Matahari agak terik. Azan Zuhur selesai dilaungkan. Aku parkir kereta di tempat biasa, di luar pagar Masjid Ar-Raudah TUDM Gong Kedak.
” Eh, apa makcik buat di sini, panas makcik….” Tegurku pada seorang makcik yang bersimpuh di bucu pintu gate masuk ke masjid itu.
“Makcik nak jumpa imam masjid” Jawabnya perlahan
“Makcik datang dengan siapa” Tanyaku lagi
“Ada teksi hantar tadi”
Aku perhatikan makcik tua itu. Makcik tidak berselipar. Kulitnya gelap. Menyerlahkan lagi kesusahannya. Tangan kanannya menggenggam tongkat berkaki empat. Kelihatan susah benar apabila hendak bangun dan berjalan. Aku memimpin tangan makcik.
“Kita masuk masuk masjid dulu ya makcik, Imam sedang solat tu. Makcik solat dulu, insyaAllah nanti Allah bantu” Sambungku sambil memimpin tangan makcik masuk ke dalam masjid.
Bila aku menyertai imam sudah sampai ke raakat terakhir. Selesai berdoa, aku meluru ke arah ruang solat wanita.
“Makcik sudah solat?” Tanyaku
“Sudah”
“Lepas ini makcik nak ke mana?”
Aku perhatikan makcik dengan teliti. Kelihatan makcik ini seperti tidak mahu menyusahkan sesiapa. Namun hati kecilku seolah berbisik agar terus bertanya.
“Makcik ambil ini ya, hadiah dari saya…..makcik nak ke mana lepas ini.?.. InsyaAllah saya boleh tolong hantarkan”
Makcik mengeluarkan satu kertas kuning yang tertera alamat ‘Pusat Urusan Zakat, Jerteh’. Hatiku luruh bila membaca alamat itu. Apatah lagi bila makcik mula membahasakan dirinya “mak” dan memanggilku “Anak”. Ternyata makcik ini benar-benar memerlukan bantuan.
“Makcik tunggu di sini ya, saya akan bawa kereta ke mari. Kita pergi ke sana” Pujukku
Tiba di pejabat itu. Aku memaklumkan hal makcik itu kepada pegawai terbabit. Malangya nama makcik tiada di dalam senarai khabarnya. Bermakna, makcik tidak dapat apa yang diharapkannya. Mujur salah seorang pegawai yang berhati mulia itu, menghulurkan bantuan peribadinya, beserta sekampit beras.
“Saya hantar makcik pulang ya? Atau makcik mahu ke mana-mana lagi, saya boleh hantar”
Aku membawa makcik itu pulang ke rumah. Makcik ini tinggal berseorangan. Aku meletakkan sekampit beras tadi, di sebelah pintu masuk. Aku mohon pergi, namun makcik bersungguh-sunguh mahu agar aku menunggu sebentar. Aku dapat rasakan makcik ingin memberikan sesuatu. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu menerimanya, namun bimbang makcik kecil hati pula. Akhirnya aku akur, agak lama aku menunggu di luar rumah itu.
Kemudian makcik keluar membawa bungkusan makanan yang berisi kueh raya dan keropok.
“Oh! makcik..tidak perlu susah-susah, saya memang patut membantu makcik. Tidak perlu balas begini makcik” balasku
Tapi makcik berkeras mahu aku menerimanya juga. Aku terpaksa mengambilnya dengan hati yang agak berat.
***********************
“Dan kueh raya yang sedang tuan-tuan makan ini adalah pemberian dari makcik itu. Pernahkah tuan terfikir akan rezeki ini? Tidak terlintas langsung kan? Beginilah halnya dengan gagasan kita ini. Kita tidak tahu apakah natijah atau hasilnya. Namun percayalah, dengan kerja berjemaah dan niat yang benar, pasti dan pasti akan hadir bantuan dari Allah. Apa, bila dan bagaimana bantuan itu akan tiba hanya Allah yang tahu. Tugas kita sekadar melakukan apa yang terdaya kita buat” Kataku kepada rakan-rakan pada mesyuarat sulung malam tadi.
“Kita cari dulu lokasi cadangan 4 unit lot kedai untuk mendirikan Bazaar Halalan Toyyiba, sebagaimana yang diminta oleh Dato’, kemudian kita set up organisasi….” Kataku bila diminta buah fikiran oleh Tuan Amir.
Aku sendiri tidak tahu bagaimana kesudahan skrip ini. Aku dilantik sebagai timbalan amir wilayah Kelantan gagasan Amalan kesogehan oleh Dato’ Dr. Rusly. Aku rasakan memang tidak layak sungguh. Namun memandangkan itu pilihan Allah, aku sedaya upaya berfikir positif dan cuba menyemarakkan semangat yang sama kepada rakan-rakan.
******************
Aku menyambung bacaan buku “Berakhirnya usia dunia” cetusan minda Syeikh Muhammad Mutawalli Al-Sya’rawi
Untuk melayakkan anda mendapat kurniaan uluhiyah/ketuhanan maka anda mesti berusaha keras dan beramal dengan amalan-amalan soleh semasa di dunia. Anda hendaklah mengikuti pedoman manhaj Allah /methode Allah untuk membolehkan anda berehat sambil mengecapi kenikmatan-kenikmatan yagn disediakan oleh Allah di akhirat.
Seletih mana pun anda di dunia ini atau sebanyak mana pun nikmat yang anda kecapi, maka anda tidak dapat lari daripada kehilangan keletihan dan nikmat itu dengan sebab mati, atau kekurangan nikmat tersebut. Akan tetapi di akhirat nanti, Allah menjadikan kenikmatan-kenikmatan itu kekal abadi jika anda sanggup melalui keletihan -keletihan beramal dengan manhaj_Nya semasa di dunia.
Secara ringkas, kami mengatakan: Manhaj/methode keimanan menuntut setiap orang semakin meningkat pencapaian ilmunya agar semakin meningkat pula iman dan khusyuknya kepada Allah. Kita wajib menyandarkan segala sesuatu yang ada di alam maya ini kepada Penciptanya iaitu Allah SWT.
Kita wajib tahu bahawa tidak mungkin kita mencapai kemajuan atau meningkat taraf hidup di dunia ini melainkan kerana Allah telah menyediakan segala rahsia dan peraturan di alam ini yang boleh diterokai.












Salam Fathuri. Rasanya hati saya pun terusik bila membaca kisah tuan dengan makcik tua itu. Dan saya rasa tuan telah melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan sempurna. Saya pernah alami situasi yang sama tapi bukan seorang makcik tapi seorang lelaki. Saya keliru adakah dia seorang penipu atau benar-benar susah. Akhirnya saya terus meninggalkan lelaki tersebut. Sejak peristiwa itu saya rasa sangat ralat dan berjanji tidak sepatutnya berfikir yang bukan-bukan kerana Allah telah memilih kita sebenarnya untuk membantu dia. Bermakna Allah memang nak bagi pahala free pada kita.
Pemburu Impian: Terima kasih atas kunjungan tuan. Membaca komen tuan , teringat kata guruku ” U bawa 2 perkara ini dalam hidup U , InsyaAllah selamat. 1) Utamakan agama dalam apa keadaan 2) Selalu bersangka baik. Selamat menyambut Aidil Fitri saya ucapkan kepada tuan & family.
Salam sejahtera.
Seronok baca pandangan drpd saudara ‘Motivasi Kerja’ dan maklum balas drpd Tuan Pemburu Impian. Seperti saya sedang berusrah & bertukar2 pandangan dgn kalian.
T/kasih byk2 kerana blog ini sentiasa mematangkan fikiran saya.
Pemburu Impian: Terima kasih atas kunjungan Ustaz Hadi. Saudara motivasi kerja mempunyai pendidikan formal dan suasana sebenar dunia motivasi. Ustaz boleh berkunjung ke blog beliau untuk dapatkan lebih banyak artikel-artikel yang bermanfaat.
Salam manis and ceriaaa..
Saya dah baca and faham .
Hati makcik tuh sama seperti hati2 manusia yang tahu mengenang budi . Walau susah or dlm kepayahan . Budi tuan mahu dibalasnya . Cuma bentuk dan suasana adalah berbeza mengikut kemampuanya .
Salam Ramadhan and Selamat menyambut Aidilfitri .
.-= LiNda´s last blog ..Minda separuh sedar kat kampung ! =-.
Pemburu Impian. Terima kasih atas kunjungan dan komentar Puan Linda. Blog puan sungguh ramai peminatnya. Tahniah!Salam manis dan ceria…juga selamat menyambut hari lebaran bersama family tercinta.
slm tn yg mulia,
alhamdulillah, syukran atas perkongsian pengalaman tuan. moga menjadi ikutan kita semua, Insya Allah…
Teringat pepatah Melayu: Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Sesuai sangat rasanya dengan artikel ini…
Pemburu Impian: Terima kasih atas kunjungan dan komentar Tuan. Begitulah adanya tuan..