motivasi

Kembara

Kisah Motivasi Pemburu Impian jadi Jutawan

dalam tempoh 24 bulan.

Hari Ke

50/730 Khamis 4/2/2010

Fokus

Ujikaji masa 5 ( Magrib-Isyak )

Video Motivasi

Apa kata Anthony Robbin tentang fokus.

Blog pilihan hari ini

 Epal Busuk

 

 

Hari ini  masuk hari ke tujuh ujikaji masa 5. Pengalaman mengamati ujikaji itu sejak tujuh hari yang lepas, memberi idea untuk mengubah strategi memburu impian.

 

 

Tempoh waktu antara Magrib dan Isyak adalah permulaan hari. Tempoh singkat satu jam itu memberi gambaran awal, pencapaian empat waktu seterusnya:

 

1) Magrib-Isyak (permulaan hari)

2)Isyak-Subuh

3)Subuh- Zuhur

4)Zuhur-Asar

5)Asar-Magrib (Penghujung hari)

 

 

Memburu Impian bukan kerja mudah. Memburu impian perlu perancangan teliti dan strategi tepat. Menilainya setiap waktu solat lebih ringan berbanding setiap 24 jam . Mengukur pencapaian lima kali sehari lebih mudah berbanding sekali sehari.

 

 

Impian yang besar menggunung tentu lebih mudah dikerjakan bila dipecahkan kepada serpihan-serpihan kecil.

 

 

Aku akan pecahkan impian mega itu menjadi beribu serpihan kecil. Kemudian akan aku kerjakan satu-persatu ibarat mencantum serpihan kaca yang pecah berderai. Bermakna aku menjadi semakin dekat kepada impian itu 5 tapak setiap hari. InsyaAllah

 

   Nota

Perkara

Kisah Motivasi Jadi Jutawan Dalam Tempoh 24 Bulan.

Motif

Berkongsi Kisah, Maklumat, Motivasi & Inspirasi.

Strategi

“ Pray Hard & Work Smart” / Utamakan Ibadat

 

One Comment

  • Siti Fatimah Ahmad

    Assalaamu’alaikum

    Alhamdulillah, sampai juga blog walking ke laman Fathuri setelah menjelajah keliling nusantara ini. Apa khabar ? Bunda doakan sihat dan bahagia bersama keluarga dan kerjaya.

    Bunda telah baca semua pengalaman penulisan yang dirakam oleh Fathuri pada siri-siri diari yang lalu. Sungguh mengkagumkan bunda kerana keinginan, kesungguhan dan harapan yang segar dilukis melalui pancaran hati dan minda lalu diterjemahkan ke dada aparan untuk dikongsikan bersama. Subhanallah, tiada yang mustahil kalau memikirkan kita boleh melakukannya.

    Bunda akui, bunda belum sampai ke tahap keinginan yang tinggi seperti Fathuri, cara perjuangan kita tidak sama walau yang kita inginkan menuju arah yang satu iaitu menjadi “jutawan” – di dunia dan akhirat. Bunda selalu mendoakan agar perjalanan Fahuri akan menerjah kejayaan yang gemilang dan terbilang.

    Sebuah episod baru akan muncul di tanah bertuah Malaysia bakal menyaksikan kehebatan yang bakal diterajui Fathuri untuk menjadi antara penulis buku yang terkenal dan terlaris jualannya. Bunda kagum dengan semangat jitu seperti itu. Segalanya akan menjadi kalau tiada perkataan “mustahil” bertahta di hati.

    Teruskan usaha Fathuri. Teruskan berjuang dalam perjalanan yang masih diberi Allah laluan yang mudah. Selagi kita mempunyai hubungan yang baik dengan Allah swt dan Rasul saw, insya Allah urusan kita akan menemui kebaikan walau ada rintangan yang menghadang, semuanya pasti dapat ditatang mudah.

    Bunda setuju, menghitung masa kehidupan dengan melihat perjalanan waktu solat lebih nampak signifikannya dengan urusan manusia. Bunda juga sedang menggunakan peruntukkan masa tersebut. Mengukur pencapaian dalam 5 kali sehari memang lebih mudah daripada sekali sehari.

    Salam mesra selalu dari bunda di Sarikei, Sarawak.
    .-= Siti Fatimah Ahmad´s last blog ..BERSAHABAT DENGAN TUHAN =-.

    Pemburu Impian: Waalaikummussalam bunda. Petikan ayat bunda yang ini luar biasa bunyinya…
    “Bunda telah baca semua pengalaman penulisan yang dirakam oleh Fathuri pada siri-siri diari yang lalu..”

    Pernah ada seorang menghantar email yang membawa maksud yang sama. Khabarnya dia juga telah membaca semua catatan di blog ini bemula dari catatan pertama sejak 10 bulan yang lepas.

    Pengakuan begini telah menerbitkan kekaguman saya pada pemilik minda-minda tersebut. Betapa luar biasanya tindakan itu.. Mana mungkin seorang yang berjiwa biasa sanggup melabur begitu banyak masa membaca ratusan catatan. Kecuali di dalam pemilik jiwa dan minda itu tertanam satu benih yang berpotensi untuk menjadi luar biasa.

    Perlulah dimaklumkan komentar bunda dan email yang seumpamanya , berhasil mencetus keinginan saya untuk berfikir lebih kreatif dan lebih tangkas bertindak.

    Kata-kata,

    “Pray Hard, Work Smart & Creative” merupakan misi yang ingin disebarluaskan melalui jejak bertapak kembara ini.

    Terima kasih bunda kerana sering memberi komentar yang tulus.

    Terima kasih juga kepada pembaca senyap yang memilih untuk senyap buat masa ini.

    Semoga satu hari nanti saudara-saudari juga akan menjadi sebahagian dari kembara ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge