Selepas solat Asar di Masjid petang tadi, tiba-tiba idea ini terlintas di fikiranku. Idea ini tercetus bilamana melihat sejadah pada saf yang panjangnya 400 kaki itu dapat dilipat kurang dari seminit. Bagaimana ia dilakukan?Cukup mudah. Setiap orang hanya melipat sejadah di depannya. Setiap orang hanya melakukan sedikit kerja. Akhirnya usaha berjemaah itu membuahkan hasil yang banyak. Sejadah sepanjang 400 kaki dapat dilipat dalam masa beberapa saat sahaja.
Maka terlintas di fikiranku, bagaimana pula jika idea itu diguna pakai untuk menulis sebuah ebook yang berkualiti. Ebook yang memenuhi keperluan ramai orang. Ebook yang boleh dijual. Bukankah jauh lebih mudah melakukannya secara berjemaah?Seorang hanya melakukan sedikit kerja….
“Andai 100 orang bergabung tenaga menulis sehelai seorang, tentu ebook setebal 100 muka surat dapat di siapkan dalam sehari . Kemudian 100 orang tadi bergabung pula untuk memasarkan ebook tersebut. Katakanlah setiap orang mensasarkan untuk berhasil menjual 10 unit ebook sebulan. Maka usaha berjemaah itu menghasilkan jualan sebanyak 1000 unit ebook.
Diandaikan pula ebook berkualiti itu hanya berharga RM10 setiap satu. Bermakna Jualan terkumpul adalah RM10,000. Jika projek ini berterusan selama setahun, sekurang-kurangnya RM100,000 boleh dikumpulkan. Bilamana kita mampu melakukan ini, adakah mustahil untuk melakukan sesuatu yang lebih besar? Projek yang sekali ganda malah 10 kali ganda dari itu?
Kesimpulannya idea tersebut adalah:
*100 orang menulis hanya 1 muka surat setiap seorang.
*setiap orang hanya menjual 10 unit ebook sahaja.(dlm tempoh sebulan)
*ebook yang berkualiti berharga RM10 sahaja
Ulang projek ini setiap bulan. (setiap bulan mengelurakan satu ebook baru)
Maka dana terkumpul boleh menjadi RM120,000! atau sekurang-kurangnya RM100,000
Siapakah agaknya yang mampu melihatnya sebagai satu idea yang boleh dilaksanakan?
Aku mempunyai impian untuk melihatnya menjadi kenyataan….
Siapakah agaknya gerangan yang mahu membuktikan idea kuasa bekerjasama ini tidak mustahil..?












Alhamdulillah…kena telah terlintas akn idea ini,ialahlah yg di panggil nikmat2 org yg pergi ke masjid
Mmmmm…sebenarnya sejak dlu kebanyakkan dr IM kita kt malaysia nie telah mengamalkan cara yg sebegini…mereka menubuhkan satu team mereka sendiri untuk berkongsi idea,menulis seturusnya memasarkn…tidak merangkumi bahagian ebook sahaja malahn kejersama dlm seminar sahaja…
Dan bagi aku itulah pentingnya kuasa kerjasama utk berjaya…
Ok pd pengalaman aku kalau kita tgk im malaysia dlm ebay spt sifulan,noorizamshah,masdino,dan apa lagi yea..aku pun dh x ingat dah
sebenarnya mereka nie adalah satu team…sebab itu bila salah seorang daripada
mereka mengeluarkan sesuatu produk, produk tersebut akan menjadi panas di pasaran…
Satu lagi macam diaorg buat seminar pasal speed adsense ( aku x p sbb jauh ) dr tempat aku…ok siapa yg ada..semuanya rata2 mempunyai blog yg trafiknya boleh dikatakan ideal..contoh syed ikhwan,ridhuan richie,labanon ( majalah im ) dan ramai lagi.bukankankah diaorg nie satu team kalau kita tgk.
Ya bagi aku kita tdk akan berjaya kalau hanya melakukan berseorgan…boleh berjaya tapi tidak boleh pergi jauh…betul x?
Idea ko nin memang gempak kalau berjaya dilaksanakan 100%
Macam aku,aku berminat giler nak ada kawan yang dok kat negeri aku yg mana aku boleh p belajar ngan dia dan dia x kedekut ilmu dan kami boleh berkongsi idea…dan saling membantu antara satu sama lain…
Tapi nk buat cam ner, semua kawan2 aku mmg sah x minat akan benda – benda yg gini…mereka lebih tumpukan pada perkenalan social dari myspace,tag dan friendster…ada yang sorang nie…minat dlm bidang forex..tapi aku x join sbb aku lebih minat dlm dunia berblog…
Oleh sbb itu start pada beberapa tahun lepas,sebelum aku membuat keputusan membina blog dit com sendiri aku berajar slow2 dgn cara yang merangkak giler…
explore satu satu..dari satu ke satu bahagiaan…tanpa ada org yang mengajar disebelah…banyak yg tidak menjadi sebenarnya…betullah kata org tua2…nak belajar sesuatu kena ada guru…
heheheh panjang plak komen nie..sepatutnya bab nie aku kena masukkan kedalam bahagian about me dlm blog aku..tp x pelah sekadar berceritakan tentang pengalaman.
p/s aku dah letak link ko kat web aku..
salam….
apa yg penting, kerjasama.. (ala2 lagu wonderpet tu)
Bagus idea anda. Diharap dapat bekerjasama dengan anda untuk menghasilkan ebook berkualiti untuk projek 2010 nanti…Insyaallah…ARB Dagang
hmm idea ini menarik. Cuma satu faktor penting adalah ilmu yang disampaikan dalam ebook berkenaan. Adakah ia dapat memberi kesan yang baik kepada pembeli nanti.
lagi satu dari segi penulisan. Lain orang mempunyai lain cara penulisan dan mempunyai ilmu yang lain antara satu sama lain. Perlu ada orang putih cakap synchronization dalam penulisan dan ilmu yang disampaikan tersebut.
Apa apa pun idea ini baik. dan akhir sekali adalah pembahagian keuntungan di antara partner. jangan pula bergaduh di kemudian hari. hehehe
Hm.. tajuk apa yang nak buat ebook ni?? Boleh saja kalau kena dgn citernya
bagus idea tu dan ianya telah terbukti berjaya dikalangan beberapa team IM. tetapi disamping kuantiti kita juga harus menitik beratkan soal kualiti.. jangan ebook dah banyak terjual tetapi orang komplen sana -sini.. rasa macam tak berkat pulak.. apapun komplen itu memang ada tetapi kalau melibatkan sebahagian besar orang mungkin ada masalah pada produk kita..
fikir-fikirkan..
P/s: saya juga dalam proses untuk membuat ebook..
Saudara fathuri,
Idea yang menarik. Apa- yang penting dalam idea ini adalah konsep mempercayai satu sama lain. Komitmen yang perlu diberi juga perlu tinggi. Sebabnya kalau seorang gagal menjalankan tugasnya, maka kerja yang lain akan tertangguh.
Yup, stuju dgn saudara fathuri..
Kerjasama adalah antara elemen berkesan utk memendekkan “success curve”..
Klu lah ‘kerjasama’ itu bkn lah sesuatu yg baik, masakan ada bidalan,
“yg berat sama dipikul, yg ringan sama dijinjing…”
Konsep camni sama dengan konsep gaya wang pos. Tapi, kalau nak diapply pada ebook, boleh, tak de masalah. Tapi, kene pastikan setiap penulis ebook tersebut pakar dalam niche yang sama la. Tu baru ok.
yea btul tue fatin..aku sokong
Salam kenal tuan blog. Saya newbie sedang jalan2 blog ni cari info berguna. Alhamdulillah jumpa
Hebat idea ni. Memang betullah betullah ape yang bro cakap ni. saya sokong 100 %
Assalamualaikum,
Ni untuk diri saya sendiri
saya rasa bisnes internet saya lagi umMPPHH kalau saya bekerjasama dgn isteri. Oh bestnya ade bini. hehe.
skrg ni sorang2 jer. kadang2 semangat tu xde. mujor ade mak, ayah & adik2
Terus terang, idea ini memang bagus tetapi AMAT SUSAH untuk direalisasikan. Mengapa dikatakan mustahil?
Seperti yang kita ketahui, seorang IM boleh membuat RM100,000 sebulan ALONE hasil dari produknya sendiri. Dalam forum WangCyber tu pun dah banyak contoh mereka yang buat sendiri produk dan pasarkan melalui affiliate.
Mungkin akan ada IM yang berkata “mengapa perlu susah-susah combine dengan orang lain sedangkan hasilnya sama dengan buat seorang diri?”
Lagipun, seorang IM yang berfikir dari segi aspek seorang USAHAWAN memang akan berusaha secara SOLO untuk mencapai tujuannya. Lebih kurang macam tu la kerana mereka menganggap itu sebagai satu CABARAN untuk berjaya.
Good idea tapi itu hanyalah setakat idea. Macam yang selalu kita cakap dalam hati… “alangkah bagusnya kalau setiap bulan orang kaya itu dapat dermakan hartanya ke rumah anak yatim dan fakir miskin”…. tapi hakikatnya itu hanyalah sekadar idea dan angan-angan.
Kesimpulannya, kita janganlah terlalu berharap pada idea yang sebegini kerana silap haribulan, ianya tidak lari dari sekadar harapan dan berkemungkinan idea ini akan jadi satu MITOS. Asyik kita berfikir mengenai IDEA, orang lain dah mula membuat tindakan. Yang penting, kita kena bertindak.
Idea memang banyak tapi tindakan selalunya TIADA. Apa pun, idea ini MEMANG SUSAH tetapi tidak MUSTAHIL untuk dilakukan.
p/s: Lainlah kalau blogger macam kita. Memang dah confirm kita takleh buat seperti apa yang diceritakan dalam artikel ini sebab seorang blogger perlu fokus pada blognya sendiri. Anyway, very good artikel untuk di bincangkan.