafikan lagi, berniaga menghasilkan pendapatan yang tinggi…. ada banyak gak yang bagi idea main kutu nie… sebenarnya… dari segi undang-undang, main kutu nie tak dibolehkan kerana ada akta yang menghalang individu dari mengutip wang dari orang ramai….kalau tak silap (AKTA WANG KUTU)…. lagi pun kalau dah ramai sangat, nanti takut terjadi benda-benda yang tak elok…cthnya …syak wasangka… mungkin akan melibatkan pergaduhan… entah le…saya pun tak terfikir cam na nak tukarkan RM 10 kepada RM100… untuk diri saya..apa yang saya buat sekarang nie, setiap hari saya akan asingkan RM1 @ RM2 untuk saya kumpulkan…bukan untuk kaya, tapi sekadar untuk kegunaan bila tiba hari sesak….. kita tak terfikir kuasa RM1 @ RM2 nie kecuali bila kita sesak….
.-= bujang3´s last blog ..Bil- bil- bil - Berapa banyak bil nak kena bayar setiap bulan -
Pemburu Impian: Terima kasih atas kunjungan tuan bujang3. Tidak dinafikan Idea “setiap hari saya akan asingkan RM1 @ RM2 untuk saya kumpulkan…” merupakan kaedah klasik yang berkesan untuk membina ketahanan jiwa dalam mengumpul duit.
simpan tiap minggu RM10 jadi la RM100. okla tu..
tak pun, eli barang, modified, jual balik, dapat RM100.
Pemburu Impian: Terima kasih atas kunjungan tuan. Benar, menabung adalah cara klasik yang berkesan.
JIHAD EKONOMI ORANG ISLAM=KEAJAIBAN INTERNET MENJANA RM1,000,000!: peluang terawal~1000 Usahawan Intan Jutawan Bioasli=kelebihan Mobile Stokis=keuntungan 5%+free downline 20 level+Kedai Prepaid 24 jam+ komisyen 20 level RM3,000,000! Sebarkan shj id bioasli pd kwn2 mcm sy buat ni=Wang Percuma RM100-RM1000 ajak 5 kwn join GRAB sebelum 21/7/2010-1pm!!
Kan ianya bukan msutahi asalkan kita takmasuk program yang sacam, tipu or penipu. Tengokblog saya, sudah diajar semuanya. Sekadar berkongsi maklumat.
Zazali Nordin´s last blog ..Siapa kata HyprobulkSMS penipu- HyprobulkSMS scam
Pemburu Impian: Terima kasih atas kunjugan tuan zazali. InsyaAllah akan berkunjung ke blog tuan.