|
Kembara |
Kisah Motivasi Pemburu Impian jadi Jutawan dalam tempoh 24 bulan. |
|
Hari Ke |
48/730 (Selasa 2/2/2010 |
|
Fokus |
Ujikaji masa 5 ( Magrib-Isyak ) |
|
Video Motivasi |
|
|
Blog pilihan hari ini |
Jam menunjuk ke angka 4.49 pagi bilamana aku tiba di bandar Jerteh, Subuh tadi. Turun dari bas ekspress ‘Sani” disambung pula dengan teksi untuk masuk ke dalam kem. Jarak perjalanan teksi ke dalam kem sekitar 6km, namun tambangnya adalah RM20 berbanding dengan bas dari K.L ke Jerteh sejauh lebih kurang 600km adalah RM45. Jelaslah nilai dan harga jauh berbeza. Kaitan antara harga dan nilai sangat relatif.
Hari ini sudah masuk hari ke-5 ujikaji masa. Tempoh antara Magrib dan Isyak padaku adalah tempoh emas. Sangat berharga. Ia merupakan pembuka hari. Bilamana dibuka dengan ibadat yang benar, lazimnya akan membuahkan hari yang benar pula. Mulai semalam aku kembali memulakan bacaan al-Quran pada juz pertama. Bacaan yang sederhana hanya memerlukan sekitar satu jam untuk menamatkan satu Juz. Aku dapati waktu Magrib adalah ideal untuk melakukannya. Sekurang-kurangnya membaca untuk setengah juz malah suku juz sekalipun (15 minit)
Setelah 4 hari menyedut udara K.L , terasa satu perasaan indah bila kembali ke dalam kem. Suasana yang berbeza memberi peluang untuk bertafakur dan bersyukur.
Hari ini bermula hari baruku untuk memburu impian dengan lebih lincah. Lebih berstrategi…
“Pray Hard, Work Smart & Kreatif”
***************
Aku sempat menjengok ruangan sains dan teknologi di Utusan Online. Produk ini benar-benar memikat hati. Justeru itu ia segera dimaksukkan ke dalam senarai impian untuk dicapai pada 2010.
Nota
|
Perkara |
Kisah Motivasi Jadi Jutawan Dalam Tempoh 24 Bulan. |
|
Motif |
Berkongsi Kisah, Maklumat, Motivasi & Inspirasi. |
|
Strategi |
“ Pray Hard & Work Smart” / Utamakan Ibadat |












Leave a Reply