motivasi

Sejak pagi tadi aku berputar bak gasing mengurus beberapa projek sekaligus. Berlari ke tapak projek pembinaan masjid, berlari ke tapak pembinaan kilang kenaf, berlari menyelesaikan urusan projek di UiTM . Tergesa-gesa berlari mengejar waktu berurusan di bank dan diselang seli dengan urusan isteriku yang meniti hari melahirkan anak sulung.

 

Dalam perjalanan pulang baru aku teringat bahawa hari ini sudah masuk hari ke-7 kembara itu.

“Oh! begitu cepat masa berlalu..”

Aku segera membelokkan kereta ke hotel 1 utama di pekan Jerteh untuk menulis posting ini.

Malam ini aku akan bertolak pulang ke Kg Isteriku, memandangkan isteriku telah diberi surat oleh tuan Dr bahawa, tidak boleh tidak minggu depan dia harus masuk hospital. Kandungannya sudah genap 40 minggu. Kaedah “paksa” terpaksa dilakukan.

 

Mengenangkan kesibukan ini semangatku menjadi semakin membara  untuk segera bertindak. Namun aku perlu berhati-hati kerana rangka strategi belum lagi matang.

Fail Idea

Fail Draft

Fail Kewangan

Fail Tindakan

semuanya sudah selesai. Ada satu fail yang sangat penting perlu dibereskan, iaitu Fail masa.

 

Aku perlu merangka dengan teliti jadual harianku. Membahagikan waktu antara waktu bekerja dengan majikanku dan waktu bekerja memburu impianku. Membahagikan waktu antara memburu impian akhirat dan waktu memburu impian dunia. Menentukan waktu untuk bekerja dan waktu untuk berehat. Masa untuk bersendirian dan masa untuk bermasyarakat.

 

Masa untuk diriku sendiri juga masa untuk selain diriku.

Ini semua perlu perincian.

“InsyaAllah akan aku selesaikan dalam sehari dua ini”

One Comment

  • waka

    assalamualaikum

    masa, sebiji kek yang perlu dibahagi-bahagikan yang mana setiap potongan berbeza.

    isteri ambo dulu, anak sulung kena paksa jugak
    .-= waka´s last blog ..cabaran bekerja =-.

    Pemburu Impian: memburu impian sambil bereksperiment dengan masa….menarik!

Leave a Reply

CommentLuv badge