motivasi

cerah walau tidak terik

Subuh tadi membawa ke tengahari berkali aku mendongak ke langit. Memerhati Sang Mentari. Kelihatan sinarnya tidak memancar. Cerah walau tidak terik. Teringat aku pada tanda-tanda malam Lailatulqadar seperti yang pernah aku baca pada sebuah hadis.

 

“Adakah cuaca hari ini menunjukkan tanda-tanda  malam Lailatulqadar brelaku malam tadi ?. Malam tadi malam ganjil, iaitu malam yang ke -25. Bintang juga tidak kelihatan langsung . ” Bisik hatiku

 

“Walau apa pun ia, aku akan tetap meneruskan iqtikaf sehingga malam terakhir Ramadhan. Aku ingin didoakan oleh Jibrail dan sekumpulan malaikat lainnya pada malam Lailatulqadar.” Azamku dalam hati

 

Malam ini malam ke-26, .  Namun aku akan terus mengikut rancangan asal. Aku akan terus iktiqaf di masjid sehingga ke malam raya.

 

Sebelumnya aku juga tidak prihatin tentang nilai ibadat di malam hari raya ini. Sehinggalah aku terjumpa hadis yang panjang ini.

 

Hazrat Ibnu Abbas r.anhuma berkata bahawa beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya syurga diharumkan dan dihias dari tahun ke tahun untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan ‘Muthirah’. Lalu bergeserlah daun-daun pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka berhenti di anjung syurga. Mereka menyeru “…….(bersambung…)

 

 

**************************

 

 Teringat pula pada impian Ramadhanku, Oh!.. ada 4 hari lagi berbaki. Terasa cepatnya masa berlalu

Impian Ramadhan 2009

 

Ramadan

pada

22/8/2009

Baca

Al-Quran

Terawih

Bangun

Iktiqaf

Berat

Terkini

(kg)

Zikir

1000

kali

21/Fri

Juz 27

20 rakaat

3.05am

iktiqaf

 

1742

22/Sat

Juz 28

20 rakat

2.15 am

iktiqaf

84.6

576

23/Sun

Juz 29

20 rakaat

2.05 am

iktiqaf

 

854

24/Mon

Juz 30

20 rakat

4.05

iktiqaf

 

1750

25/Tue

Juz 1

 

 

 

 

 

26/Wed

 

 

 

 

 

 

27/Thu

 

 

 

 

 

 

28/Fri

 

 

 

 

 

 

29/Sat

 

 

 

 

 

 

30/Sun

 

 

 

 

 

 

 

Impian 1 – Khatam 30 juzuk

            2 – Terawih penuh 30 malam

            3 – Bangun sebelum 4.00pg

            4 – Iktiqaf 10 malam terakhir

            5 – Turun 4kg sepanjang Ramadhan

            6 – Puasa 6 (hari) selepas Ramadhan

            7 – Zikir “Lailahaillallah”1000 kali sehari ( mulai 1/9/2009)

            8 – Beribadat pada malam Lailatuilqdar

 

 

 

2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge