Aku membuka lembaran nota modul satu,
Hukum Fizik adalah hukum alam semulajadi yang sememangnya menjadi asas dalam segala aspek hubungan kehidupan mengikut ketentuan dan ketetapan hukum Maha Pencipta. Dalam kerelatifan tertib mencari titik keseimbangan sesuatu jawapan sangatlah perlu merujuk kepada Al-Quran dan Hadis dan segala peraturan alam semulajadi (The Law Of Fizik) inilah yang dikatakan “Hukum Pertimbangan Sunnah”
Semasa menaip artikel ini ingatanku sekali lagi terbang menyingkap pengalaman hampir 20 tahun lepas. Hari itu adalah hari peperiksaan STPM kertas Fizik (Amali). Aku hadir dengan sebotol air mineral yang sudah didoakan (khabarnya air penawar/penenang). Natijahnya aku memang rasa tenang walaupun soalan peperiksaan itu tidak terjawab…Oh!
Sungguh tidak sangka hari ini sekali lagi aku kembali semula ke meja pelajar . Lalu harus belajar lagi pelajaran fizik yang tidak aku gemari. inilah skrip hidup. Bila Allah mencipta manusia, sudah siap sempurna segala setting kisah hidupnya. Walau bagaimana kita berusaha mentadbir kehidupan, akhirnya takdir juga yang menang.
“Apa maksud TAKDIR mentertawakan TADBIR tuan Dr.” Tanyaku kepada Dr. Jeffry melalui sms pada sauatu hari.
“Kita ini ibarat patung yang sentiasa diuji? Kerana skrip hidup kita sudah Allah setting?” Bisikku dalam hati
“Ia juga juga merupakan skrip dari Allah(qadar muallaq), tetapi ianya boleh diubah dengan doa , iktiar dan amal soleh sebagaimana yang telah dipelajari” Jawab Dr Jeffry.
Lalu aku teringatkan pula muzakarah dengan seorang rakan selepas Asar semalam.
“Betul tuan, saya ada pengalaman itu pada minggu pertama Ramdhan.”Kata Mawi. Mawi seorang anggota tentera, TUDM yang terlibat dalam penyelenggaraan Jet Sukhoi.
“Saya berulang balik dari Kuala Terengganu ke dalam kem ini lebih kurang 3 kali setiap minggu. Maklumlah isteri dan anak tinggal di sana. Nak di jadikan kisah hari itu saya agak terburu-buru kerana sudah terlewat. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke mari dalam 1 jam setengah. Hari itu saya saya masuk bekerja jam 12.00 tengahari sedang jam sudah menunjuk ke angka 11 pagi.
“Setelah menghantar anak kepada pengasuh, dan menambah air kereta saya terus pecut. Tiba-tiba dalam perjalanan terhidu bau hangit. Saya perhatikan tempreture pada dashboard kereta normal, lalu saya terus memandu. Tidak lama selepas itu kedengaran pula bunyi pelik dari arah enjin. Saya terus pecut memandangkan sudah lewat.
“Tiba-tiba enjin kereta mati dan kereta berhenti sendiri. Bila saya buka bonet depan, asap berkepul naik. Minyak hitam sudah melimpah. Dalam hati sudah berkira-kira entah berapa ribu pula kena keluar duit nak tukar enjin atau paling kurangpun kena overhoul. Ditambah lagi dalam musim-musim perayaan yang tentunya perlu belanja lebih. Saya telefon kem maklumkan kejadian itu dan mohon mereka datang beri bantuan kecemasan.”
“Sementara menunggu meraka sampai, bila saya paling ke sebelah kiri terlihat kilauan kubah masjid. Segera hati saya berbisik. Mengapa aku meminta bantuan dari makhluk dulu, sedang dalam hadis mengatakan bila ditimpa kesusahan harus bersegera memohon bantuan kepada Allah….”
“Lalu saya segera menuju ke masjid itu dan solat hajat dua rakaat serta berdoa mohon Allah beri pertolongan. Di masjid ada ramai makcik-makcik yang memandang ke arah saya dengan pandangan yang tertanya-tanya, barangkali mereka hairan mengapa saya solat sedang waktu Zuhur belum tiba.”
“Tidak lama selepas itu, bantuan dari Kem tiba. Pada awalnya mereka juga sebagaimana saya sudah menjangkakan sama ada enjin perlu ditukar atau overhoul yang belanjanya bukan sedikit. Namun bila diperiksa, ternyata cuma waterpump yang rosak dan enjin boleh dihidupkan semula. Subhanallah!. Terus iman meningkat tuan…..” Sambung Mawi
“Betul, saya yang mendengarnya turut terkesan. Hebatnya bantuan Allah. Memang Ajaib kerana kerana saya juga pernah mengalami masalah kereta yang sama beberapa tahun lepas. Memang kena dioverhoul , sebab lazimnya gaskate semua sudah terbakar. Namun pada hari ini saya faham bantuan Allah memang sentiasa tersedia. Bila kereta tuan masih boleh dihidupkan semula dan meneruskan perjalanan dengan sedikit sahaja pembaikan (tukar waterpump) ia memang sesuatu yang miracle. Inilah yang dimaksudkan dengan qadar muallaq tadi.” Sambungku
“Dalam takdir tuan kerosakan kereta pada hari dan masa tersebut memang sudah tercatit dan tidak boleh dielakkan. Namun, kerana ruang-ruang yang tuan isi sebelumnya dengan doa, ikhtiar serta amalan soleh, qadar itu sudah berubah menjadi lebih ringan. Kerosakan tetap berlaku kerana sudah ditakdirkan berlaku namun dalam kadar yang tuan mampu tanggung. Jadi inilah yang dimaksudkan dengan ujian. Ujian tetap akan datang. Namun dengan mengisi hidup dan kehidupan kita dengan banyak doa, ikhtiar yang baik-baik serta amalan soleh (sebagaimana sunnah) maka ujian itu menjadi ujian yang mampu dan sanggup kita tanggung. Dan inilah jawapan kepada pemerhatian saya mengapa orang-orang soleh wajahnya jernih bahagia. Bukan hidup mereka tiada kesuasahan (ujian). Namun semua kesusahan itu mampu dan sanggup ditanggung. Rahsianya…? Mereka istiqamah amalkan sunnah. Mengisi setiap detik hidup dengan doa,zikir dan amalan soleh..” Sambungku
“Sebagaimana para sahabat. Iman dan amal mereka telah Allah iktiraf dan dijanjikan kejayaan(syurga) di dunia ini lagi. Jejak bertapak mereka sudah ada. Kita tinggal contohi sahaja. Pun begitu ia tidaklah semudah mengeluarkan kata-kata kerana Rasullullah telah berpesan….”
Bersambung…












ambo pernah mengalamai kereta rosak, tiba2 hilang kuasa semasa memandu, Alhamdullilah berjaya berhenti di stesen petronas dan parking baik dekat surau.
tetapi ambo lalai tak ingat tuhan, terus call kawan, check engin, cooling pipe pecah mmg kena tarik dengan towing la, malam plak tu.
kesimpulannya tak ingat tuhan padahal tepi surau je.
Pemburu Impian: Terima kasih atas kunjungan tuan waka. Apa khabar tuan dan keluarga? Semoga sihat bahagia. ….Bersama kita memburu impian dalam pertimbangan sunnah.
Subhanallah.. Hebat.
Pemburu Impian: Terima kasih atas kunjungan kerap Ustaz Hadi. Benar, qudratullah sentiasa hebat..