motivasi

Akhirnya mereka selamat tiba di negara Samoa. Mereka dapat bertemu dengan Raja Samoa. Cabaran seterusnya adalah lebih genting, iaitu pada masa membentangkan rancangan perniagaan mereka.

king-samoa1

 

 

 

Mereka telah dicabar untuk membuktikan sesuatu…(bersambung pada siri 3)

 **********************

 

 

 

Mesyuarat untuk membentangkan  rancangan perniagaan mereka telah dihadiri oleh semua anggota kabinet kerajaan Samoa.   Mike dan Alan telah menerangkan   kepada Perdana Menteri bahawa domain .ws yang dimiliki oleh Negara Samoa sebenarnya boleh dipasarkan ke peringkat Antarabangsa. Dengan idea pemasaran yang telah mereka rancang, mereka sedaya-upaya cuba meyakinkan Perdana Menteri bahawa .ws boleh jadi pilihan altenatif terbaik kepada domain.com

Kesemua mereka yang hadir telah menyemak proposal setebal 20 muka surat yang telah disediakan oleh Mike dan Alan. Pada awalnya, nampak semuanya kelihatan baik. Malah Mike & Alan juga telah berziarah ke kediaman Raja Samoa. Mereka diberi  layanan  yang baik sekali. Keadaan itu menambahkan lagi keyakinan mereka bahawa  proposal mereka pasti diterima.

 

Kapal terbang yang akan membawa mereka pulang ke AS akan  tiba dalam masa  beberapa hari lagi, maka Mike & Alan telah menggunakan kesempatan itu untuk menikmati keindahan negara Samoa. Mereka seumpama sedang menikmati percutian  yang indah! Mereka merasakan telah melakukan yang terbaik dan sangat yakin pasti proposal mereka akan berjaya.

 

Kemudian mereka telah kembali ke AS . Setelah beberapa bulan berlalu,  akhirnya mereka dapat maklumat bahawa  proposal mereka telah ditolak. Malah lebih menyakitkan lagi , mereka dapat tahu sebenarnya kerajaan Samoa pernah ditawaran dengan  idea yang sama tidak kurang oleh  6 buah negara . Mendengar berita tersebut ,  Alan berasa sungguh kecewa sehingga hampir berputusa asa.

 

Namun tidak pada Mike. Dia terus mencari idea. Mike terus berfikir dan mencari strategi  untuk meyakinkan kerajaan Samoa. Mike terus mencari dan mengkaji bagaimana supaya gagasan mereka diterima.Setelah membuat beberapa kajian lanjut akhirnya Mike mendapat idea untuk menjadikan Kerajaan Samoa sebagai rakan kongsi perniagaan mereka. Dalam maksud lain Kerajaan Samoa dijanjikan keuntungan pada setiap domain.ws yang terjual kelak. Menariknya idea ini telah diterima oleh Kerajaan Samoa dengan satu gesaan. Mereka mahu  Mike & Alan  membuktikan bahawa mereka mampu menjual sekurang-kurangnya sebanyak 15,000 domain.ws dalam tempoh 3 tahun. Cabaran itu telah disambut dan dibuktikan oleh Mike & Alan dengan menjual 15,000 domain.ws itu hanya pada bulan pertama!. Seterusnya  mereka  telah menjual lebih dari 100,000 domain .ws dalam tempoh 9 bulan selepas itu.

 

Mike & Alan terus mengatur strategi perniagaan mereka dengan melantik pekerja-pekerja yang berkaliber. Mereka melengkapkan pejabat dengan teknologi terkini. Tujuannya agar pendaftaran domain.ws dalam jumlah yang besar sekalipun tetap dapat diuruskan dengan mudah dan selesa. Mereka tampil di akhbar-akhbar utama. Mereka bercakap  di stesen Radio. Mereka menaja beberapa siri perlumbaan kereta. Mereka bekerja dengan strategi yang dirancang rapi. Mereka berusaha keras. Begitu serius dan bersemangat sebagaimana mula-mula mereka mendapat idea itu. Idea yang menjadi titik tolak bermulanya GDI. Akhirnya GDI muncul menjadi sebuah syarikat berstatus konglomerat yang ke-37 paling pesat berkembang di AS. Malah mereka telah berkembang hingga ke 180 buah negara. Impian mereka seterusnya adalah untuk menjadikan  GDI antara syarikat Networking yang paling besar di muka bumi ini.

 

Hari ini apabila Mike & Alan ditanya tentang kejayaan mereka itu. Mereka mengatakan bahawa ” segalanya bermula dari idea dan berani mengambil risiko serta yakin dengan konsep perniagaan yang di bawa”. Mereka bersemangat  untuk melihat nun  jauh kehadapan,  iaitu untuk menjadikan .ws sebagai pilihan utama  domain pengguna internet. 

Membaca kisah pengasas GDI memburu impian mereka, benar-benar membuat semangatku berkobar. Mereka telah membuktikan bahawa dengan kekuatan impian serta hanya dua jiwa yang saling bekerjasama, akhirnya GDI telah sampai ke 180 buah negara!.

 

“Mike & Alan pasti tidak mampu berbahasa Melayu, malah mungkin tidak pernah pun menyebut perkataan “Melayu” seumur hidup mereka. Namun,  impian  telah membawa GDI ke 180 buah negara hinggalah ke Malaysia. Bagaimana dengan aku ? Mampukah aku  membina perniagaan GDI ini hingga ke 180 negara lain?Atau jiwa ini hanya mampu berfikir setakat sekangkang kera sahaja ? Masih tiada kekuatan untuk membuka mulut hatta kepada rakan karib sendiri ? Masih melihat perniagaan GDI dengan persepsi  yang sempit? “ Keluh hatiku

 

“Bisnes GDI adalah peluang untuk mencabar potensi diri. Peluang untuk membuktikan kepada diri sendiri bahawa aku juga mampu. Mampu membina sebuah perniagaan bertaraf dunia sebagaimana bangsa lain dari negara maju. GDI adalah sebuah perniagaan. Aku mesti mengendalikan bisnes GDI sebagaimana layaknya sebuah perniagaan. Pasti perlu strategi dan perancangan rapi. Pasti ada cabaran menanti. Pasti perlu disiplin tinggi. Pasti perlu semangat dan dedikasi. Menariknya , potensi yang menanti bukan kecil. Potensi keuntungan yang dijanjikan pasti membuat sesiapa sahaja terliur. Sayangnya potensi keuntungan itu bukan milik semua orang. Potensi itu terhad kepada  pemburu impian sahaja!.”

 

“Aku perlu berhasil di negaraku dahulu. Buktikan GDI adalah sebuah perniagaan yang menguntungkan. Buktikan bahawa sesiapa sahaja yang mampu melayari internet mampu membina bisnes GDI.Buktikan modal bisnes RM35 sebulan mampu menjana pendapatan berangka-angka. Membina bisnes GDI tidak perlu modal besar hatta kecerdikan luar biasa. Pun begitu, ia tidak bermaksud boleh dilakukan sepertimana bermain “pondok-pondok”. Kerana modal sebenar bukanlah $$$$ .  Modal utama ada di sini. Tanpanya impian hanyalah angan-angan…” Luahku sendirian

 

 

Kesedaran rakyat Malaysia berkenaan peluang yang ditawarkan oleh GDI masih terlalu dangkal. Sebagaiman halnya warga dunia yang lain. Kurang dari 1% yang telah melihat potensi GDI.

 

tunas-kelapa

“Ini peluang yang sangat hebat untuk berperanan sebagai Mike & Alan versi Malaysia” Bisik hatiku.

 

“Apa pun perniagaan akan menghadapi cabaran yang sama. Disiplin dan  dan keinginan yang membara-bara diperlukan untuk menghadapinya. Memburu impian bukan kerja separuh hati. Memburu impian perlu semangat bulat dan minda yang fokus. Aku memilih untuk menjadi pemburu impian. Memburu impian untuk menjadi pembina bines GDI paling pakar di Malaysia. Aku sanggup membayar berapa pun harga kejayaan itu. Aku sanggup belajar berapa tahun sekali pun untuk memiliki kepakaran itu.  ” Tekadku dalam hati

 

Hari ini genap 40 hari aku membina bisnes GDI. Perjalanan masih jauh, namun sangat menarik !. Setiap hari aku mencabar potensi diriku untuk menjadi lebih baik dari semalam. Setiap hari aku memikirkan idea-idea baru untuk dilaksanakan. Setiap hari aku dapat merasakan bahawa impian itu semakin hampir!

 

buah-kelapa

“Ya Allah, mudahkanlah segala hajat-hajat kami yang diredhai olehMu…amin,amin, amin…” Doaku.

2 Comments

  • waka

    assalamualaikum

    panjang sungguh perjalanan itu, ya untuk menjadi pengusaha berjaya memang panjang dan berliku jalannya, perjalanan untuk berjaya memerlukan kompas bernama impian.
    .-= waka´s last blog ..gegaran gempa bumi di malaysia =-.

  • Mantra

    Menariknya kisah founder GDI ni.
    Sambung lagi kisah ni sampai habis ye tuan :)

    bro ada post terbaru diblog. Jika ada kelapangan datanglah membaca.

    P.S cek email .ws anda

Leave a Reply

CommentLuv badge