motivasi

Aku terus menyelak ke halaman seterusnya. Hujah-hujah yang dilontarkan oleh penulis segar dan bersahaja. Ia membuat aku tidak mahu berenggang dengan buku itu.

Pada masa dahulu kita terpaksa menaiki tangga untuk sampai ke tingkat-tingkat atas bangunan. Ini adalah satu kerja yang berat (menaiki tangga). Maka sekarang kita mempunyai kemudahan lif yang dapat membawa kita naik ke tingkat teratas pada waktu yang lebih singkat dan penggunaan tenaga yang minimum.

Pada masa dahulu kita pergi ke suatu tempat dengan berjalan kaki. Sekarang kita menaiki kereta, kapal terbang dan pengangkutan-pengangkutan lain yang moden dengan penggunaan tenaga dan masa yang minimum.

Namun setiap kali manusia melihat kepada kemajuan ini mereka pula menyembah dunia.

Allah SWT menyebut tentang hikmah di sebalik Dia menciptakan makhlukNya. DiberitahuNya bahawa hidup ini adalah tempat untuk ujian kepda kita supaya kita membuktikan bahawa kita melakukan ketaatan, ibadat dan beriltizam dengan peraturan Allah dengan sebaik-baiknya.

Bila menyebut tentang perkataan ujian ini aku teringatkan perbualan dengan Dr. Jaffry sebentar tadi.

“Tertib menerima ujian adalah Tawakal kemudian ikhtiar dan bukan sebaliknya….”

Aku berkongsi dengan isteriku berkenaan ilmu baru ini.

“Iya ke bang..? yang biasa kita dengar Ikhtiar, doa,  kemudian tawakal…”

“Benar, itulah sunnah…cuba Ani baca dan kaji hadis bagaimana kisah Nabi dan para sahabat berhadapan dengan ujian…” Sambungku

“Kalau nak lebih faham lagi, cuba amalkan sunnah. Maksudnya, bila Ani ditimpa musibah atau ujian, segera ambil air sembahyang, solat hajat dua rakaat, kemudian mohon pada Allah jalan keluar…dan perhatikanlah bagaimana hebatnya Allah menyelesaikan musibah/masalah itu dengan cara yang tidak terfikir oleh akal kita…” Sambungku lagi

“Musibah dan ujian berlaku pada setiap ruang dan keadaan. Menyelesaikan ujian dengan pertimbangan sunnah pasti dan pasti ada kejayaan…” Kataku sambil menutup kueh raya dan seraya bangun dari meja makan di dapur.

Jam menghampiri pukul 1 pagi…

4 Comments

  • rokiah

    Peringatan yang bermanfaat. InsyaAllah akan mempraktikkannya.Manusia selalu lupa & lalai.Terima kasih atas peringatan di dalam entri ini.Nak ambil kesempatan nak ucapkan ‘Selamat Hari Raya’ buat anda dan keluarga. Wasalaam.

    Pemburu Impian: Terima kasih atas kunjungan cik puan rokiah. Selamat Hari Raya juga kepada cik puan rokiah dan keluarga tercinta.

  • Hadi Rofiee

    Salam Tuan PI.

    “Tertib menerima ujian adalah Tawakal kemudian ikhtiar dan bukan sebaliknya….”

    Petikan di atas sangat menarik perhatian.. Berlainan sekali dgn apa yg sering kita dengar.

    Sedikit persoalan: adakah ia bermaksud kita perlu berdoa dahulu & kemudian berusaha?

    T/kasih Tuan PI. Semoga dpt berkongsi pengetahuan. :-)

    Pemburu Impian: Terima kasih atas kunjungan ustaz Hadi. Benar, bersabar dan tidak panik menyebabkan hati menjadi hening. Lalu bila diserah pada Allah (tawakal), terbitlah ilham (untuk beriktiar dalam pertimbangan sunnah).

  • Hadi Rofiee

    …”bersabar dan tidak panik menyebabkan hati menjadi hening”.

    Saya suka ayat di atas.. kdg2 saya seringkali menjadi panik dlm bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.

    Ya Allah.. seperti segala tindak tanduk sebelum ini tidak bergantung kepadaNYA terlebih dahulu.

    T/kasih Tuan PI.

    Pemburu Impian: Terima kasih atas kunjungan kerap Ustaz Hadi. Benar, keheningan hati, sering berhasil menerbitkan idea bertindak yang rasional. Tentunya ilham dariNya

  • Ain Lam Mim

    slm tn yg mulia,
    alhamdulillah, syukran atas pembetulan kebiasaan amalan yg silap kita praktikkan. apa yg saya dapat fahami dari tawakal kemudian ikhtiar ini ialah; jika kita ikhtiar dulu iaitu terus membuat apa yg kita FIKIR patut dilakukan, seolah-olah kita berasa diri kita ini telah pandai @ lebih tahu pasal sesuatu hal. hikmah dgn bertawakal terlebih dahulu lebih baik kerana ia menunjukkan kita mengakui dgn kesilapan (sebab itu diberikan ujian @ musibah) dan memohon petunjuk daripadaNya, wallahulam… :)

    Pemburu Impian: Terima kasih atas kunjungan dan komentar Tuan. Semoga dengan izinNya dapat sama-sama kita amalkan.

Leave a Reply

CommentLuv badge