Jam menunjuk ke angka 12:28 pagi. Hari ini hari ulang tahun kelahiranku. Sungguh tidak terasa penangan pedang masa. Mencantas umur tanpa belas. Tiba-tiba sedar sudah kesuntukan usia. Manakah yang perlu diutamakan? Urusan dunia yang tiada noktah atau impian akhirat yang jelas nyata.
Hari ini aku raikan usia ini sendirian. Biar jiwa ini biasa lasak. Biar minda jadi kebal. Kembara di dunia ini bukan mudah. Apatah lagi jika tanpa rencana dan strategi.
Hari ini 7hb. Bacaan Al-Quran juga sudah tiba pada Juz 7. Tekadku ingin mendahului masa. Mencapai impian khatam kali ke-3 sebelum minggu terakhir Februari menjelma. Justeru strategi harus juga luar biasa.
Lalu aku teringatkan lagi pada impian ini. Setelah difikir dan dihalusi, nyatalah bahawa tindakan luar biasa mesti segera dimulakan. Aku akan mula mendapatkan 10,000 responder secara manual mulai hari ini. Ini bermakna aku harus menemui sekurang-kurangnya 32 orang sehari secara konsisten untuk 11 bulan akan datang.
Mampukah aku melakukannya?
Cabaran dan kesusahan pasti ada.
“Namun aku lebih rela mencari jalan berbanding mencari alasan…”
“Benar, berakit-rakit dahulu, berenang-renang ketepian…Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”
Nota:
| Kembara | Mencari jawapan bagaimana
jadi Jutawan dalam 24 bulan. |
| Hari | 52/730 (Ahad 7/2/2010) |
| Tujuan | Berkongsi kisah, maklumat
dan motivasi |
| Strategi | Pray hard, work smart
and creative |
| Prinsip | You can everything in life you want if you just help enough other people to get what they want. |
| Fokus | Hari ini, Minggu ini, Bulan ini
Tahun Ini |
| Progress | Al-Quran, Zikir, Senaman, Menulis buku, Empayar Bisnes. |
| Menarik | Artikel, Berita, Produk, Foto, Video |
| Jumlah
Responden |
Februari, Mac, Apr, Mei, Jun, Julai, Ogos, Sep,Okt, Nov, Dis2010
0/10,000 |










Assalaamu’alaikum
Apa khabar Fathuri ? Alhamdulillah, berkesempatan untuk membaca diari hidup Fathuri hari ini. Subhanallah. Rupanya Fathuri sedang menuju setapak kepada Tuhannya. SELAMAT HARI LAHIR bunda ucapkan kepada Fathuri. Semoga dengan baki umur yang sedia ada kini, banyak usaha yang bakal diraut sebelum ajal menjemput bila-bila masa. Kepada Allah bunda doakan agar perjalanan yang bakal ditempuh oleh Fathuri setelah hari ini akan dibuka seluasnya sebagai rezeki yang bermanfaat dalam usaha membantu manusia lain menuju kejayaan di dunia dan akhirat.
Untuk menghargai sambutan hari lahir Fathuri, bunda telah mereka cipta sebuah Award Ulang Tahun Kelahiran untuk Fathuri. Harap sudi menerimanya sebagai penghargaan dari bunda untuk sebuah persahabatan maya yang banyak memberi manfaat buat kita berkongsi hikmah bagi pencerahan minda dan jiwa. Mudahan dengan ini, jalinan silaturahmi akan mendapat keredhaan dan barakah dari Allah swt. Silakan menitip award tersebut di ruang Galeri Award Dariku:
http://websitifatimah.wordpress.com/galeri-award-dariku/
Fathuri, bunda berbangga dengan usaha Fathuri untuk melaksanakan impian bagi 12 kali khatam al-Quran dalam setahun. Setakat ini, bunda hanya mampu untuk khatam 2 kali setahun dan tahun ini berusaha untuk khatam 4 kali setahun. Subhanallah.. Mudahan segala usaha kita untuk mencapai kebaikan mengikut kemampuan kita masing-masing mendapat perhatian Allah swt dan dimudahkan segala urusan.
Komitmen yang tinggi harus dilakukan untuk Fathuri berjaya merealisasikan khatam al-Quran itu. Ia bukan suatu hal yang mustahil kerana para sahabat terdahulu dan para tabi’iin, ramai yang telah melakukannya. Hanya kita sahaja yang banyak alasannya. Jika hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Begitulah kata-kata pepatah Melayu. Semoga diredhai Allah.
Tentang usaha Fathuri untuk mencapai 10 ribu responder dalam setahun adalah usaha yang sangat bagus. Layarilah ke laman-laman ilmu para blogger secara konsisten dan insya allah akan dapat feedback yang baik nanti. Iklankan blog Fathuri ke mana-mana sahaja di dunia maya ini untuk memastikan blog Fathuri wujud di dunia digital ini. teruskan usaha.
Menulis dan terus menulis sesuatu yang dapat menarik perhatian khalayak pembaca. Menulislah dengan hati. Niat kerana Allah bahawa apa yang kita tulis bukan untuk minta dibalas tetapi untuk dikongsikan bersama. Bunda doakan kejayaan misi yang bakal dijalankan ini. Semoga berjaya.
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN BUAT FATHURI pada 7 FEBUARI 2010 - AHAD.
Salam mesra dari bunda di Sarikei, Sarawak.
Siti Fatimah Ahmad´s last blog ..BERSAHABAT DENGAN TUHAN
Pemburu Impian: Terima kasih Bunda atas ingatan, award dan komentar yang selalu memberi inspirasi dan motivasi agar menjadi lebih kehadapan dari pemikiran manusia biasa.
Petikan ayat bunda yang ini manarik,
“Menulislah dengan hati. Niat kerana Allah bahawa apa yang kita tulis bukan untuk minta dibalas tetapi untuk dikongsikan bersama. Bunda doakan kejayaan misi yang bakal dijalankan ini. Semoga berjaya.”
Benar Bunda. Terasa benar nikmat kebebasan bila mampu menulis tanpa mengharap balasan. Sebagaimana yang sedang bunda alami saat ini. Berziarah dari satu blog ke satu blog dengan riang ceria….bak rama-rama yang menikmati keindahan buana sambil menikmati madu hikmah.
Assalamualaikum,
Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran saudara Pemburu Impian.
Saya mendoakan saudara sentiasa berada dalam naungan-Nya,
dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dimudahkan segala hajat dan impian.
Pemburu Impian: Terima kasih Fahmi. Impian tuan juga besar dan menarik. Video itu juga meremangkan bulu roma pada mereka yang dapat menjiwai perjuangan memburu impian. Keep in touch.
Assalamualaikum dan Salam penuh ceria Fathuri,
Saya sangat teruja sama untuk memburu impian mengumpul responder paling kurang 10 orang setiap bulan.Bukan niat untuk mengumpul kekayaan tapi paling utama untuk dapat berkongsi ilmu dan pengalaman.Sesuatu yang saya inginkan ialah motivasi dan inspirasi kerana ia umpama api yang panas membara di dalam sekam
Pemburu Impian: Selamat datang wahai pemburu impian dari Kuching Sarawak. Prestasi tuan saya pantau dari jauh. Teruskan semangat dan kegigihan meneroka potensi diri. InsyaAllah, tiada yang mustahil untuk dicapai dengan semangat “umpama api yang panas membara di dalam sekam”.