motivasi

 

kolam-kelikolam-keli2kolamkeli3

ikankeliikankeli2ikankeli3

“Macamana projek ikan keli hari tu Pak Hamid?” Tegurku pada Pak Hamid selepas Asar semalam.

 

“Macam hari tulah..tak menjadi” Sambut Pak Hamid

 

“Rasanya sudah lima bulankan , umur ikan keli itu? Soalku lagi

 

“Betullah tu..tapi memang tak menjadi, sikit saja yang besar. Yang lain terbantut.” Jawabnya bersahaja.

 

“Kenapa jadi macam itu Pak Hamid?. Tak cukup makan barangkali ikan keli itu?” Soalku lagi, agak kehairanan.

 

“Rasanya bukan sebab makanan,…masalah benih..” Sambung Pak Hamid.

 

Kira-kira lima bulan yang lepas, Aku mendapat berita bahawa Pak Hamid ada mengusahakan dua buah kolam keli di rumahnya. Khabarnya 5000 benih anak keli telah dilepaskan ke dalam kolam tersebut. Aku pernah datang ke rumahnya dua kali. Memang seronok melihat anak-anak keli menyambar makanan yang ditabur. Di tambah pula dengan kiambang yang tumbuh subur di permukaan kolam itu. Melihat pemandangan itu, hati aku sudah berkira-kira untuk melakukan projek yang sama satu hari nanti. Malah hasrat itu juga telah aku suarakan pada mertuaku. Mereka memang sokong. Tambahan pula bapa mertuaku memang memiliki kawasan yang sesuai untuk projek itu.

 

“Jadi, apa rancangan seterusnya Pak Hamid ?” Soalku lagi.

 

“Saya dah tahu mana silapnya. Sepatutnya saya tidak perlu membeli benih keli dari Perak sana. Perjalanan yang jauh membuat anak-anak keli itu lemah. Ini salah satu sebabnya. Sebenarnya di kawasan Besut ini, rupa-rupanya ramai yang jual benih keli.” Sambung Pak Hamid

 

“Saya akan cuba sekali lagi. Saya juga rancang nak tambah dua lagi kolam. Ikan keli sekarang ini dapat banyak sambutan. Malah bukan setakat buat lauk. Sekarang ini orang  dah buat keropok. Ikan keli salai pun dah semakin popular.” Sambungnya bersemangat.

 

“Wah!..tinggi betul semangat Pak Hamid ini. Pak Hamid berumur dalam lingkungan enam puluhan. Projek yang gagal itu tidak langsung melemahkan semangatnya untuk memburu impian memiliki kolam ikan keli. Malah sudah standby dengan plan B. Oh!..Pak Hamid . Jika orang yang sudah berumur masih tegar memburu impian, bagaimana pula dengan anak-anak muda yang gagah perkasa?” Bisikku dalam hati.

 

benih-tembikai041020091003041020090992

tembikai1tembikai2watermeloncar

“Semalam saya ada membeli buah timun yang di tanam di selekoh sana..  ( Timun adalah panggilan kepada buah tembikai oleh orang tempatan di sini.)?. Rasanya dua tiga bulan dulu, masih lagi belum nampak bunganya pun. Alih-alih hari ini sudah boleh dijual?” Aku mengubah topik

 

“Betul, 70 hari saja timun dah boleh tuai. Untung tanam timun ini..” Sambung Pak Hamid

 

“Banyak ke belanja nak tanam timun ni Pak Hamid?” Soalku

 

” Tak banyak mana. Cuma perlu beli biji benih saja” Jawabnya.

 

“Di sini ada banyak tanah kosong. Terbiar begitu sahaja. Asal rajin, tanah kosong itu boleh ditukar jadi duit. Bukannya susah. Hanya perlu upah orang bersihkan tanah dan buat batas. Kemudian tabur biji benih. Kalau tak sempat boleh cari pekerja buat. Pekerja mudah hendak cari. Ramai yang menganggur di sini. Jika tidak ada tanah sendiri masih boleh sewa. Tidak mahal mana pun sewanya. Boleh sewa ikut musim, atau boleh sewa secara tahunan. Banyak peluang buat duit sekarang ini. Kerajaan pun sudah buat slogan “Pertaniaan adalah Perniagaan”. Nak dapat loan pun memang senang. Pergi saja ke Bank Pertanian di Jerteh tu…. Asal rajin boleh buat duit..” Hurai Pak Hamid bersemangat.

 

Aku  teruja dengan maklumat-maklumat yang didengar dari Pak Hamid itu. Pak Hamid adalah penduduk asal di sini. Bermacam projek telah diusahakannya. Pak Hamid memang berdikari orangnya. Pelbagai projek telah diusakannya. Menariknya walau kelihatan sudah berumur, Pak Hamid updated dengan peredaran semasa. Aku kagum dengan general knowledge yang dimilikinya. Pak Hamid juga adalah bilal Masjid Ar-Raudah.

 

“Asal rajin boleh buat duit..”  Kata-kata Pak Hamid terngiang-ngiang di telinga.

 

Lantas teringat aku kepada bapa mertuaku yang berjaya membesarkan 9 orang anak-anaknya dengan hasil pertanian. Malah, menanggung mereka belajar hingga keluar negeri bertahun-tahun juga dengan hasil pertanian.

 

Betapa benarnya kata-kata Pak Hamid  itu. Dalam negara Malaysia yang makmur ini, terdapat begitu banyak peluang mencari duit. Asal ada kemahuan tentu ada jalannya.

 

Aku teringat lagi kata-kata Pak Hamid tadi,

Kerajaan pun sudah buat slogan “Pertanian adalah Perniagaan”.

penyelidik-kenaftumbuhan-kenafkilang-kenafbatang-kenafprodukkenafprodukkenaf2

  

 

 

 

 

 

produkkenaf31produkkenaf41produkkenaf52

Teringat  pada mesyuarat di LTN(Lembaga Tembakau Negara)  yang aku hadiri pada bulan lepas .Khususnya bagi negeri-negeri di Pantai Timur, tumbuhan kenaf menjadi pilihan utama sebagai altenatif kepada tembakau. Kenaf adalah  alternatif kepada pulpa. Kenaf adalah produk masa depan. Peruntukan kerajaan yang telah pun diluluskan besar sungguh. Di sana sahaja sudah membayangkan betapa seriusnya kerajaan menyokong slogan tersebut. Tambahan pula bila membaca berita-berita ekonomi dunia, ternyata permintaan kepada produk-produk pertanian memang tidak menang tangan untuk melayannya. Tepat sungguh slogan di atas. “Pertanian adalah perniagaan”. Pertanian adalah lubuk duit pada masa kini dan masa hadapan.  Bisikku dalam hati.

 

Teringat pula aku pada berita dari majikanku beberapa bulan yang lepas. Jika tiada aral melintang nampakya tahun depan aku terlibat langsung dengan projek kenaf pula.

 

“Ya, Pertanian adalah perniagaan. Siapa kreatif dan inovatif pasti buat duit . Untuk transform idea menjadi realiti  perlukan faktor ini. Ia adalah karekter utama yang perlu dibina oleh sesiapa saja yang berhajat memburu impian. Sama ada impian kecil atau besar, faktor X itu perlu dibina dahulu.” Bisik hatiku

 

5 Comments

  • Motivasi Kerja

    Berbudi pada tanah insya Allah tidak akan rugi. Perniagaan pula adalah 9/10 cabang rezeki. Andai digabungkan kedua-dua ini insya Allah boleh senang hidup.
    .-= Motivasi Kerja´s last blog ..4 ‘Be’ Latihan Untuk Bercakap =-.

    Fathuri: “Andai digabungkan kedua-dua ini insya Allah boleh senang hidup.” Betul Along. Kreatif mencari dan memanfaatkan peluang yang ada.

  • abgzol

    Wah! lama gak ya aku tak singgah sini..malam ni terasa rindu lak :) hu hu hu..pekaba bro fathuri? Baca artikel bro kali ni aku rasa macam baca buku pulak. Rasa2nya bro ni pernah menulis @ menerbitkan buku tak?

    Perkongsian kesah perbualan dengan Pak Hamid tu memang sangat memotivasikan untuk sama-sama berbakti pada tanah. Projek ternakan ikan keli memang mendapat sambutan yang menggalakkan kebelakangan ini. Di daerah aku pon pernah diadakan kursus ternakan ikan keli ni..sayangnya pada masa tu aku tak dapat nak turut serta. Ikan keli antara hidangan kegemaran aku :) hehehehe..

    Tak sangka lak timun tu adalah jolokan buah tembikai di sana. Kat daerah aku ia dipanggil buah ‘semangka’. Apa-apa pon terima kasih ya bro kongsikan artikel yang sangat berfaedah ini.

    Salam suksess!

    Fathuri: Ambo pun rindu juga pada AbgZol kito,….mogo kito samo-samo fokus memburu impian ye AbgZol.

  • MyDailyBlog.Info

    eh fathuri,ikan keli ape yang besor sangat tue…
    .-= MyDailyBlog.Info´s last blog ..Dapatkan Backlinks daripada Social Bookmarking sites yang DoFollow =-.

    Fathuri: Betul, besar sungguh ikan keli tu. Ikan keli tasik kenyir kabarnya.

  • haris

    Salam,

    Post yang menarik :)

    Fathuri: Saya tahu tuan banyak ilmu.Ayuh! mari kongsikan. Ilmu itu adalah amanah…

  • Agen pupuk organik

    Wah ini blog yg bagus… saya tertarik bisa menanam semangka kotak, gmn caranya ya? terus apa ada bahan khusus yg bisa membuat semangka kotak begitu sempurna? beli dimana alat itu? trimakasih bagi Ilmunya, smoga tmbah Success ! Amiiin!

    Pemburu Impian. Terima kasih atas kunjungan dan komentar Tuan. Benar Tuan, semangka kotak tu sangat cantik dan menarik. Gambar itu saya dapati dari google, bukan dihasilkan sendiri. Mungkin ilmunya boleh didapati di google juga.

Leave a Reply

CommentLuv badge