motivasi

primula-beach-resort-besutprimula

Mengarahkan fisiologi anda adalah satu cara yang berkesan bagi mengawal perasaan anda. Sewaktu anda berkuasa, motivasi dan yakin,  ia dalah kerana elemen-elemen fisiologi anda berada pada kedudukan yang betul.  Apabila anda berasa lesu, ia disebabkan fisiologi anda tidak berada dalam keadaan optimum.

Setiap emosi yang spesifik berhubungan dengan keadaan fisiologi tertentu. Apabila anda kecewa, tubuh fizikal anda berada dalam keadaan dan kedudukan tertentu. Apabila kita mengubah kedudukan tubuh kita, otak kita tidak boleh lagi mengakses kekecewaan itu. Kita sering melakukannya sehingga kita tidak sedar kita menjadi pakar dalam hal ini.

Sekarang, anda perlu melatih diri anda bagi mengubah fisiologi anda supaya ia mampu membawa impak yang besar kepada minda dan emosi anda. (Master Your Mind. Design Your Destiny/171)

Kita akan mula berlatih mulai esok

Nota:

Kembara memburu impian mencipta RM1 juta dalam tempoh 24 bulan masuk hari ke 212

Gambar: Semalam aku berkunjung ke Primula resort (Besut) . Ia akan mula beroperasi tidak lama lagi . Kerja-kerja pembersihan landskap dan bangunan mula dijalankan hari ini. Apakah Ini merupakan satu lagi projek (syarikat) yang kemungkinan besar aku akan terlibat secara langsung?Khabar angin kencang bertiup..

One Comment

  • Hadi

    InsyaAllah, saya akan ikut modul latihan itu nanti. Saya ingin menjadi yang terbaik. :-)

    p.s: diri ini sekejap ‘naik’ & sekejap ‘turun’.

    Pemburu Impian: Terima kasih atas kunjungan tuan Hadi. Benar, semangat & motivasi macam yoyo…harus selalu dipantau.

Leave a Reply

CommentLuv badge