motivasi

cuaca nyaman dan tidak panas walau matahari memancar terang“Abang ingat malam tadi Lailatulqadar lah yang..Malam tadi malam ke-27″ Luahku pada isteri seraya menarik kerusi makan. Jam menunjuk ke angka 5.15pg.

 

“Ia ke bang…?” Soal isteriku inginkan kepastian

 

 

 

” InsyaAllah..sebab rasa lainlah tadi. Pada sujud terakhir solat Tahajud tadi, tiba-tiba saja rasa sebak. Tak dapat nak tahan dah. Air pun mengalir” Luahku.

 

“Boleh jadi Malaikat Jibrail datang bersalam, sebangaimana yang diberitakan dalam hadis yang pernah kita baca tempo hari” Sambungku

 

“Lagi pula ada gerimis turun dalam pukul 4.30 pagi tadi. Tak pe kita tengok pula pancaran cahaya matahari pagi nanti” Sambungku lagi.

 

“Alhamdulillah bang, jika benar bertemu malam Lailatulqadar tu…Abang baca doa tak..?” Soal isteriku

 

“Abang baca doa malam lailatulqadar tu, berkali-kali abang baca, tapi dalam bahasa melayulah…Ya, Allah sesungguhnya engkau maha pengampun, dan engkau sukakan pengampunan, maka ampunilah daku” Bisikku perlahan pada isteri

 

Jam sudah menghampiri 5.25 pagi. Aku segera bersahur.

 

Oh, aku teringat sambungan hadis yang panjang semalam

 

“..Apabila tiba malam Lailatulqadar Allah akan memerintahkan Jibrail a.s supaya turun bersama sekumpulan besar malaikat. Bersama mereka terdapat bendeera hijau. Beliau akan memacakkan bendera itu di atas Ka’bah. Jibrail a.s mempunyai seratus sayap. Dua daripada seratus sayap itu tidak pernah dibuka kecuali pada malam itu sahaja. Lalu beliau membuka kedua-dua sayapnya hingga menutupi timur dan barat. Kemudian pada malam itu Jibrail a.s akan mendorong para malaikat lain supaya mereka pergi memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri atau duduk, bersolah atau berzikir. Maka para malaikat itu akan berjabat tangan dengan mereka dan akan mengaminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar.

 

Apabila terbit fajar Jibrail a.s akan.…(bersambung)

 

*************************

 

“Iyalah bang…matahari hari ini cerah, terang benderang..tapi tak terik….cahayanya tak panaslah..macam yang disebut dalam hadis tu..” Kata isteriku girang sebaik pulang dari klinik.

 

“Betul, abang ada tengok  juga tadi” Sambutku

 

Ketika itu jam sudah menunjuk ke angka 11.30 pagi. memang kebiasaannya ketika ini adalah masa pancaran matahari yang terang lagi terik. Namun cuaca hari ini seakan mendung walau langit tidak mengandung awan. Suasa hening dan nyaman sekali.

 

“Ya Allah, andai benar malam tadi adalah malam Lailtulqadar, terimalah ibadat hambaMu yang tidak seberapa itu ya Allah. Berilah kekuatan kepada hambaMu ini untuk terus istiqamah beribadah hingga bertemu lagi Ramadhan pada tahun depan..” Doaku dalam hati

 

Petang nanti aku dijemput berbuka bersama JKR dan Pejabat Tanah Besut. Oh!..ujian juga ni. Sejak hari pertama Ramadhan aku belum pernah jejakkan kaki ke mana-mana bazar Ramadhan….semata-mata untuk belajar mengekang nafsu. Hari ini, aku terpaksa pula menghadiri jemputan berbuka yang tidak boleh aku tolak.

 

“Abang  jaga makan tu nanti…jangan lupa bang target minggu ini, 84kg kan..” Pesan isteriku

 

Benar, sudah masuk 2 bulan aku berusaha untuk kurus. Alhamdulillah, nampaknya setiap minggu dapat mengekalkan penurunan sebanyak 1kg.

 

“Sayang sekali kalau usaha hampir 2 bulan itu, aku musnahkan begitu sahaja. Ya, Allah berilah kekuatan untuk makan sekadar yang perlu pada majlis berbuka nanti, amin,amin,amin….ya Allah” Doaku dalam hati

 

*******************

 

Kembali kepada impian Ramadhanku, sebagaimana yang dijangka cabaran semakin kuat. Moga aku terus diberi kekuatan untuk mencapai impian-impian seterusnya.

Impian Ramadhan 2009

 

Ramadan

pada

22/8/2009

Baca

Al-Quran

Terawih

Bangun

Iktiqaf

Berat

Terkini

(kg)

Zikir

1000

kali

21/Fri

Juz 27

20 rakaat

3.05am

iktiqaf

 

1742

22/Sat

Juz 28

20 rakat

2.15 am

iktiqaf

84.6

576

23/Sun

Juz 29

20 rakaat

2.05 am

iktiqaf

 

854

24/Mon

Juz 30

20 rakaat

4.05

iktiqaf

 

1024

25/Tue

Juz 1

20 rakaat

4.44

iktiqaf

 

1332

26/Wed

Juz 1

20 rakaat

3.30

iktikaf

 

252

27/Thu

Juz 1

 

 

 

 

 

28/Fri

 

 

 

 

 

 

29/Sat

 

 

 

 

 

 

30/Sun

 

 

 

 

 

 

 

Impian 1 – Khatam 30 juzuk

            2 – Terawih penuh 30 malam

            3 – Bangun sebelum 4.00pg

            4 – Iktiqaf 10 malam terakhir

            5 – Turun 4kg sepanjang Ramadhan

            6 – Puasa 6 (hari) selepas Ramadhan

            7 – Zikir “Lailahaillallah”1000 kali sehari ( mulai 1/9/2009)

            8 – Beribadat pada malam Lailatuilqdar

2 Comments

  • Mantra

    Assalamualaikum Kingfath,

    Terima kasih atas kunjungan di Blog Mantra. Malam tadi memang lain semacam. Harap kita bertemu LailatulQdr.

    Bro saya sekarang ada di KL balik bercuti. Bila ada kelapangan masa nanti saya akan ke rumah Kingfath (pegi beraya).
    .-= Mantra´s last blog ..Blog Mantra with New theme? Comment please… =-.

  • waka

    Assalamualaikum

    mantra nak peri rumah kingfath nak cari duit raye ke hehe…
    selamat menyambut hari raya, mohon maaf jika ada sebarang kesilapan pada tuan
    punye blog dan rakan-rakan

Leave a Reply

CommentLuv badge