motivasi

130820092306

Setelah posting entry “kuasa kerjasama” malam semalam, aku segera off pc dan masuk ke bilik tidur. Jam sudah menunjuk ke angka 12 malam. Namun mata sukar lelap. Terkebil-kebil dalam gelap. Idea menderu-deru masuk. Imaginasi melayang tinggi. Seperti  terasa ”kuasa kerjasama” itu akan menjadi realti.

 

Sepanjang hari ini, satu demi satu komen dari kawan2 onlineku datang, menyokong idea itu. Aku percaya mereka semua adalah orang -orang yang  berfikiran positif. Idea “kuasa kerjasama” ini memang bukan baru, yang baru adalah ia belum pernah dijadikan realiti. Aku sendiri tidak pernah mendengar sebuah buku fizikal ataupun ebook yang ditulis oleh 100 orang penulis. Tidakkah menarik untuk menjadikannya satu realiti?. Boleh jadi yang pertama di Malaysia kalaupun tidak di dunia!

 

Seorang hanya perlu menulis satu muka surat sahaja. Kemudian “Kuasa Kerjasama” akan merealisasikan sebuah ebook setebal 100 muka surat dapat disiapkan dalam sehari.

Bayangkan contoh tajuk di bawah ini:

100 idea bagaimana cara meminta maaf

100 cerita bagaimana saya memperolehi RM1 saya dari internet

* 100 idea bagaimana saya dapat menyimpan duit setiap bulan

Tentu setiap dari kita ada sesuatu untuk ditulis dan kongsikan dengan pembaca. Berapa lama agaknya masa yang perlu diambil untuk menulis satu muka surat salah satu daripada tajuk di atas?

Seorang penulis cuma perlu menulis satu idea sahaja. Tuliskannya pada sehelai muka surat. Bagaimana pula jika 100 muka surat itu dikumpul dan disatukan? Bukankah sebuah ebook yang berkualiti sudah disiapkan?

 

“Bolehkah idea di atas dijelmakan pada alam nyata?”. hatiku bertanya lagi

 

Aku tidak bimbang tentang hal-hal teknikal. 100 buah fikiran akan mampu menyelesaikan apa saja isu teknikal yang berbangkit. Dalam hal ini, aku lebih teruja untuk menghimpunkan hati-hati yang kental. Fikiran-fikiran yang positif. Wawasan-wawasan besar dan ikhlas. Pandangan-pandangan yang jauh kehadapan. Tidak terbatas kepada perut dan poket sendiri. Mengerti fadhilat “law of giving” sebagaimana dinukilkan indah oleh zig ziglar  “You can get everything in life you want, if you will just help enough other people get what they want”

 

 

Teringat pula aku pada sebuah buku klasik tulisan Dr Norman vincent peale “The power of positive thinking”. Buku ini diterbitkan pada tahun 1953. Beliau telah menulis sekali lagi pendahuluan pada cetakan bukunya yang ke 2 juta seperti berikut:

 

I well recall the day I sat down to begin writing the book. I knew that the best work required more ability than I possed and therefore I needed help that only GOD could give. My wife and I have the policy of taking God into working partnership in all our problems and activities. So we had a very earnest session of prayer, asking for guidance, and put the project into God’s hands. When the manuscript was ready for a publisher Mrs, Peale and I again prayed, dedicating the manuscript. We asked only that might help people to live more effective lives. When the first book of this two million copies came from the press to us it was again a spiritua moment. We thanked God for His help and dedicated the book once more.

 

Sebagaimana kata-katanya di atas, Dr Peale juga mengakui  kelemahannya untuk menghasilkan tulisan yang berkualiti. Namun kerana niatnya yang ikhlas serta keinginannya untuk memberi, dan memberi…pada hari ini, tulisannya telah berjaya memotivasi berjuta-juta jiwa . Hati-hati yang sedang remuk terubat dengannya. Impian-impian yang sedang  layu kembali segar. Misi dan visi kembali diusahakan. Maka lahirlah generasi yang positif fikirannya. Jelas matlamatnya. Individu-individu inilah yang akhirnya berupaya membangun kemajuan negara dan keluarga khususnya.

 

Hari ini buku “The Power of positive thinking” sudah dicetak lebih dari 15 juta naskah!

 

Aku  melihat ke dalam diri sekali lagi, dan membisikkan soalan ini:

 ”seorang hanya menyumbang satu idea dan menulisnya pada satu muka surat, maka terciptalah sebuah ebook  berkualiti setebal 100 muka surat.

Bolehkah ia dijadikan realiti?

2 Comments

  • Abu Samah

    100 orang ada 100 idea yang berbeza….mesti best buku ni….contoh yang diberikan diatas satu idea yang boleh di fraktik kan.

  • Mantra

    Saya suka gaya penulisan bro fathuri. Memang best. Tentang idea “kuasa kerjasama” bro memberi satu idea baru kepada saya. Thanks bro and salam Ramadhan…

Leave a Reply

CommentLuv badge