motivasi

img02177-20100627-1850img02959-20100728-1832

Sebenarnya, kita sering melakukan hal ini semasa kita kanak-kanak. Beginilah caranya kanak-kanak belajar membentuk perilaku mereka sama ada baik atau buruk. Mereka memerhati dan meniru orang-orang dewasa di sekeliling mereka.

Semasa anda kanak-kanak, pernahkah anda meniru aksi bintang filem terkenal seperti Superman, Wonder Woman, Rambo ataupun James Bond? Pernahkah anda bayangkan diri anda menjadi mereka dan memakai pakaian yang sama?

Apa yang tidak kita sedari adalah kita mencontohi pola kecemerlangan (ataupun sebaliknya) dalam orang-orang yang kita kagumi. Malangnya, orang dewasa sering memberitahu kita perlakuan itu keanak-anakan dan kita hanya berlakon. Jadi, salah satu kemahiran semulajadi pembelajaran awal kita tidak terus tumbuh dan digunakan sehingga kita dewasa.

Tetapi hari ini, dengan menggunakan teknik yang sama membolehkan saya menggilap kemahiran saya dengan begitu cepat dalam apa sahaja bidang yang saya inginkan. (Master Your Mind Design Your Destiny/187)

Ulasan: Benar, meniru atau mencontohi adalah satu kemahiran semula jadi yang sering disalah anggap dan tidak digilap secara sedar dan betul. Namun pada mereka yang faham rahsia minda, mencari mentor adalah jalan pintas memburu impian.

Nota: Kembara memburu impian mencipta RM1 juta dalam tempoh 24 bulan masuk hari 226

Gambar: Semalam selepas pulang kerja aku menyambung kerja-kerja menebas. Rumah itu mempunyai tiga buah beranda. Beranda depan, kiri dan kanan. Gambar di atas adalah beranda sebelah kanan. Setelah beberapa hari menebas akhirnya rupa laman beranda kanan sudah kelihatan. Aku memanduĀ  hampir 20km untuk sampai ke rumah itu. Kadang-kadang pemanduan selama 40 minit (pergi & balik) itu sekadar mampuĀ  melakukan kerja-kerja menebas selama 30 minit sebelum senja menjelma. Namun, walaupun cuma 30 minit sehari , jika istiqamah , tetap membuahkan hasil.

One Comment

  • HadiRofiee

    ”Ulasan: Benar, meniru atau mencontohi adalah satu kemahiran semula jadi yang sering disalah anggap dan tidak digilap secara sedar dan betul. Namun pada mereka yang faham rahsia minda, mencari mentor adalah jalan pintas memburu impian.”

    Kini, baru saya tahu berkenaannya. Syukur kerana banyak pengetahuan yang dapat saya perolehi daripada blog Tuan. Maklumat berharga ini juga seperti emas bagi saya untuk menempa lebih kejayaan dan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

    Terima kasih Tuan PI.

    Salam maju jaya. ;-)

    Pemburu Impian: Terima kasih atas kunjunga tuan HadiRofiee. Tuan juga tentu ada skrip hidup yang menarik untuk dikongsi dengan pembaca. Boleh jadi maklumat yang biasa-biasa saja pada tuan, sangat berharga pada orang lain.

Leave a Reply

CommentLuv badge