” Ani minta beli yang kecil, abang beli yang besar…” Rungut isteriku
“Bezanya cuma RM2 ringgit sahaja. yang kecil harganya Rm18 sedang yang besar RM20. Jadi abang fikir lebih untung beli yang besar” Balasku
“..yang kecil rasanya manis bang, yang besar lain…” Rungut isteriku lagi, tidak puas hati.
” Dalam konsep hukum tenaga, bila Ani terus bercakap begini akan mengwujudkan tenaga termodinamik(Tenaga haba), dan bila abang terus berbantahan, juga akan mengwujudkan tenaga yang sama. Dapatkah dibayangkan natijah bila kedua-dua tenaga haba ini menjadi semakin panas…? Kataku dengan suara mendatar, rendah.
Isteriku diam, dan aku menyambung lagi,
“Ani sudah fahamkan, bahawa tiada sesuatupun yang boleh berlaku tanpa keizinan Allah. Ani mengharapkan ayam golek yang kecil, rasanya manis dan itulah selera Ani. Namun bila Allah memberi rezeki yang tidak sesuai dengan citarasa Ani, patutkah kita merungut…?
Isteriku mula sedar,
” Dalam pertimbangan sunnah, bagaimanakah adab Rasulullah s.a.w terhadap makanan? Bila Nabi suka akan sesuatu makanan itu, nabi bersyukur dan bila Nabi tidak suka terhadap sesuatu makanan itu, nabi tidak memakannya tanpa disusuli dengan sebarang kata-kata rungutan..”
“Hidup orang beriman ini cuma berada dalam dua keadaan. Syukur bila mendapat nikmat, dan sabar bila sebaliknya. Rasa-rasanya sekarang ini kita berada dalam keadaan syukur atau sabar? Tanyaku kepada isteri dengan sedikit senyuman menduga.
“Alhamdulillah, syukur bang…dan sabarpun iya juga…” Jawab isteriku tergelak.
“Jangan bimbang, Allah sudah berjanji, siapa yang bersyukur nescaya akan ditambah lagi nikmatNya….insyaAllah akan ada rezeki Ani makan ayam golek yang kecil dan manis itu…” Kataku menutup bicara.
Aku menyambung lagi membaca nota modul satu.
“Setiap kejadiaan Allah semuanya memberi manfaat kepada semua makhlukNya dalam apa jua bentuk masa dan keadaannya. Oleh kerana setiap kewujudan adalah dalam bentuk jisim, maka setiap jisim juga mempunyai tenaga kerohaniannya sendiri.
“Tenaga kerohanian adalah “Roh” dan “Roh” sebenarnya adalah “Masa” itu sendiri, yang boleh disimpulkan bahawa setiap kewujudan mempunyai masa yang sangat unik dan kompleks dan tersendiri.
Tidak dinafikan ayat di atas agak berfalsafah bunyinya. Maknanya bukan zahir. Tidak sebagaimana tafsiran biasa. Malah untuk memahaminya aku bertanya terus kepada guru semasa di dalam kelas tersebut.
Roh yang dimaksudkan di atas bukanlah “roh jasad”. Roh memberi satu simbolik bahawa ia misteri dan sukar difahami. Masa yang dimaksudkan pada ayat tersebut juga buka masa jam yang biasa kita lihat. Masa yang dimaksudkan adalah masa kerohanian. Dalam konsep “ruang, masa dan tenaga“. Ruang bermaksud saat ini, dan masa bermaksud saat selepas ini. Boleh juga difahami begini, ruang adalah perbuatan dan masa adalah natijah(kesan).
Jadi ayat “Tenaga kerohanian adalah roh dan roh sebenarnya masa ” bermaksud:
Setiap perbuatan (ruang) yang kita buat akan mengwujudkan kesan(masa). Manakala apa,bagaimana dan bila kesan(masa ) itu berlaku hanya Allah yang tahu (roh).
Peka kepada “ruang, masa dan tenaga” menyebabkan aku berhati-hati terhadap tindak tanduk. Malah lebih menakjubkan lagi, niat juga merupakan bentuk tenaga yang luar biasa kesannya (dalam konsep “ruang , masa dan tenga”)
Kerana itu, hati tidak boleh kosong dari zikrullah….bahaya!
Mengapa bahaya?
Bersambung…












”Setiap perbuatan (ruang) yang kita buat akan mengwujudkan kesan(masa). Manakala apa,bagaimana dan bila kesan(masa ) itu berlaku hanya Allah yang tahu (roh)”.
Salam sejahtera Tuan Pemburu Impian.
Sangat berkesan ayat di atas. Saya akan mengingatinya.
Pemburu Impian: Terima kasih atas kunjungan Ustaz Hadi. Bersama kita mengisi ruang dan menikmati masa.