|
Kembara |
Kisah Motivasi Pemburu Impian jadi Jutawan dalam tempoh 24 bulan. |
|
Hari Ke |
51/730 (Jumaat 5/2/2010) |
|
Fokus |
Ujikaji masa 5 ( Magrib-Isyak ) |
|
Video Motivasi |
|
|
Blog pilihan hari ini |
Hari ini hari Jumaat. Sudah masuk hari ke-5 bulan Februari. Impian membaca Al-Quran seharusnya sudah masuk juz 5. Aku ketinggalan satu juz . Latihan demi latihan yang diusahakan beberapa minggu lalu, sudah membuahkan hasil.
Impian membaca satu juz setiap hari terasa semakin mudah. Sasaran khatam 12 kali sebelum menjelang Ramadhan seolah di dalam genggaman. Bulan Ramadhan akan dijangka jatuh pada 9 atau 10/8/2010. Begitu juga dengan sasaran melafazkan sejuta kali kalimah tauhid. InyaAllah akan diusahakan untuk dicapai sebelum 2010 berakhir.
*****************
Melalui pengamatan kepada data-data ujikaji masa 1 hingga 5, seolah memberi gambaran hanya orang-orang yang super peka terhadap waktu mampu memantau pusingan roda kehidupan. Hakikatnya masa sangat kejam. Masa akan terus berlalu tanpa belas kasihan.
Roda kehidupan ini terus laju berputar. Matahari berganti bulan. Siang berganti malam. Suka berganti duka. Untung rugi. Panas hujan. Luka sembuh. Hari ini menjadi semalam. Esok beransur datang lalu menjadi sejarah. Bayi baru dilahirkan. Kematian baru pula menjemput.
Lalu, bila dimenungkan dan difikir dengan mendalam. Aku ini sebenarnya sedang mengejar apa? Keghairahanku untuk memiliki itu dan ini untuk apa? Keazamanku untuk mencapai itu dan ini untuk siapa?
Bagaimana jika aku tahu umurku cuma berbaki 365 hari? Apakah agaknya aktiviti yang menjadi keutamaanku? Bagaimana pula jika aku mengetahui hari ini adalah hari terakhirku di dunia? Apakah agaknya keutamaanku saat ini?
Lalu aku teringatkan pada kata-kata seorang yang hebat,
“Apa yang perlu kita nikmati adalah proses. Hasil itu ketentuan Tuhan. Hak kita adalah melakukan paling baik semampu kita. Apa yang perlu kita nikmati adalah proses. Hasil sama ada berjaya atau gagal adalah kerja Allah. Apa yang perlu kita nikmati adalah proses”
” Kefahaman kepada makna ayat “Apa yang perlu kita nikmati adalah proses” benar-benar telah membuang ketakutan dari hatiku. Aku menjadi seorang yang bebas. Bebas untuk memilih usaha dan bebas untuk gagal. Aku menjadi seorang yang bebas . Aku bebas untuk membuat kesalahan dan kesilapan dalam rangka mengatur strategi.
“Aku bebas dari kekangan memikirkan “apa orang lain akan kata”. Aku bebas dari terliur oleh penilain makhluk. Aku bebas memburu impian. Aku bebas dari merasa bersalah kerana tidak sependapat dengan pendapat majoriti.”
“Musuh sebenar adalah masa. Saingan paling kuat adalah diriku sendiri. Fokusku adalah bagaimana untuk mencabar potensi diri. Keutamaanku adalah bagaimana memerah bakat diri. Biar susu manfaat itu keluar dan boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja (yang mahu).”
*********************
Tempoh Magrib dan Asar sudah tamat. Begitu juga Isyak dan Subuh. Di tanganku kini adalah peluang Subuh dan Zuhur. Masih ada 3 jam berbaki, sebelum hari ini meninggalkanku buat selama-lamanya. Lalu memahat namaku pada satu catatan kekal. Apakah pada 5hb Februari 2010 ini aku menjadi seorang yang berjaya atau gagal? Apakah aku seorang pendosa atau bertakwa?
“Hari semalam sudah berlalu, Hari esok belum tentu…” Kata-kata ini menyentak lamunanku untuk segera menghargai setiap kesempatan yang terdapat pada hari ini.
*******************
Aku menjengah sebentar ke laman akhbar online. Cepat-cepat pula aku menarik diri. Sekali lagi aku tidak ingin membazirkan waktu mencipta dosa kering untuk turut berbahas isu yang tidak relevan dengan impianku.
Pun begitu , artikel ini berjaya mencuri perhatianku. Kreativiti memang tiada had hasil dari kehebatan minda anugerah Allah. Justeru itu aku berani memulakan kembara 24 bulan ini.
.Nota
|
Perkara |
Kisah Motivasi Jadi Jutawan Dalam Tempoh 24 Bulan. |
|
Motif |
Berkongsi Kisah, Maklumat, Motivasi & Inspirasi. |
|
Strategi |
“ Pray Hard & Work Smart” / Utamakan Ibadat |










Leave a Reply