Hasil buruan yang tidak memberansangkan membuat aku bertekad untuk memulakan hari baru dengan lebih teliti dan komited. Jam menunjuk ke angka 7:20 malam. Tiga minit lagi masuk waktu Maghrib. Aku yang sudah siap berpakain , mencapai kunci kereta mahu menuju masjid.
Tiba-tiba Si Abu Bakar merengek. Aku paling kiri dan kanan Si Ibu tiada. Abu Bakar terus merengek dan akhirnya menangis dengan kuat. Aku tahu apa puncanya. Segera aku tukarkan lampinnya. Abu Bakar serta-merta berhenti menangis , dan terkelip-kelip kerana terjaga dari tidur terus dicebokkan dengan air paip. Sejuk barangkali…
Si Ibu masih di bilik air. Aku melihat jam di hp, sudah menunjuk ke angka 7:30 malam.
“Pasti jemaah sudah bersolat, alahai…”
Tiba-tiba Abu Bakar menangis sekali lagi. Aku perhatikan bilik air masih berkunci…
“Oh!..lamanya Si Ibu di dalam bilik air ni…”
Abu Bakar terus menangis dengan lebih kuat. Aku segera bergegas ke dapur menyediakan susu. Jam sudah menunjuk ke angka 7: 40 malam.
“Oh!..tentu sudah selesai jemaah bersolat…”
Akhirnya, rancangan dan impian Maghrib musnah….
Aku bersolat bersama isteri di rumah…
Bila segalanya tak kena..mula nak marah..?
Lalu aku teringat faktor X...benar, satu campur satu bukan semestinya jadi dua…
Aku kembali tenang…
Aku berusaha, Allah buat keputusan…












As’salammualaikum…
Memang banyak ujian utk kita dekat dgn Allah nie…
Faktor X yg Dia bagi nie nak bagi ingat kat kita la,bawa kita nie
tak ada apa-apa pun….apa yang perlu kita buat banyak doa,
usaha ikhtiar yang sungguh-sunggunh….yang selebihnya serah
la kepada dia…saya juga pernah alami keadaan yang lebihkurang sama dengan saudara…rasa sedih sangat bila nak gie solah berjemaah ada halangan yg perlu diselesaikan dulu….
apa-apa hal pun kita sentiasa sangka baik dengan Allah Taalla….
Kita perlu merancang dengan lebih teliti lagi…
Ya Allah,apa pun keadaan, aku akan berusaha utk jadi hamba mu yang sentiasa dalam keredhaan Mu…Amin ya Allah…
Alhamdullillah,blog saudara nie banyak memberi menafaat kat
saya…jangan lupa doa utk saya gak…tks.
Pemburu Impian: Tepat kata tuan yang ini,
“Faktor X yg Dia bagi nie nak bagi ingat kat kita la,bawa kita nie
tak ada apa-apa pun.”. InsyaAllah bersama kita memburu impian.