Cabaran untuk mengamal Sunnah pada zaman mutakhir ini “Ibarat menggenggam bara api…”
Aku menyelak helaian seterusnya,
Melalui pengkajian demi pengkajian fizik sehinggalah masa kini, ramai saintis cuba untuk mencari jawapan kepada teori(medium) kepada segala permasalahan. Sekiranya kita boleh memperolehi teori atau medium kepada segala permasalahan, maka kita boleh menyelesaikan apa sahaja permasalahan dan segala macam perkara.Ringkasnya, teori kepada segalanya boleh dipanggil sebagai “teori kerelatifan unggul”
Entiti utama yang diambil sebagai perkiraan bagi segala perbincangan antara fizik klasik dan fizik moden adalah konsep ruang dan masa.
Pada dasarnya, RTE (Revolusi Teknologi Energi) mengambil konsep masa di dalam di dalam konsep fizik moden sebagai konsep perawatannya. Penyembuhan sebenarnya bergantung kepada sikap pesakit itu sendiri, berdisiplin mengambil formula, kekerapannya, kesabaran dan sebagainya.
Aku tertarik dengan idea untuk mencari “teori kerelatifan unggul itu”.
Hati kecilku berbisik,
‘Teori ini tentu wujud. Formula bagaimana menyelesaikan segala permasalahan?. Wah! hebatnya teori ini andai ia boleh ditemui…aku ingin sekali menyumbang fikir dan tenaga untuk mencarinya…”
“Tidak dapat dinafikan, ada lima perkara yang menjadi impian setiap orang iaitu kejayaan, kekayaan, kesihatan dan kebahagiaan. Apakah wujud teori untuk memiliki semua itu?
Teringat perbualan dengan Dr. Jaffry malam tadi
” Konflik yang saya hadapi sekarang adalah dengan nafsu… iaitu ingin segera mencapai impian, padahal pada masa yang sama saya sudah belajar bahawa masa itu tidak boleh dipercepatkan atau dilambatkan…” Luahku pada Dr Jaffry.
“Benar, sejak saya mengenali U, memang itu personaliti yang U ada, tidak sabar, gopoh dan cepat panik bila buat kesilapan. Nanti dalam kelas akan datang kita akan belajar tentang bagaimana untuk mengetahui personaliti seseorang. Buat masa ini U makan formula V8 “
“Bolehkah kita menghantar isyarat kepada seseorang yang berada sangat jauh dengan kita?. Untuk mengetahui keadaanya sama ada sihat, sakit , ceria atau sedang dirundung masalah?” Tanyaku lagi
“Boleh, nanti kita akan belajar”
“Bagaimana jika dia tidak mengenali kita, contohnya saya pernah melihat wajahnya hanya melalui majalah” Tanyaku lagi teruja
“Boleh, walaupun sekadar gambar lama…” Jawab Dr Jaffry bersahaja.
“Fathuri ada amal zikir itu? ” Tanya Dr. Jaffry pula
“Alhamdulillah setakat hari ini belum penah miss lagi Dr…” Jawabku
“Teruskan amal zikir itu, InsyaAllah nanti U dapat sesuatu…”
Bersambung…
Nota: Skrip perbualan di atas bukan 100% tepat kerana saya recall dari ingatan.












Leave a Reply