




Jam 7.00 pagi sebagaimana lazimnya, aku sudah membuka pintu pejabat untuk menerima aduan dari 35 keluarga warga Rusia. Bila aku membuka pintu pagi ini kelihatan sebuah mesin basuh . Aku sudah maklum siapa pemilik mesin basuh itu kerana petang semalam tuan rumah sudah datang memaklumkan hal itu.
Beberapa minit kemudian datang pula Mr. George membawa tombol pintu rumahnya yang kelihatan telah rosak. Mr. George adalah salah seorang tulang belakang warranty team ini. Dia adalah team awal yang tiba di Malaysia pada 7/6/2007. Mr. George boleh berbahasa Inggeris sedikit, maka dia tidak perlukan jurubahasa untuk memaklumkan masalahnya. Menariknya diakhir sesi itu, Mr. George telah menghadiahkan 3 keping kalender tahun baru 2010 yang diterbangkan khas dari Rusia.
“Happy Muslim New Year. Awal Muharram..,” Ucap Mr. George
Aku agak tergamam dengan keperihatinannya kepada budaya Malaysia. Khususnya Syiar Islam, Sambutan Maal Hijrah.
Selang sepuluh minit, tiba pula Mr.Alexy bersama seorang jurubahasa. Kami membincangkan berkenaan masalah internet yang terputus-putus sejak seminggu yang lepas. Mr. Alexy adalah ketua sementara warranty team jet-jet sukhoi ini. Ketua mereka, Mr.Konnov akan bertolak balik ke Moscow, Rusia pada hari ini. Mr. Konnov memaklumkan kepadaku hal itu petang semalam. Dia akan bercuti selama sebulan di sana. Mr. Alex juga merupakan pioneer team ini. Aku memaklumkan kepadanya agar menulis satu senarai rumah-rumah yang terlibat. Surat itu akan aku bawa ke pejabat TM Point di Jerteh untuk mendapatkan rebet.
Selesai membuat aduan dan mencatatnya, aku menuju ke kawasan parking di hadapan aparment. Kelihatan bas TUDM yang akan membawa mereka ke tempat kerja sudah sedia menuggu.
Sedang menghirup udara segar. Aku disapa oleh Mr. Yuri. Mr. Yuri memilih untuk menaiki motorsikal ke tempat kerja. Mr. Yuri lemah lembut dan peramah orangnya. Gemar memancing dan bersilaturrahim dengan penduduk kampung berhampiran kem ini. Kg. Beris Pak Abu.
Kemudian kelihatan pula Mr.Sultan. Dia datang menyapaku sambil mengucapkan Happy Muslim New Year . Mr. Sultan masih mengaku bahawa dia seoran Islam, malangnya sekadar tinggal nama sahaja. Apa yang haram diminum dan dimakan oleh orang Islam sudah menjadi rutinnya. Sudah menjadi kebiasaannya. Aku sedih melihat keadaan ini. Aku bertekad untuk mengatakan sesuatu kepadanya. Khabarnya kontraknya di Malaysia akan tamat pada bulan Mac akan datang. Aku bertekad untuk mengajaknya solat di Masjid. InsyaAllah…
Aku pernah mengajaknya sebelum ini, tapi sekadar mengangguk-anggukkan kepala. Aku akan lebih bersungguh agar Mr.Sultan dapat meletakkan dahinya memohon taufik dan kekuatan kepada Allah untuk kekal dalam Islam. Aku mempunyai impian untuk melihat peristiwa itu berlaku di atas sejadah dan di bumi Malaysia ini…
“Ya, sebelum dia pulang ke negara asalnya..” Tekadku
“..dan kembara 730 hari untuk memburu impian itu sudah bermula pada hari ini, aku ingin mendapatkan nasihat dan pesan dari sahabat-sahabatku..InsyaAllah aku akan berkunjung ke blog mereka bila ada kesempatan nanti “ Bisikku












salaam sejahtera buat sahabat ku ,
suatu permulaan yang baik dan tepat sekali masanya….
1 muharram adalah tapak langkah yang paling sesuai memulakan
pengembaraan yang getir memerlukan kekuatan minda,kalbu,fizikal dan yang paling utama restu Illahi,semuga kita sama2 memulakan
dan jangan lupa singgah ke teratak hamba alqaswa yang daif dan faqir ini untuk meneruskan pengembaraan mengejar impian…wsllm
Pemburu Impian: Alhamdulillah & Insyaallah….sahabatku.
assalamualaikum fathuri
1 muharram titik permulaan, tarikh yang paling baik untuk bermula.
kembara insan yang tidak tahu akhirnya, tapi ada matlamatnya. bersama bulatkan tekad untuk mencapai matlamat, mudah-mudahan dengan niat yang baik keputusannya sukses.
.-= waka´s last blog ..kad debit dan perniagaan internet =-.
Pemburu Impian: Terima kasih sahabatku..atas ayat ini..”kembara insan yang tidak tahu akhirnya, tapi ada matlamatnya”
Sungguh benar,..apakah impian tercapai dahulu atau ajal menjemput dulu….kepada Allah ambo serahkan.
Perkongsian laluan hidup yang bermakna. selain memberi motivasi ia juga memberi inspirasi kepada mereka yg mengamati penulisan saudara. InsyaAllah..dgn berkat usaha saudara, dengan impian yang murni, Mr. Sultan akan kembali sujud menghadap ilahi..Amin
.-= wanwma´s last blog ..Kerjasama Dengan Diri Sendiri =-.
Pemburu Impian: Amin, amin, amin Ya Allah..
Assalamualaikum tuan rumah,
Nampak gaya, aktiviti menulis cerpen memburu impian saudara sudah bermula. Tepat sekali mengambil masa ini sebagai permulaan. 1 muharram detik permulaan.
Penulisan saudara setiap hari ada sahaja benda fresh yang menarik perhatian untuk di baca. Gaya penulisan yang santai bukan sahaja menyerlahkan sisi “pemburu impian” yang unik. Malah suasana di sekeliling yang di olah nampak seperti cerita yang menarik.
teruskan usaha murni ini untuk memburu impian. Jangan berhenti selagi ia belum tercapai kerana hidup ini terlalu singkat untuk di bazirkan.
Assalamualaikum
Yang Ikhlas;
“Pemburu Impian Dragon”
.-= Fahdi´s last blog ..Luar Biasa Kejayaannya! =-.
Pemburu Impian: Tepat sekali pesanan tuan, “Life is too short to be just an ordinary person”
Ahlan Wasahlan Ya Aammul Jadid, 1431Hijriah..
Buat pemburu Impian, Tahniah kerna memilih landasan Islam sebagai permulaan kembara yang seterusnya….BarokaLlahu fiika!!!
I believe ur journey will touch the sky….coz you have a great desire in your eyes that i have never seen before…
Kulllu Aam wa Anta bil Khair ya zauji Al-Aziz,
Pemburu Impian: Terima kasih isteriku. Terima kasih kerana sabar melayan impian suamimu yang tinggi menggunung. Sebagaimana yang sering kita bincangkan. Kembara ini bukan maksud duit semata-mata. Moga ia layak dipanggil perkongsian ilmu yang dapat dimanfaatkan bersama.
…Huri’s….
Assalaamu’alaikum
SAHABAT
Walau…
Langkah tak bertemu
Tangan tak berjabat (perempuan sahaja ya)
Ucapan tak terdengar
Izinkan hati ini memohon maaf
Atas segala…..
Sikap dan lisan yang tak terjaga
Janji yang terkota
Hati yang kerap berprasangka (insya Allah tiada)
Sepanjang setahun perkenalan kita
Selama persahabatan kita terjalin di dunia maya
Terima kasih atas kasih sayang dalam ukhuwwah yang dicerna
Semoga kita selalu di dalam perlindungan-Nya
SELAMAT MENYAMBUT MA’AL HIJRAH 1431
Salam Awal Muharam dan salam manis dari saya di Bangi, Selangor, MALAYSIA.
SITI FATIMAH AHMAD
.-= Siti Fatimah Ahmad´s last blog ..BISIKAN HIJRAH SEORANG GADIS : AKU INGIN JADI SEPERTIMU KAK… =-.
Pemburu Impian: Terima kasih Bunda, kerana perhatian dan inspirasi yang terus-menerus dicurahkan….(tanpa minta di balas)