Hampir sebulan yang lepas, tepatnya pada 17/10/2009, aku telah membeli sebuah buku yang sangat berkualiti untuk dimiliki. Buku itu aku beli di K.L. Buku tersebut adalah hasil satu kajian khusus yang telah dilakukan oleh gabungan 3 orang penyelidik tempatan. Gabungan kepakaran dalam bahagian Informatik perubatan dan Sistem Micro-Elektromekanikal, Mekanik Tisu, Analisa Gerakan dan Kejuruteraan Tisu, serta pemperosesan isyarat otak, EGG ini telah mendapat geran khas dari Kerajaan Malaysia untuk menjalankan eksperimen terhadap gerakan solat.
Objektif kajian tersebut dinyatakan dalam muka surat pengenalan,
“Objektif kajian tersebut adalah untuk menentukan kesan pergerakan solat terhadap keadaan fizikal dan mental pengamalnya, termasuklah kesannya terhadap komposisi badan, sistem kardiovaskular, sakit pinggang, isyarat otak, aktiviti otot, dan disfungsi ereksi (mati pucuk). Walaupun kajian berkenaan berbentuk penyelidikan saintifik, namun untuk manfaat masyarakat awam, buku ini membentangkan keputusan kajian tersebut dalam format yang sesuai untuk bacaan dan kefahaman mereka.”
“Diharap buku ini dapat menimbulkan motivasi kepada umat Islam untuk menunaikan solat dengan tekun dan dengan postur yang betul serta menimbulkan minat terhadap kajian-kajian seterusnya tentang solat itu sendiri“
Salah seorang dari pada penyelidik itu dikhabarkan mengadakan seminar pada pagi ini di Masjid Hadhari Pekan Jerteh.
Jam di pc sudah menunjuk ke angka 7.27am . Aku harus segera bergegas ke sana. Seminar bermula jam 8.00 pagi..
Pagi ini insyaAllah aku akan dapat mendengar sendiri fakta-fakta sains dari penyelidiknya.
Buku itu bertajuk ” Membongkar fakta-fakta saintifik di sebalik solat”
Tulisan Dr. fatimah Ibrahim, Dr Wan Abu Bakar Wan Abas, dan Ng Siew Cheok.












Leave a Reply