|
Kembara |
Kisah Motivasi Pemburu Impian jadi Jutawan dalam tempoh 24 bulan. |
|
Hari Ke |
46/30 (Ahad 31/1/2010) |
|
Fokus |
Ujikaji masa 5 ( Magrib-Isyak ) |
|
Video Motivasi |
|
|
Blog pilihan hari ini |
|
Hari ini masuk hari ke-3 aku berkampung di Vistana Hotel ini. Hari ini juga merupakan hari terakhir bengkel penulis super. Sepanjang dua hari lepas mindaku sarat dengan maklumat baru. Sepanjang dua hari lepas aku menjadi peserta aktif . Sepanjang dua hari lepas sesi berakhir jam 10.30 malam. Ssepanjang dua hari lepas aku bersengkang mata belajar lebih dulu apa yang belum diajar.
Jam di lap top sudah menunjuk ke angka 7.05pg. Kembara ini sudah masuk hari ke 46. Aku masih mampu istiqamah menulis dan update blog ini setiap hari tanpa gagal. Ini berlaku kerana sudah memberi arahan kepada minda untuk selalu berusaha mencari jalan dari membuat alasan.
Penceramah mengatakan semalam bahawa seorang penulis biasa memerlukan 6 bulan untuk menulis sebuah buku. Penulis yang luar biasa mampu menulis 5 buah buku dalam tempoh dua bulan. Itulah rekod yang belum dipecahkan sehingga ke hari ini.
Mendengar maklumat tersebut, aku teruja untuk memecahkan rekod itu. Aku mula memasang impian untuk menulis sebanyak 24 buah buku dalam tempoh 2 tahun akan datang. Ya! 24 buah buku dalam tempoh 24 bulan belum pernah dilakukan oleh mana-mana penulis di Malaysia.
Aku tertarik dengan kata-kata penceramah semalam yang mengatakan, matlamat seorang penulis adalah agar menjadi “Agen Perubahan” kepada umat. Aku teruja dengan kata-kata itu. Aku mahu menjadi agen perubahan itu. Aku mahu karya-karyaku menjadi pemangkin kepada perubahan. Perubahan paradigma. Berubah dari menjadi “mangsa buruan” kepada ” Pemburu Impian”
Aku bersedia untuk menjadi luar biasa. Aku bertekad untuk menjadi penulis super. Pasti ada halangan dan cabarannya. Aku juga sudah bersedia dengan sikap “Bujur lalu melintang patah”
Aku teringatkan isteri dan ananda nun 600km di sana. Aku rindukan ibuku di sini.Lalu aku memandang kepada impianku …..
“Aku akan pastikan pengorbanan mereka berbaloi…..Ya Allah, mudahkahlah urusan sepanjang hari ini, juga hari hari seterusnya. Begitulah juga urusan semua rakan-rakanku khususnya peserta bengkel penulis super ini.”
Lalu aku teringatkan kepada rakan sebilikku nun yang terbang dari Sabah datang kemari. Ditambah lagi isterinya keguguran sehari sebelum bengkel ini bermula. Namun impian yang menggunung itu telah menguatkan hati dan hati isterinya untuk membuat keputusan meneruskan perjuangan…
Perjuagan memburu impian….
Nota
|
Perkara |
Kisah Motivasi Jadi Jutawan Dalam Tempoh 24 Bulan. |
|
Motif |
Berkongsi Kisah, Maklumat, Motivasi & Inspirasi. |
|
Strategi |
“ Pray Hard & Work Smart” / Utamakan Ibadat |












Leave a Reply