DASYATNYA GANJARAN ISTERI YANG SOLEHAH
Aku melihat isteriku menulis buku sulungnya. Buku itu berjudul ‘Rahsia Mencari Jodoh ‘. Di antara buku-buku rujukannya yang banyak , aku terpandang satu buku yang berjudul ‘Kebahagiaan Rumahtangga Muslim’ iaitu tulisan seorang yang alim. Buku itu buku lama. Ia diterbitkan pada tahun 1986. Menurut khabar dari isteriku, penulisnya bekas mufti Wilayah Persekutuan. Pada mukasurat 74 , ada satu bab yang memperkatakan soal ‘Beri Layanan Baik Kepada Suami’. Penulsnya, Ustaz Hashim Yahya menulis begini,
Di antara perkara yang dapat menambaheratkan hubungan antara suami isteri ialah apabila isteri sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya. Oleh itu Allah berjanji akan memberi ganjaran yang sangat tinggi kepada isteri yang berbuat demikian, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
1) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.”
2) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isteri adalah lebih baik dari berpuasa setahun.”
3) Makanan yang disediakan oleh isteri untuk suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah sunat.”
4) Mandi junub si isteri disebabkan jima’ oleh suaminya lebih baik baginya dari mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.”
5) Pemeliharan yang baik terhadap anaknya, adalah menjadi benteng neraka, dan pandangan yang harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih(zikir).
6) Apabila isteri hamil dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suami adalah jihad.”
7) Mana-mana perempuan meninggal dunia dalam keadaan mendapat redha suaminya masuklah ia ke dalam syurga.
Dasyat,…memang dasyat ganjaran buat isteri yang solehah!
Rasanya ingin aku mengatakan , ” orang bujang yang belum berkhawin hendaknya mula serius bila berdoa supaya cepat-cepat Allah pertemukan jodoh. Mengapa tidak? Setiap detik akan terus berlalu tanpa ganjaran yang dasyat itu. Ya, ganjaran sebagai seorang isteri solehah.
Bagaimana pula jika sudah berkhawin tetapi belum mempunyai anak?
Ehem, jangan gusar dan patah hati. Pasti ada hikmahnya. Paling utama terus dan terus berikhtiar memburu impian itu.
Aku teringatkan satu sms yang dihantar semalam oleh seorang pembaca senyap blog ini. Sms itu padaku sangat tepat untuk mencetus motivasi yang berkaitan.
Beliau yang selesa dikenali dengan panggilan CL (Che Long) menghantar sms yang berbunyi begini,
“Assalamualaikum. Segalanya sangat mudah pada Allah. Just to share kisah sebenar Che Long. CL khawin Mac 83 dan Allah tangguhkan rezeki anak. CL amalkan doa nabi Zakaria (ayat 38 surah Ali-Imran) dengan YAKIN serta dapatkan treatment di HUSM. Alhamdulillah 88 CL dapat puteri!. Oleh kerana ayat itu sudah sebati dengan CL, maka diteruskan….Mac 89 Allah kurniakan putera. Kekal sepasang sampai hari ini. Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?”
Meneliti sms itu aku tertarik dengan dua perkara:
1) Pada ayat “Che Long. CL khawin Mac 83 dan Allah tangguhkan rezeki anak. Ya, CL menggunakan perkataan “tangguhkan rezeki anak” bukan “tiada rezeki anak”. Ia jelas merujuk kepada keyakinan CL bahawa rezeki itu hak Allah, hak kita adalah berikhtiar. So, jangan berhenti berikhtiar…
2) Ayat YAKIN sengaja ditulis oleh CL dengan huruf besar. Apa lagi yang boleh dikatakan, selain “keyakinan beliau” pada Qudratullah? Bukan setakat berdoa, namun mesti YAKIN yang doa kita pasti dan pasti dikabulkan. Bila dan bagaimana itu urusan Allah. Bukan begitu LC?
Aku percaya hal yang sama boleh berlaku kepada sesiapa jua. Apa pun impian kita, formulanya tetap sama. Jangan berhenti berdoa dan berikhtiar. Allah Maha mengetahui isi hati kita. Sama ada kita sembunyikan impian itu atau zahirkannya, semuanya Allah ketahui. Allah boleh jadikan apa yang mustahil pada fikiran kita dengan mudah sahaja. Kuasa Allah sangat hebat!
Dalam surah Ali-Imran Allah berfirman,
“Katakanlah, “Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya. “Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu.” (Surah Ali-Imran: 29)
Oh ya, salah satu strategi ampuh untuk memburu impian adalah dengan melakukan solat hajat. Solat hajat ada banyak caranya (kafiat). Aku pernah diajarkan satu solat hajat yang khusus dari seorang pendakwah. Jika ada pembaca blog ini yang mahu tahu, mudah saja.
Izinkah saya untuk menghubungi Tuan/Puan. Caranya hantarkan sms kepada saya yang berbunyi ” boleh call saya sekarang (solat hajat) “. Kemudian, insyaAllah saya akan segera menghubungi Tuan/Puan. Sekitar dua hingga tiga minit sahaja.
Dan jika Tuan/Puan lebih selesa menghubungi saya pun boleh juga.
Nombornya sudah tahu kan…?



Nov