motivasi

Petang ini, tiba-tiba sahaja terdetik di hati hendak  mengetahui dengan detail berkenaan dengan hukum berdagang forex ini. Memang sebelum ini aku pernah mendengar penjelasan ustaz zaharuddin melalui video di youtube. Apa yang aku dengar adalah, trading spot forex hukumnya harus. Dengan syarat trading itu di lakukan sendiri. Bukan melabur melalui syarikat-syarikat yang bergiat mendapat keuntungan daripada forex. Begitulah seingat aku. Tambahan pula ustaz ini adalah seorang yang mahir dalam bidang kewangan islam malah menjadi penasihat syariah beberapa institusi kewangan. Sejak itu, aku tidak lagi memikirkan berkenaannya. Rasanya penjelasan itu sudah memadai. Maka sejak itu, tumpuan aku seterusnya adalah untuk belajar dan menguasai bidang ini. Aku melihat inilah peluang yang paling cerah untuk aku bebas. Bebas bekerja untuk diri sendiri. Tepatnya, sejak itu “Trading for a living “  sudah menjadi impianku.

 

Namun selepas Asar tadi, tiba-tiba sahaja hatiku teringin untuk mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan hukum tersebut. Lalu aku segera menaip “hukum forex” pada google…Maka terpaparlah website di bawah…

www.zaharuddin.net/content/view/649/95/

 

Aku membaca dengan rakus sekali. Setiap perkataan segera aku telan. Semakin lama aku membaca semakin kuat degupan jantungku. Aku berdebar. Dan terus tidak tenteram sehinggalah kehujung perenggan…perutku terasa senak, jantung seakan mahu berhenti berdegup bilamana sampai ke perenggan ini..

 

 

Hukum Leverage :

Takrif Leverage :

The use of various financial instruments or borrowed capital, such as margin, to increase the potential return of an investment.

Leverage can be created through options, futures, margin and other financial instruments. For example, say you have $1,000 to invest. This amount could be invested in 10 shares of Microsoft stock, but to increase leverage, you could invest the $1,000 in five options contracts. You would then control 500 shares instead of just 10. (Rujukan)

Jika benarlah apa yang saya gambarkan ini, transaksi forex menggunakan Leverage ini adalah HARAM kerana ia dikira menjual matawang yang tidak di dalam milik anda. Milik sebenar anda hanyalah USD 100 tetapi yang dijual adalah 10,000. 

 

 

Oh! benarkah apa yang tertera ini? Mataku menatap ayat itu. Membacanya berulangkali. Lantas aku ulangi lagi perkataan demi perkataan sehingga hatiku berasa puas. Akhirnya aku tersandar. Aku kehilangan kata-kata. Impianku seakan melayang kian menjauh. Cahaya itu kian suram. Bunga-bunga di hati terasa layu. Keceriaan beberapa hari yang lalu segera bertukar murung. Langit semangatku bagai mengandung awan kekecewaan. Hanya meniti saat untuk berderai jatuh ke tanah.

 

Aku terpaku di situ . Tiada kata-kata, kosong….; dan tiba-tiba teringat pada isteriku…; teringat pada impian kami….isteriku masih di kg sejak 3 hari yang lepas..

Beberapa minit berlalu, hatiku mula berbisik….

“Apakah tindakan aku seterusnya…? ”

2 Comments

  • wanwma

    saya memang dah lama nak masuk Forex, namun ada khilaf ulama mengatakan haram…jika begini keadaannya ia menjadikan forex dalam keadaan gharar(tiada kepastian), dan hukum untuk sesuatu yang gharar adalah haram…so, saya lupakan saja…

  • Mantra

    Salam,
    Saya dah lama nak join forex tapi masa x mengizinkan. Bila dah baca post berkenaan ni, maka…..?

    Urm bak kata wanwma lebih baik tinggalkan perkara yang membawa kepada gharar…

    Terima kasih atas penjelasan hukum ini…

Leave a Reply

CommentLuv badge