Sepanjang pagi tadi membersihkan halaman dan persekitaran rumah itu. Tempat tinggal untuk memburu impian seterusnya. InsyaAllah rancangannya akan mula memindah barang pada ahad depan 5/9/2010.
Pulang ke rumah sudah kehabisan tenaga. Letih bukan main…
Bila berdiri semasa rakaat ke 4 solat Terawih sudah terdetik untuk pulang dan menyambung di rumah. Tiba-tiba pakcik Man di saf paling hadapan berundur ke belakang (sambil mengurut-urut betisnya) dan memberi signal agar aku menggantikan tempatnya.
Aku terus berganjak ke hadapan dan menyambung solat sehingga lapan rakaat itu sehingga selesai. Kemudian terus disambung dengan solat sunat witir 3 rakaat.
Semasa sedang menikmati hidangan “moree” hatiku berdetik ,
“Berbagai cara Allah boleh membantu memberi motivasi pada hati untuk terus istiqamah . Melihat gelagat pakcik Man, yang terus istiqamah rakaat demi rakaat menunaikan solat Terawih dengan keadaannya menahan sakit telah mencetuskan motivasi kepadaku agar terus kuat mengerah kudrat untuk menyelesaikan solat Terawih itu secara berjemaah….syukur Alhamdulillah” Bisikku
Aku membuka halaman seterusnya nota modul 1
“Daripada proses penyediaan dan penghalusan molekul sesuatu jisim (formula tenaga), dapat dilihat apabila semakin halus sesuatu formula, maka semakin tinggilah magnitud tenaganya.
Dalam ertikata yang lain, semakin kecil atau sedikit dan halus jisimnya, semakin tinggilah kuasa tenaga atom yang akan dihasilkannya.
Kini aku semakin faham mengapa formula Vitto ini kecil benar…seperti kepala jarum peniti sahaja. Aku juga semakin memahami mengapa dos yang kecil lebih berkesan berbanding dengan dos yang besar. Fakta ini benar-benar menguntungkan pihak pengguna.












Leave a Reply