motivasi

Malam tadi Abu Bakar meragam lagi. Lampin sudah ditukar dan susu sudah diberi, namun Abu Bakar masih terus menangis dan hanya berhenti setelah didukung. Jam sudah menunjuk ke angka 11 malam. Hari Ahad adalah hari bekerja di sini, Terengganu.

“Ani bergilah tidur di bilik sebelah. Esok Ani nak memandu ke sekolah di awal pagi. Abang bimbang nanti Ani mengantuk tak cukup tidur. Abu Bakar biar abang yang urus….”

Jam sudah menunjuk ke angka 1.25 pagi. Abu Bakar masih mahu terus didukung, pantang diletak terus menangis. Aku juga sudah keletihan mendukung Abu Bakar yang beratnya sudah mencecah 6kg. Hari ini umurnya genap 65 hari. Puas aku mendodoinya dengan selawat dan bacaan al-Quran, akhirnya Abu Bakar terlena juga.

Aku ulangi melumur minyak disekitar pusat dan hujung jari-jari kakinya. Kemudian aku selimuti dan tudung dengan kelambu. Jam sudah menghampiri jam 2.00 pagi. Aku mengambil wuduk dan memburu impian membaca beberapa surah yang sepatutnya diselesaikan selepas Isya’ tadi.

Ketika berbaring aku teringat pesan cikgu Kasim di masjid beberapa hari lepas,

“Fathuri, elok diamal berzikir kalimah “Lailahaillallah” semasa sedang berbaring. Berzikirlah sehingga terlelap….”

Aku setuju dengan pesanan istimewa itu, berzikir adalah amalan paling ringan pada lidah namun  berat pada timbangan(ganjaran) .

“Andai tujuh petala langit dan bumi diletak disebelah timbangan, manakala satu bacaan kalimah “lailahaillallah”  diletakkan di sebelah lagi, nescaya lebih beratlah timbangan ganjaran pahala satu kalimah itu…” Ayat ini pernah aku terbaca dari sebuah buku hadis.

Atas, alasan itu aku ingin memburu impian yang ini

***********************

Jam 4.30 pagi aku tersentak. Namun terlalu berat untuk membuka mata. Akhirnya setelah bertarung dengan emosi aku berjaya bangkit jam 5.00 pagi. Bergegas ke bilik air…

Alhamdulillah, beberapa impian berjaya dicapai…

**************************

Menghantar Abu Bakar ke rumah pengasuh seawal 6:45 pagi, membuat semangatku membara untuk lebih cepat berfikir dan tangkas bertindak.

“Rutin ini mesti diputuskan segera….Ya Allah, mudahkanlah semua urusan hari ini dan hari-hari mendatang…Amin,amin,amin..”

..dan aku juga perlu bersiap-siap memulakan kerja.

5 Comments

  • khairolghani

    satu pengalaman berharga buat seorang ayah.InsyaAllah akan dilalui juga satu hari nanti..

    Pemburu Impian: Terima kasih atas kunjugan tuan, insyaAllah akan tiba masanya..

  • zik

    Alhamdulillah.. bagusnya..

    Pemburu Impian: Terima kasih tuan kerana berkunjung ke mari. Singgah lagi ya, dan mohon berkongsi pengalaman dan ilmu dengan kami, komuniti pemburu impian.

  • man

    insya’Allah…semoga dipermudahkan…amin.

    Pemburu Impian: Amin,amin, amin.

  • Siti Fatimah Ahmad

    Assalaamu’alaikum

    Membaca kisah tangisan ABAS (Abu Bakar Al-Siddiq) – mohon bunda guna nama singkatan ini untuk si gagah itu – menjadikan bunda ingin berkongsi sedikit pengalaman. Cara ini perlukan kesabaran sehingga menjadi kebiasaan kepada bayi.

    Menurut bunda cara Fathuri dan Ani menangani tangisan dan tidur ABAS harus dibuat pengubahsuaian. Bayi biasanya membuat jadual tidur dan main sendiri tanpa tahu apa yang dia lakukan. Ikut suka dia sahaja. Oleh itu, jika tidak betul kedudukan harinya, sikap meragam akan berterusan kecuali ibu bapa yang harus menjadualkannya. Setiap bayi ragamannya tidak sama. Mungkin nasihat dan pengalaman bonda bebeza tetapi kelihatannya sama sahaja seperti apa yang ditulis oleh Fathuri.

    Begini, berdasarkan coretan Fathuri, bunda dapati tabiat mendukung bayi menjadikan bayi itu manja (terbiasa) dengan cara tersebut,. Kalau menangis, terus angkat dan dukung. Hal ini membiasakan bayi dan menyusahkan ibu bapa.

    Masalah ini memang lazim berlaku apabila anak yang sudah tidur dipindahkan ke tempat tidurnya. Anak pasti akan tersentak dan terjaga. Tepuk-tepuklah belakang badannya untuk menenangkannya dan jangan terus tinggalkannya bersendirian di katilnya. Jika Abas menangis, teruskan mendodoinya dan jangan diangkatnya (didukung) kembali, kerana jika Fathuri berbuat begitu, Abas akan mengulangi perlakuannya yang sama setiap kali waktu tidur.

    Sebaiknya, jangan mulakan tidur bayi dengan mendukungnya. Tidurkan terus di atas katil. Kuatkan pegangan pada badannya kalau dia meronta (kuat semangat untuk mengatasi belas ihsan ketika ini – tujuan untuk membiasakan bayi) sambil dodoikan dengan alunan ayat Quran, zikir dan sebagainya. jangan sekali-kali diangkat. Pertama kali memang sukar. setelah biasa, bunda pasti Fathuri dan Ani akan mudah menidurkan ABAS nanti selepas itu.

    Salam mesra dari bunda di Sarikei, Sarawak.
    .-= Siti Fatimah Ahmad´s last blog ..WANITA IDAMAN LELAKI =-.

    Pemburu Impian: Benar. Petikan ayat bunda yang ini adalah fakta, “Sebaiknya, jangan mulakan tidur bayi dengan mendukungnya. Tidurkan terus di atas katil. Kuatkan pegangan pada badannya kalau dia meronta (kuat semangat untuk mengatasi belas ihsan ketika ini – tujuan untuk membiasakan bayi) sambil dodoikan dengan alunan ayat Quran, zikir dan sebagainya. jangan sekali-kali diangkat. Pertama kali memang sukar. setelah biasa, bunda pasti Fathuri dan Ani akan mudah menidurkan ABAS nanti selepas itu..

    Kasih Si Ibu yang berpisah setengah hari kerana pergi bekerja membuat hatinya meronta-ronta ingin memanjakannya. Mendukung si bayi walau tidak menangis,memang memula satu tabiat. Akhirnya si ayah harus menjadi kreatif menyelesaikan masalah.

    Terima kasih bunda. InsyaAllah pasti di amal. Mohon berkongsi lagi ilmu-ilmu keibubapaan ini kepada kami.

  • ibnujusup

    amin… :-) moga dimudahkan urusan harini bro…..
    sy kdg2 ade masalah dengan konsistensi…
    masih cuba u terus kekal konsisten dlm blogging dan business..

    anyway, thanx lawat blogku…
    bace blog bro, dapat tenangkan sikit pikiran yg kdg2 kusut ni…
    teruskan memberi bro..

    Pemburu Impian: Terima kasih atas kunjungan. Mohon singgah lagi dan semoga dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan kami.

Leave a Reply

CommentLuv badge