motivasi

bersilaturrahim1img02537-20100710-18061

Perkara pertama yang menentukan perasaan anda adalah fisiologi anda. Saya mendifisinasikan fisiologi secara umum iaitu keadaan dan kegunaan tubuh fizikal kita. Keadaan tubuh anda mempunyai impak langsung pada perasaan anda. Adakah anda berasa berbeza apabila tubuh anda sedang berehat dan sedang aktif? Sudah tentu.

Apabila tubuh anda mendapat rehat yang mencukupi, anda berasa bertenaga dan mempu melakukan banyak kerja. Tetapi apabila anda tidak dapat tidur semalaman, tentu otot-otot anda terasa sakit. Keadaan ini menyebabkan anda berasa letih, bosan dan kecewa. Inilah mengapa kita perlu menjaga tubuh badan kita melalui senaman dan pemakanan sihat.

Orang-orang yang berjaya, daripada presiden sehinggalah penyanyi mampu secara konsisten berada dalam keadaan yang baik kerana tubuh badan mereka sentiasa sihat melalui senaman yang komprehensif.(Master Your Mind. Design Your Destiny/163 )

Nota:

Kembara memburu impian mencipta RM1 juta dalam tempoh 24 bulan masuk hari ke 208

Gambar: Petang semalam (hampri Maghrib) pintu rumah diketuk dengan agak kuat berkali-kali. Terkejut bila dibuka rupa-rupanya Mr Vitali datang berziarah.  Lebih terharu lagi, anak-anaknya Kacha dan Kasya yang comel itu turut mengirimkan kenang-kenangan., iaitu lukisan dan kraftangan yang dihasilkannya sendiri. Mr. Vitali sudah pulang ke Rusia setahun yang lepas, dan beberapa hari lepas datang semula ke KL atas urusan kerja. Namun sempat pula singgah ke Gong Kedak untuk berziarah dan bertanya khabar. Mr Vitali adalah jurutera jet pejuang sukhoi yang dibeli oleh TUDM. Mengenangkan peristiwa ini hatiku terusik dan terkenangkan hadis Rasullullah s.a.w berkenaan pentingnya silaturrahim. Apatah lagi mengeratkan silaturahim dengan darah daging sendiri.

Leave a Reply

CommentLuv badge