Dalam hidup , pasti kita pernah mengalami ujian yang besar. Pada waktu itu, kita merasakan hidup ini tidak adil. Walaupun kita bekerja keras, namun semuanya tidak menjadi. Kita mungkin kehilangan segala-galanya yang pernah menjadi milik kita.
Sesetengah orang membiarkan pengalaman seperti ini memusnahkan impian mereka selamanya. Mereka yang menjadikan kejayaan mereka contoh teladan kepada orang lain adalah mereka yang membiarkan pengalaman seperti itu menjadikan diri mereka lebih kuat dan tabah. Mereka terus MEMBURU IMPIAN sehingga tercapai.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Selamat datang diucapkan kepada saudara pembaca & pembaca senyap blog ini, khususnya jika hari ini adalah kali pertama saudara singgah di sini.
Sedikit berkenaan penulis ,
” Dengan izinNya saya pernah merasa putaran penuh “roda kehidupan” . Dari bawah naik ke atas, juga dari atas turun kembali ke bawah. . Saya terus belajar, mencari dan mengkaji formula kekayaan, kesihatan dan kebahagiaan. Saya menikmat kembara ini. Kembara ini membina kepercayaan saya.
Saya percaya,
“Bisnis memerlukan keserasian. Kita akan buang waktu jikalau memaksa diri mengerjakan perkara yang kita tidak senangi. Keserasian dengan bisnis sama dengan keserasian suami isteri. Betapa berhati-hatinya kita memilih isteri agar serasi… begitu jugalah halnya dengan perniagaan agar kita serasi” -Dato’ Chef Li
Saya percaya,
Sungguhpun pendidikan dan kelayakan akademik itu penting, ia tidak mencukupi apabila anda ingin berjaya dalam dunia hari ini yang sentiasa bergolak dan penuh cabaran. Mereka yang berjaya dalam dunia ini tidak semestinya mempunyai IQ tertinggi ataupun pelbagai kelayakan akademik. Mereka yang berjaya adalah mereka yang menunjukkan pola kecemerlangan tertentu. - Adam Khoo
Saya percaya,
“Jangan merasa berjaya apabila sudah mendapatkan sesuatu. Kejayaan kita adalah kejayaan dalam mempersembahkan yang terbaik bagi kebaikan manusia. Hati yang bahagia menjadikan kita dapat hidup bahagia dengan apa sahaja yang kita lakukan. Hati yang bersih menjadikan peribadi kita mulia di hadapan Allah. Hati yang bersih menjadikan amal-amal kita diterima Allah. Tidak ada kejayaan kecuali yang berjaya berjumpa dengan Allah dengan qolbun saliim iaitu hati yang selamat daripada kebusukan. Inilah kekayaan yang hakiki.” -Aa Gym
…Dan saya beramal dengan ayat ini,
“Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, pasti diberi jalan keluar daripada setiap masalahnya dan diberi rezeki daripada sumber yang tidak diduga serta sesiapa yang bertawakal, dicukup segala keperluannya.”
Ibadat yang benar mengundang pertolongan Allah yang maha menguasai segala-galanya, Kesannya, seseorang itu dapat mencapai kejayaan yang jauh melampaui kemampuannya.
*********************
Buat masa ini, mari kita pelajari apa itu hakikat rezeki.
” Berikut adalah hakikat rezeki yang saya faham, ia terbahagi kepada tiga kategori.
1) Rezeki yang dijamin
Allah menjelaskan dalam surah Hud ayat 16 yang bermaksud, “Tidak ada sesuatu binatang melata pun di bumi melainkan Allahlah yang memberi rezeki padanya.”
Ertinya, tidak perlu ragu pada setiap makhluk yang Allah ciptakan, daripada yang terkecil hingga yang terbesar, semuanya dilengkapi dengan rezeki. Bukankah selama ini kita makan dan minum? Apa yang perlu kita bimbangkan adakah halal atapun tidak rezeki itu dan adakah kita ingat ataupun tidak kepada Allah semasa menikmatinya?
2) Rezeki yang digantung
Allah berkata di dalam surah ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud, ” Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka keadaan diri mereka sendiri.”
Katakanlah kita diberi rezeki sebesar ukuran sebuah tong dram tetapi apabila kita malas dan tidak bersungguh-sungguh mendapatkannya, kita hanya mendapat rezeki sebesar ukuran sebuah gayung. Perkara ini bukan disebabkan tidak ada rezeki tetapi tidak mahir mencapai rezeki itu. Jangan salahkan sesiapa pun dalam hal ini kecuali diri sendiri.
Kadang, kadang ada juga antara kita yang berusaha bermati-matian dan segala upaya dilakukan tetapi hasilnya tetap terbatas. Rezeki yang diterimanya tetap sebesar gayung. Dalam hal ini, rezeki sebesar gayung itulah bahagian rezeki kita.
Namun, jangan bimbang kerana apabila niat dan cara kita berusaha adalah benar, ganjarannya pasti melimpah ruah. Semuanya adalah rezeki dari Allah. Tetapi, sekiranya kita mencari rezeki dengan niat yang salah dan cara yang tidak benar, rezeki tetap diperole tetapi statusnya berubah daripada halal menjadi haram dan tidak ada keberkatan sama sekali. Itulah contoh orang-orang yang tidak beriman dan orang-orang yang fasik. Mereka hanya ingin mendapatkan dunia tanpa memikirkan pahala dan hari akhirat.
3) Rezeki yang dijanjikan
Allah menjelaskan di dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud, ” Apabila kamu bersyukur, pasti Aku menambah nikmat kepadamu, tetapi apabila kamu mengingkari nikmatku sesungguhnya azabku sangat berat.”
Contohnya, seorang yang pemurah memiliki rumah yang sederhana, pakaian yang sederhana, tetapi beliau dapat menjamu begitu ramai tamu, menyekolahkan dan memberi biasiswa kepada ramai kanak-kanak miskin. Beliau juga membangunkan banyak kemudahan ibadat dan selalu bersedekah. Beliau memegang prinsip, Allah selalu memberi lebih kepada orang yang bersyukur.
Ibarat sebuah gelas yang tidak begitu besar, tetapi di atasnya ada mata air yang selalu mengalir. Isi gelas itu hanya sebesar ukurannya sahaja, tetapi isinya sentiasa melimpah dan dapat diminum oleh sesiapa saja. Limpahan itu tidak mengurangkan sedikit pun isi gelas tadi. Itulah ibarat rezeki orang-orang yang hidupnya jujur dan sentiasa bersyukur. Walaupun rezeki bagi dirinya terbatas, tetapi kebaikannya tidak terbatas- Aa Gym “Aku tidak ingin kaya tetapi harus kaya”
****************
Fathuri Salehuddin
TUDM Gong Kedak ( 5/6/2007 – 10/11/2010 ) dan selepas tarikh tersebut, saya memburu impian menjadi penulis sepenuh masa.
******************
“Pray Hard, Work Smart & Creative”
“Dont Ever Give Up”
Takdir Allah hebat…boleh jadi satu hari nanti kita dipertemukan…dan bekerjasama pula memburu impian…
Jika sudara mahu berhubung dengan saya, khususnya perihal menulis buku, silalah gunakan email ini:
fathuri72@yahoo.com
Semoga kita boleh jadi kawan. Insya-Allah kawan yang saling memberi manfaat.












