Pagi 31 Ogos itu, aku bersama Hj Nasir iktiqaf di Masjid Ar-Raudah. Bermuzakarah pelbagai hal, hingga masuk waktu dhuha..

Pulang ke rumah, aku menyambung kerja-kerja mengemas barang-barang untuk dipindahkan ke rumah itu. Sedang mengemas ternampak satu buku karangan Al-Marhum Syeikh Muhammad Mutawalli Al-Sya’rawi, seorang ulama dan pendakwah tersohor dari Mesir.

Manusia dan Elemen Bumi

Allah SWT menciptakan Adam a.s daripada elemen bumi(tanah). Analisa sains akhir-akhir ini menunjukkan bahawa tubuh manusia mengandungi beberapa elemen yang sama dengan elemen yang terdapat di dalam bumi.


Begitulah kita melihat bagaimana sains menemukan apa yang telahpun diterangkan oleh Al-Quran sejak empat belas kurun yang lampau.


Setelah Allah menyempurnakan kejadian Adam a.s dengan tanganNya, lalu ditiupkan roh ke dalam tubuh Adam a.s lalu kehidupan pun masuk ke dalam jasad. Setelah itu diciptakan pula Hawa daripada Adam a.s atau  daripada tulang rusuknya.


Jasad material ini Allah biarkan supaya manusia akan menemui undang-undangnya apabila berlalunya masa berdasarkan setakat mana ilmu pengetahuan yang dikurniakan kepada mereka. Tetapi tentang roh, Allah jadikannya sebagai rahsia yang tertutup daripada pengetahuan manusia dimana manusia tidak akan dapat sampai kepadanya.


Semua kajian yang berkaitan dengan roh adalah kerja sia-sia, kerana ia adalah rahsia yang tidak akan ditemui oleh manusia. Anda tidak akan berupaya untuk membawa roh ke makmal dan membuat uji kaji untuk mengetahui undang-undang tentangnya.


Memang manusia pernah mencuba dan sampai kini pun mereka masih mencuba untuk mengetahui serba sedikit tentang roh. Seorang saintis Switzerland pernah membuat ujikaji dengan meletakkan seorang manusia yang sedang nazak (hendak mati) di atas katil yang disambungkan dengan penimbang yang sangat halus dan terperinci….

Bersambung…

Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   No Comments  

Selepas solat subuh kelihatan Mawi sedang memakai kasut di tangga serambi masjid.

“Wah, awal sampai tuan, pukul berapa bertolak dari Kuala Terengganu?” Sapaku

“4:30 pagi tadi tuan, lepas tahajud, sahur terus pecut ke mari” Balas Mawi

“Ehem…kalau macam ini hari-hari boleh jumpa malam Lailatul Qadr, maklumlah 4:30 sudah memandu..” Gurauku

“InsyaAllah tuan, malam ini malam 21, malam ganjil,jom  kita iktiqaf…? Ajak Mawi

“InsyaAllah…”

Aku segera menuju ke kereta untuk pulang ke rumah. Pada masa ini isteriku lazimnya sedang bersiap untuk ke sekolah. Jam 6:30 pagi harus bertolak  agar boleh sampai di sana sebelum jam 7:30 pagi.

Manakala aku pula akan menyiapkan keperluan Si Abu Bakar untuk dihantar ke rumah pengasuhnya. Jam 7.00 pagi biasanya sudah tiba di sana.

Sejak dua minggu lepas, warga rusia di apartmen ini sudah menghantar pulang anak dan isteri masing-masing. Fasa pertama akan dijangka pulang pada 5/10/2010 manakala bakinya pada hujung bulan tersebut. Banyak kerja-kerja yang perlu disiapkan. Urusan penyerahan bangunan kepada pihak TUDM memerlukan perhatian khusus. Projek penempatan warranty team  (Rusia) dek pembelian Jet Sukhoi itu akan tamat Oktober ini.

Pada masa yang sama ladang kenaf sudah mula di tuai. Ladang seluas 100 hektar itu harus diselesaikan sebelum musim tengkujuh tiba.

Dua hari lepas, Dato’ majikan menelefonku. Dari perbualan itu, semacam aku juga mempunyai peranan terus terhadap projek terbaru itu. Malah Opening Ceremony dikhabarkan pada 10/10/2010. Sudah tentu kerja-kerja  setting resort itu perlu pantas dan tepat.

Pada masa yang sama aku juga perlu memantau projek di UiTM Machang.

Urusan membaik pulih rumah itu juga sedang berjalan. Kerja-kerja pindah rumah juga menuntut masa yang bukan sedikit.

“Barangkali situasi begini yang dirasakan masa 24 jam seolah tidak cukup..” Bisikku

Lalu aku teringatkan kepada kata-kata Dr. Jeffry pada kelas modul 1 RTE (Revolusi Teknologi Energi)

“Apabila kita menjaga masa kerohanian, kita akan dapat mengawal masa alam nyata. Apakah itu masa kerohanian? Masa kerohanian adalah masa peribadi kita bersama Allah. Jika tidak kita akan dapati masa begitu cepat berlalu.”

“Bagaimana kaedah untuk mengawal masa kerohanian” Soalku minta penjelasan

“Peruntukkan masa untuk beribadat kepada Allah” Jawab Dr Jeffry

Benar, kadang-kadang masa itu terasa begitu cepat berlalu…namun pada masa lain, dengan masa yang sama (24 jam) pelbagai aktiviti berjaya disempurnakan. Bila mendahulukan Allah dalam setiap masa dan keadaan, semua urusan selepasnya pasti dan pasti akan mendapat pertolongan dariNya. Aku percaya pengalaman begini ramai yang pernah merasainya.

Aku menyelak halaman seterusnya nota modul satu itu,

RTE percaya bahawa ilmu sebenarnya telah berada di dalam tubuh manusia (khusu dalam sel). Ilmu sebenarnya adalah tenaga yang tersimpan di dalam nukleus sel, manakala sel itu sendiri adalah menjadi ruangan atau “sak” kepada ilmu.


Oleh yang demikian, sel secara faktanya adalah mengandungi tenaga. Sifat-sifat nukleus adalah bercas positif manakala ruangan sek bercas negatif. Secara semulajadinya, cas-cas positif dan cas -cas negatif dengan kadar julat yang rendah boleh dikesan ketika matahari terbit, manakala cas-cas dengan julat yang tinggi boleh dikesan ketika terbenamnya matahari.


Individu yang sihat mempunyai cas-cas yang seimbang di dalam tubuhnya. Keseimbangan cas positif ini dipanggil pertimbangan sunnah “keabadian cas dan tenaga”. Apabila tiada pertimbangan sunnah keabadian cas positif dan negatif maka penyakit akan mula atau muncul di dalam tubuh. Bermakna sel tidak menuruti hidayah pertimbangan sunnah keabadian cas dan tenaga.


Sepatutnya, jika nukleus mempunyai sedikit cas positif, pesakit akan mengalami penyakit fizikal, sebaliknya jika sel itu mempunyai sedikit cas negatif, pesakit akan mengalami penyakit spiritual, emosional dan mental.


Justeru itu tanggungjawab dan tugasan RTE di dalam perawatannya iaitu menyeimbangkan kedua-dua cas positif dan negatif mengikut hidayah pertimbangan sunnahNya kepada sistem sel tubuh itu sendiri.

Beberapa hari lepas, isteriku mengadu sakit pinggang. Khabarnya sakit yang amat sangat sehingga minta diurut. Aku mencuba ilmu asas yang dipelajari, iaitu teori “tenaga tidak boleh dimusnahkan namun boleh dipindah atau diubah.” Aku juga memahami  “niat” mempunyai tenaga/energi yang hebat. Lalu dengan menggunakan tapak tangan (tanpa menyentuh kulit) aku scan dan memindah energi . Aku melakukannya secara bersahaja. Tidakpun dalam mood merawat Hanya dalam beberapa minit isteriku mengatakan sakitnya sudah hilang.

Isteriku teruja dan kagum dengan teknik rawatan begitu. Pada masa yang sama aku juga masih tertanya-tanya , bagaimana ia berlaku begitu pantas? Sebenarnya aku yang lebih teruja atas pengalaman itu. Semasa proses scan dan memindah energi aku dapat rasakan satu haba panas di kawasan yang dikatakan sakit dan sejuk pada kawasan selainnya.

Bersambung…

Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   4 Comments  

Jam menunjuk ke angka 4.30 pagi. Aku bingkas bangun. Mandi dan segera berpakaian. Kemudian menuju ke dapur, meminum seteguk air dengan niat bersahur.

Aku membuka pintu depan dan terus menuju ke kereta. Suasana hening. Menara masjid yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah masih gelap. Aku memandu perlahan.

Malam ini malam ke 19 . Aku perlu berlatih untuk memburu impian menemui malam Lailatul Qadr . Target untuk beriktiqaf di masjid ini sepanjang 10 malam terakhir sebagaimana tahun lepas.

Tiba di perkarangan masjid, senyap sunyi tiada satu kenderaan pun.

“Eh, mana cikgu Yusuf, Pakcik Hamid…? Bisik hatiku

“Boleh jadi mereka sudah pulang bersahur. Maklumlah mereka cukup istiqamah iktiqaf di masjid setiap malam jumaat sebelum Ramadhan lagi. Hanya aku yang belum mampu mengikut rentak mereka…iman masih lemah.” Bisikku sendirian

Terasa juga seramnya bersendirian di ruangan yang besar itu. Di tambah lagi, bilik mandi mayat  hanya beberapa meter dari sudut kegemaranku. Aku buka pintu utama luas-luas, jadi cahaya lampu jalan dapat tembus ke dalam masjid. Rasa lega sedikit…

************

Aku membuka halaman seterusnya nota modul satu,

Di dalam tertib hukum pertimbangan sunnah, sesorang pesakit yang dalam keadaan hening, muhasabah diri, sabar dan redha akan berlaku cepat proses penyembuhannya, kerana dengan cara beginilah akan mewujudkan frekuensi otak yang rendah juga mempercepatkan dan melancarkan proses penghantaran dan penerimaan isyaraat di dalam sistem tubuh.

Bersambung…

Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   No Comments  

” Ani minta beli yang kecil, abang beli yang besar…” Rungut isteriku

“Bezanya cuma RM2 ringgit sahaja. yang kecil harganya Rm18 sedang yang besar RM20. Jadi abang fikir lebih untung beli yang besar” Balasku

“..yang kecil rasanya manis bang, yang besar lain…” Rungut isteriku lagi, tidak puas hati.

” Dalam konsep hukum tenaga, bila Ani terus bercakap begini akan mengwujudkan tenaga termodinamik(Tenaga haba), dan bila abang terus berbantahan, juga akan mengwujudkan tenaga yang sama. Dapatkah dibayangkan natijah bila kedua-dua tenaga haba ini menjadi semakin panas…? Kataku dengan suara mendatar, rendah.

Isteriku diam, dan aku menyambung lagi,

“Ani sudah fahamkan, bahawa tiada sesuatupun yang boleh berlaku tanpa keizinan Allah. Ani mengharapkan ayam golek yang kecil, rasanya manis dan itulah selera Ani. Namun bila Allah memberi rezeki yang tidak sesuai dengan citarasa Ani, patutkah kita merungut…?

Isteriku mula sedar,

” Dalam pertimbangan sunnah, bagaimanakah  adab Rasulullah s.a.w terhadap makanan? Bila Nabi suka akan sesuatu makanan itu, nabi bersyukur dan bila Nabi tidak suka  terhadap sesuatu makanan itu,  nabi tidak memakannya tanpa disusuli  dengan sebarang kata-kata rungutan..”

“Hidup orang beriman ini cuma berada dalam dua keadaan. Syukur bila mendapat nikmat, dan sabar bila sebaliknya. Rasa-rasanya sekarang ini kita berada dalam keadaan syukur atau sabar? Tanyaku kepada isteri dengan sedikit senyuman menduga.

“Alhamdulillah, syukur bang…dan sabarpun iya juga…” Jawab isteriku tergelak.

“Jangan bimbang, Allah sudah berjanji, siapa yang bersyukur nescaya akan ditambah lagi nikmatNya….insyaAllah akan ada rezeki Ani makan ayam golek yang kecil dan manis itu…” Kataku menutup bicara.

Aku menyambung lagi membaca nota modul satu.

“Setiap kejadiaan Allah semuanya memberi manfaat kepada semua makhlukNya dalam apa jua bentuk masa dan keadaannya. Oleh kerana setiap kewujudan adalah dalam bentuk jisim, maka setiap jisim juga mempunyai tenaga kerohaniannya sendiri.


“Tenaga kerohanian adalah “Roh” dan “Roh” sebenarnya adalah “Masa” itu sendiri, yang boleh disimpulkan bahawa setiap kewujudan mempunyai masa yang sangat unik dan kompleks dan tersendiri.

Tidak dinafikan ayat di atas agak berfalsafah bunyinya. Maknanya bukan zahir. Tidak sebagaimana tafsiran biasa. Malah untuk memahaminya aku  bertanya terus kepada guru semasa di dalam kelas tersebut.

Roh yang dimaksudkan di atas bukanlah “roh jasad”. Roh memberi satu simbolik bahawa ia misteri dan sukar difahami. Masa yang dimaksudkan pada ayat tersebut juga buka masa jam yang biasa kita lihat. Masa yang dimaksudkan adalah masa kerohanian. Dalam  konsep “ruang, masa dan tenaga“. Ruang bermaksud saat ini, dan masa bermaksud saat selepas ini. Boleh juga difahami begini, ruang adalah perbuatan dan masa adalah natijah(kesan).

Jadi ayat “Tenaga kerohanian adalah roh dan roh sebenarnya masa ” bermaksud:

Setiap perbuatan (ruang) yang kita buat akan mengwujudkan kesan(masa). Manakala apa,bagaimana dan bila kesan(masa ) itu berlaku hanya Allah yang tahu (roh).

Peka kepada “ruang, masa dan tenaga” menyebabkan aku berhati-hati terhadap tindak tanduk. Malah lebih menakjubkan lagi, niat juga merupakan bentuk tenaga yang luar biasa kesannya (dalam konsep “ruang , masa dan tenga”)

Kerana itu, hati tidak boleh kosong dari zikrullah….bahaya!

Mengapa bahaya?

Bersambung…

Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   1 Comment  

Sepanjang pagi tadi membersihkan halaman dan persekitaran rumah itu. Tempat tinggal untuk memburu impian seterusnya. InsyaAllah rancangannya akan mula memindah barang pada ahad depan 5/9/2010.

Pulang ke rumah sudah kehabisan tenaga. Letih bukan main…

Bila berdiri semasa rakaat ke 4 solat Terawih sudah terdetik untuk pulang dan menyambung di rumah. Tiba-tiba pakcik Man di saf paling hadapan berundur ke belakang (sambil mengurut-urut betisnya) dan memberi signal agar aku menggantikan tempatnya.

Aku terus berganjak ke hadapan dan menyambung solat sehingga lapan rakaat itu sehingga selesai. Kemudian terus disambung dengan solat sunat witir 3 rakaat.

Semasa sedang menikmati hidangan “moree” hatiku berdetik ,

“Berbagai cara Allah boleh membantu memberi motivasi pada hati untuk terus istiqamah . Melihat gelagat pakcik Man, yang terus istiqamah rakaat demi rakaat menunaikan solat Terawih dengan keadaannya menahan sakit telah mencetuskan motivasi kepadaku agar terus kuat mengerah kudrat untuk menyelesaikan solat Terawih itu secara berjemaah….syukur Alhamdulillah” Bisikku

Aku membuka halaman seterusnya nota modul 1

“Daripada proses penyediaan dan penghalusan molekul sesuatu jisim (formula tenaga), dapat dilihat apabila semakin halus sesuatu formula, maka semakin tinggilah magnitud tenaganya.


Dalam ertikata yang lain, semakin kecil atau sedikit dan halus jisimnya, semakin tinggilah kuasa tenaga atom yang akan dihasilkannya.

Kini aku semakin faham mengapa formula Vitto ini kecil benar…seperti kepala jarum peniti sahaja. Aku juga semakin memahami mengapa dos yang kecil lebih berkesan berbanding dengan dos yang besar. Fakta ini benar-benar menguntungkan pihak pengguna.

Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   No Comments  

“Assalamualaikum Fathuri . Apa khabar tuan hari ini. Harap lebih hening dan takwa.” sms dar Dr. Jaffry

“Waalaikummussalam tuan Dr. Alhamdulillah syukur nikmat. InsyaAllah ke arah itu. Rasa lebih menyayangi anak dan isteri” Balasku

“Gembira saya mendengarnya”

“Alhamdulillah berkat bimbingan tuan Dr.” Balasku lagi

“Saya sekadar mengisi ruang dan masa…”

“..Tuan Dr ibarat formula Vitto. Membawa energi  dan mengisi ruang ” Balasku

“…Mungkin Allah cipta saya umpama lilin..hidup saya untuk sama-sama umat selamat di akhirat dan seterusnya” Balas Dr. Jaffry

“Fathuri di mana?”

“..di taman bersama si Abu Bakar..”

” Peluk kasih sayang saya untuk Abu Bakar semoga ia menjadi insan terpilih Allah untuk menyambung kerja nabi”

“Amin, amin, amin ya Allah…”

Bila ada masa-masa terluang Dr. Jaffry akan menghubungiku melalui sms. Aku pula mengambil kesempatan itu untuk bertanya soalan-soalan berkaitan dengan konsep Ruang, Masa dan Tenaga. Sering juga aku mengambil kesempatan untuk bertanya soalan-soalan yang  lama terpendam berkaitan dengan hidup dan kehidupanku.

Dr. Jaffry akan memberi jawapan yang dikaitkan dengan contoh-contoh perilaku Sahabat. Di tambah lagi dengan hujah sainstifik. Jawapan begitu memang selalu membuat jiwaku puas hati dan termotivasi untuk bertindak.

Satu perkara yang aku perasaan berkenaan Dr. Jaffry adalah sikapnya yang bersahaja bila memberi jawapan. Ia tidak menekankan hal-hal intonasi sebagaimana yang ditekankan oleh ilmu komunikasi moden. Paling ketara kata-katanya selalu ada rasa kasih sayang.

“Ada dua perkara bila kita amalkan sepanjang hidup insyaAllah akan selamat. Pertama utamakan kepentingan agama. Kedua selalu bersangka baik” Terang Dr. Jaffry pada suatu hari

“Di antara perbuatan  Nabi yang sering dipapar pada Hadis adalah menjamu makan dan mengasihi orang lain. Sifat -sifat ini bagus kita tiru. ” Terangnya lagi.

Mengenali, berguru dan bersahabat dengan Dr. Jaffry sedikit demi sedikit telah menukar persepsiku terhadap konsep motivasi . Sebelum ini aku lebih kerap didedah kepada motivasi ala barat.

“Motivasi Barat tidak salah, cuma tidak tepat…” Komen Dr. Jaffry bila ditanya pendapatnya tentang motivasi ala Barat.

Aku membuka lagi nota modul satu.

Revolusi Teknologi Energi/RTE menggunakan konsep pertimbangan sunnah dalam perawatannya. RTE percaya bahawa penyakit bukanlah semata-mata disebabkan oleh aktiviti virus atau bakteria, malah dipengaruhi oleh sebab-sebab metafizik (ghaib, tidak jelas, tidak kelihatan).

Sehubungan itu, RTE dengan konsep sains fizik,berasaskan hukum pertimbangan sunnah ingin mengajak manusia mencari perhubungan di antara dunia(domain) nyata dengan dunia sebenar pertimbangan sunnah (tertib Al-Quran dan Hadis) dalam bentuk rahsia kejadian masa,gelombang tenaga (frekuensi, kepadatan suhu dan tenaga (cahaya, warna dan bunyi).

Kita akan semakin belajar dan semakin melihat bagaimana perhubungan kedua-dua dunia alam nyata dan hukum pertimbangan sunnah adalah saling relatif di antara satu sama lain.


Aku tertarik dengan satu artikel yang dijumpai diinternet berkaitan dengan cahaya.(http://www.kaskus.us/blog.php?b=34390 )

Setiap pergantian waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang bisa diukur melalui perubahan warna (aura) alam. Sebagai contoh, pada waktu SUBUH alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Mereka yang selalu tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki .

Ini karana tenaga alam yaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang pasti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang da waktu) – dalam arti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. diawali azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu dzuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan makanan. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat dzuhurnya berulang-ulang dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu ASHAR di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti . Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya  dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar jasad dan roh seseorang ini terpisah . Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu MAGHRIB, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita selalu dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini sama dengan frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaik nya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu donk.) kerana banyak interference (gangguan) terjadi pada waktu ini yang bisa menipu mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu ISYA’, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem penjagaan otak. Mereka yang selalu ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam istirahat.

Setelah TENGAH MALAM, alam mulai bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ini bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas hal hal yang berkaitan dengan waktu solat dengan warna alam. Manusia hari ini memang telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam seharus nya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana cara menyerap tenaga alam ini.

Ilmu berkaitan cahaya,  ini akan aku pelajari dengan lebih dalam pada modul ke 2 nanti. InsyaAllah pada hujung bulan depan aku harus menghadiri kelas lagi.

Bersambung…



Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   1 Comment  

Cabaran untuk mengamal Sunnah pada zaman mutakhir ini “Ibarat menggenggam bara api…”

Aku menyelak helaian seterusnya,

Melalui pengkajian demi pengkajian fizik sehinggalah masa kini, ramai saintis cuba untuk mencari jawapan kepada teori(medium) kepada segala permasalahan. Sekiranya kita boleh memperolehi teori atau medium kepada segala permasalahan, maka kita boleh menyelesaikan apa sahaja permasalahan dan segala macam perkara.Ringkasnya, teori kepada segalanya boleh dipanggil sebagai “teori kerelatifan unggul


Entiti utama yang diambil sebagai perkiraan bagi segala perbincangan antara fizik klasik dan fizik moden adalah konsep ruang dan masa.

Pada dasarnya, RTE (Revolusi Teknologi Energi) mengambil konsep masa di dalam di dalam konsep fizik moden sebagai konsep perawatannya. Penyembuhan sebenarnya bergantung kepada sikap pesakit itu sendiri, berdisiplin mengambil formula, kekerapannya, kesabaran dan sebagainya.

Aku tertarik dengan idea untuk mencari “teori kerelatifan unggul itu”.

Hati kecilku berbisik,

‘Teori ini tentu wujud. Formula bagaimana menyelesaikan segala permasalahan?. Wah! hebatnya teori ini andai ia boleh ditemui…aku ingin sekali menyumbang fikir dan tenaga untuk mencarinya…”

“Tidak dapat dinafikan, ada lima perkara yang menjadi impian  setiap orang iaitu kejayaan, kekayaan, kesihatan dan kebahagiaan. Apakah wujud teori untuk memiliki semua itu?

Teringat perbualan dengan Dr. Jaffry malam tadi

” Konflik yang saya hadapi sekarang adalah dengan nafsu… iaitu ingin segera mencapai impian, padahal pada masa yang sama saya sudah belajar bahawa masa itu tidak boleh dipercepatkan atau dilambatkan…” Luahku pada Dr Jaffry.

“Benar, sejak saya mengenali  U, memang itu personaliti yang U ada, tidak sabar, gopoh dan cepat panik bila buat kesilapan. Nanti dalam kelas akan datang kita akan belajar tentang bagaimana untuk mengetahui personaliti seseorang. Buat masa ini U makan formula V8 “

“Bolehkah kita menghantar isyarat kepada seseorang yang berada sangat jauh dengan kita?. Untuk mengetahui keadaanya sama ada sihat, sakit , ceria atau sedang dirundung masalah?” Tanyaku lagi

“Boleh, nanti kita akan belajar”

“Bagaimana jika dia tidak mengenali kita, contohnya saya pernah melihat wajahnya hanya melalui majalah” Tanyaku lagi teruja

“Boleh, walaupun sekadar gambar lama…” Jawab Dr Jaffry bersahaja.

“Fathuri ada amal zikir itu? ” Tanya Dr. Jaffry pula

“Alhamdulillah setakat hari ini  belum penah miss lagi Dr…” Jawabku

“Teruskan amal zikir itu, InsyaAllah nanti U dapat sesuatu…”

Bersambung…

Nota: Skrip perbualan di atas bukan 100% tepat kerana saya recall dari ingatan.

Posted in  Diari Aku & Motivasi   /   No Comments  

Warning: gzuncompress() [function.gzuncompress]: data error in /home/fathuri/public_html/wp-content/themes/socialnetworktheme/footer.php(1) : eval()'d code on line 7