motivasi

kebun cilibataspokok cili

Hari Jumaat minggu lepas aku pulang ke kampung sebelah isteriku. Setiba di sana aku dikhabarkan bahawa ayah dan ibu berada di kebun sedang menanam pokok lada (cili). Aku yang memang berminat untuk mendapatkan ilmu menanam cili, segera meluru ke sana. Ayah dan Ibu mertuaku sudah berpuluh tahun berkecimpung dalam bidang pertanian. Itulah sumber rezekinya selama ini. Sumber rezeki membesarkan 9 orang anaknya. Malah dengan rezeki itu juga ayah mertuaku berjaya menyekolahkan anaknya hingga ke luar negara tanpa sebarang pinjaman dari institusi kewangan atau badan-badan lainnya.

Bilamana pulang ke kampung, aku seronok untuk bertanya cerita-cerita lama bagaimana ayah mertuaku berjuang untuk membina keluarga besar itu. Keluarga seramai 11 orang itu adalah besar jika berbanding dengan sumber rezeki yang cuma satu. Namun sumber rezeki yang satu itu, ternyata telah membuktikan boleh menampung keluarga yang besar .

Ayah mertuaku juga begitu telus berkongsi susah payahnya memburu impian. Mendengar kisahnya membuatku sering terkesan dengan kegigihannya meredah segala cabaran dan dugaan yang datang silih berganti. Dalam diam aku mengkagumi semangat juang yang dimiki oleh ayah mertuaku.

Ayah mertuaku kini sudah berumur 65 tahun. Namun tubuh dan semangatnya kekal muda. Kembara memburu impian belum lagi berakhir. Memburu Impian di dunia, lebih-lebih lagi impian akhirat. Berpuluh tahun ayah mertuaku berkorban masa, tenaga dan tentunya wang untuk memikul amanah membesar dan mendidik 9 orang anaknya. Akhirnya amanah itu, berjaya dilaksanakan dengan jayanya bilamana anaknya yang paling bungsu sudah pun bekerja dan berumah-tangga. Menariknya ayahku masih diberi umur untuk menikmati hasil perjuangannya selama ini. Melihat cucunya. Melihat anaknya pula berjuang membina keluarga sendiri. Teringat pula aku kepada arwah ayahku. Arwah ayahku juga meninggalkan sesuatu untuk dikenang.Arwah ayahku tidak meninggalkan harta. Arwah ayahku telah meninggalkan semangat agar tidak putus asa. Berani berjuang. Berani memburu impian.

Ayah mertuaku kini memburu impiannya untuk ke Mekah. Melihat kerja keras, kesabaran dan kegigihannya meredah samudra halangan , membuatku segera insaf. Ayah mertuaku tentu tidak pernah tahu skrip hidupya. Malah mungkin tidak ingin mengambil tahu pun. Takdir itu milik Allah. Tadbir itu milik hamba Allah. Hasil itu dari Allah. Usaha itu dari hamba Allah. Memburu impian itu hak hamba. Memberi hasil itu hak Allah.

“Oh! alangkah manisnya sistem ciptaan Allah ini. Aku akan nikmati pemburuan ini. Aku tidak pernah risaukan hasil . Aku hanya perlu bertindak dan terus bertindak. Allah Maha Halus. Allah Maha Mendengar. Allah Maha Mendengar impian hambaNya. Allah Maha mendengar bisikan hati hambanya hatta yang belum pernah dibisikkan sekalipun. Maha Hebat Allah.!!!” Bisik hatiku

“Rezeki itu dari Allah. Segala yang di atas langit itu milik Allah. Segala yang di bumi itu milik Allah. Segala yang berada di antara langit dan bumi itu milik Allah. Maka adalah patut untuk mengutamakan hubungan dengan Allah berbanding makhluk Allah.” Bisikku lagi

“Dua bulan lagi anak sulungku akan lahir. InsyaAllah aku akan jadikan pengalaman ayah dan ayah mertuaku sebagai motivasi memikul amanah seorang bapa. Ya Allah berilah kekuatan dan kesabaran untuk mengutamakanMu dalam setiap masa dan kesempatan. Amin, amin, amin….ya Allah.” Doaku

“Assamualaikum ayah….” Sapaku pada ayah mertuaku

4 Comments

  • Motivasi Kerja

    Assalamualaikum Fath.

    Memang tidak rugi langsung berbudi pada tanah. Allah SWT melipatkan rezeki direct antara petani dengan tanamannya. Cuma kalau dalam usaha bertani ini kita terus berdoa dan berusaha menjaganya dengan baik, insya Allah rezeki akan bersama dengan kita.

    Saya minta juga bertani. Tapi kecenderungan lebih kepada bidang training. So kerja bidang ni lah.

    Pemburu Impian: Waalaikummussalam Tuan. Bekerja dalam bidang yang diminati lebih cepat maju!. Bekerja kerana suka bukan lagi kerana $$$$ semata-mata.

  • Mantra

    Menanam cili? itu memang faveret mak saya kingfath. Memang cepat betul pokok cili ni keluar hasil. Bila mana nak makan, tak payah beli. Petik aje belakang rumah :)

    Maaf beberapa hari ni saya terlalu busy sehingga lama tak jenguk blog pemburu impian. Kini saya sedang menjalani ujian pertama dengan semangat juang yang tinggi. InsyaAllah kita lihat hasilnya nanti.

    P.S Hebat title blog ni :D
    .-= Mantra´s last blog ..One Drop Perfume, Jenamanya bukan asing lagi =-.

    Pemburu Impian: Kehebatan itu milik Allah. Hebatnya Allah menganugerahkan setiap dari kita untuk meneroka potensi diri.

  • Siti Fatimah Ahmad

    Assalaamu’alaikum

    Dulu sebelum saya melanjutkan pelajaran, keliling rumah saya dipenuhi dengan bunga-bungaan yang berwarna warni dan tanaman yang menghijau rimbun antaranya terung emas (hanya ada di sarawak – berwarna kuning/oren), kacang buncis, terung panjang, tomato dan chili. Rasa syukur yang amat sangat kerana dapat menikmati tanaman sendiri dan melihat pertumbuhannya setiap hari.

    Namun kini, dalam dua tahun pembelajaran, keindahan itu sudah mulai kelam kerana sibuk dan tidak emmpunyai masa untuk merawat dan menjaganya. Memang tidak rugi kalau kita berbudi dengan tanah seperti apa yang dikatakan oleh Motivasi kerja di atas. salam mesra selalu.
    .-= Siti Fatimah Ahmad´s last blog ..DR. ‘AIDH ABDULLAH AL-QARNI : HADIAH UNTUK SITI FATIMAH =-.

    Pemburu Impian: Memburu impian itu sering menagih pengorbanan kan Bonda…?

  • Poziabb

    Pemburu Impian: Bekerja dalam bidang yang diminati lebih cepat maju!. Bekerja kerana suka bukan lagi kerana $$$$ semata-mata.

    Aku: KingFath…arwah ayah aku adalah nelayan, adik beradik peniaga, sepupu sepapat golongan profesional & pegawai tinggi k’jaan, kawan sekolah jadi pegawai Agama!
    aku minat bidang kerja binaan…sejak lepas SPM (pertengahan 80an), aku terus kerja buruh binaan…
    KERJA DENGAN BERSUNGGUH2, IKHLAS, BLABLABLA…tapi tak maju2!!!
    KingFath…what’s wrong with me???
    .-= Poziabb´s last blog ..Tawaran Sebutharga KWSP =-.

    Pemburu Impian: Memulakan adalah satu kejayaan. Secara peribadi saya meraskan menikmati proses mencipta kejayaan itu lebih manis dari kejayaan itu sendiri.

Leave a Reply

CommentLuv badge