|
Kembara |
Kisah Motivasi Pemburu Impian jadi Jutawan dalam tempoh 24 bulan. |
|
Hari Ke |
47/730 (Isnin 1/2/2010 |
|
Fokus |
Ujikaji masa 5 ( Magrib-Isyak ) |
|
Video Motivasi |
|
|
Blog pilihan hari ini |
Bengkel penulis super berakhir sekitar jam 6.30 petang semalam. Sejurus selepas sesi bergambar selesai, aku menelefon adikku yang tinggal di Gombak. Adikku seorang pemandu teksi. Selang 10 minit teksi sudah tiba. Aku meminta adikku memandu ke resoran Satay Samuri. Niat untuk membeli ole-oleh buat bertandang ke rumah ibu.
Pagi ini aku bangun awal. Selesai segala rutin, aku membuka semula fail model bengkel semalam. Aku membacanya sekali lagi sehingga khatam. Aku bertekad untuk membacanya setiap hari sehingga buku pertama itu berjaya ditulis dan diterbikan oleh pihak PTS Publishing. Aku sasarkan dalam tempoh 3 bulan, iaitu May 2010.
Tiba-tiba teringatkan permintaanku kepada trainer semalam, agar mencatatkan sesuatu khusus buatku sebagai kenang-kenangan. Catatan itu ditulis pada satu fail khas.
“Salam penulisan dan salam penerbitan. Jadilah seorang agen perubahan melalui jihad pena. Semoga sukses selalu”-Fauzul Naim
“Saya doakan tuan menjadi penulis bestseller sepanjang generasi dan hayat”-Zamri Mohamad
Catatan itu akan aku jadikan sebagai cabaran untuk meneroka potensi diri, 23 bulan dari sekarang.
“Pada Disember 2011 aku adalah:
Penulis buku bestseller bertajuk “Menjual dengan hati”
Pakar Motivasi penjualan
Pelatih dan perunding motivasi penjualan.”
Tiba-tiba aku dikejutkan satu deringan hp. Aku amati nombornya. Oh!..rupa-rupanya rakan sebilikku dari bengkel penulis super semalam. Rakan yang baru aku kenali di bengkel ini, juga luar biasa orangnya. Luar biasa sikapnya, malah terlalu luar biasa impiannya. Aku teruja untuk bekerjasama dengan manusia yang bersikap luar biasa begini.
Semalam aku juga ada memaklumkan kewujudan blog ini kepada semua peserta.
“Taipkan perkataan pemburu impian di google, anda akan berjumpa saya di sana” kataku bila diberi peluang bercakap pada sesi akhir semalam.
Aku juga sudah mengedarkan “kalender pemburu impian”. Pasti ada yang akan singgah di sini.
“Selamat memburu impian menjadi penulis. Seterusnya menjadi agen perubahan kepada umat. Mohon singgah lagi, dan tuliskanlah komen, agar aku dapat mengesan kehadiranmu di sini serta menjadi tanda kesinambungan perkenalan kita…. Semoga kita jadi kawan, dan insyaAllah sebagai kawan yang saling memberi manfaat, InsyaAllah” Bisikku
Nota
|
Perkara |
Kisah Motivasi Jadi Jutawan Dalam Tempoh 24 Bulan. |
|
Motif |
Berkongsi Kisah, Maklumat, Motivasi & Inspirasi. |
|
Strategi |
“ Pray Hard & Work Smart” / Utamakan Ibadat |










Tuan si vite saisi l’occasion d’assister à des ateliers d’écriture.
Je viendrai Insyaallah suivront cet atelier. Je suis tellement intéressé à Zamri M. Mohamad. Rêvais que d’une table en train de causer sur l’écriture du livre: D
Motivé cette année pour écrire un livre, est le titre d’imagination de ce que j’écris et les éditeurs sont admissibles à laquelle je veux recevoir par écrit.
PS: des ondulations de l’aura d’un blogueur Pro pour tester la sagesse que nous traduire la phrase ci-dessus, même si nous ne connaissons pas la langue et de prononciation: D
Nabieel SR´s last blog ..Backlink Trafik Dengan Facebook
Pemburu Impian: Insyaallah Tuan, notre chasse au rêve commun.
Salam Tuan Fathuri. Seronok bila dapat mengikuti bengkel penulisan. Saya pun teringin benar. Tapi masih belum berkesempatan memandangkan ada tugasan wajib yang perlu diutamakan. Saya pun dalam proses ke arah menulis. Doakan juga.
Motivasi Kerja´s last blog ..Carrot And Stick Management
Pemburu Impian: InsyaAllah akan ada rezeki tuan. Ketekunan tuan update blog setiap hari sudah membayangkan kesungguhan tuan untuk menulis.